CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Bila Wann Tercorot Je Mesti Takde Penyingkiran, Warga Maya Dah Bosan Dengan 'Permainan' Astro

9-12-2019 12:30 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 15888| Komen: 102|Original author: natrahn

Berakhir sudah konsert minggu ke sembilan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi yang mana menyaksikan semua peserta terselamat dari disingkirkan untuk terus beraksi ke minggu berikutnya iaitu separuh akhir.

Namun begitu, keputusan juri malam tadi dipertikaikan warga maya kerana buat kali kedua penyanyi Wann sekali lagi terselamat dari penyingkiran walaupun mendapat markah tercorot.


Pada konsert suku akhir ini, Wann mendapat komen yang kurang baik dari juri tetap Datuk Ramli MS - penyampaian Wann kurang baik biarpun jiwa dan perubahan dari segi susuan lagu bagus.

Manakala Hetty Koes Endang memberitahu Wan sepatutnya menyampaikan lagu Hitam Putih Kehidupan nyanyian Datuk Sheila Majid dengan lebih santai.

Kredit Foto - Instagram Wann


Tinjauan di laman sosi@l mendapati, warga maya sudah mula mempersoalkan keputusan GV6 terus mengekalkan dua peserta  iaitu Wann dan Sham Visa biarpun menunjukkan prestari kurang baik.

Warga maya meluahkan rasa kurang senang di laman sosial Instagram Astro Gempak dan berpendapat ia hanya strategi pihak Astro bagi meraih rating dan trending di media sosial. 




Bertabahlah warga maya sekalian. Juri yang dilantik bukan calang-calang orangnya. Mereka lebih tahu sejauh mana bagus atau tidak sesuatu persembahan peserta itu kan.

Untuk rekod, juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Agak-agak siapa juara GV6? - CARI 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 9-12-2019 12:39 PM
haiyohhh yang patut disingkirkan tu haa si sham visa...
Quote miss_strangers 9-12-2019 12:42 PM
Bagi je wann masuk final, bagi lagu dangdut. Nak tengok wann bergelek sambil mendesah
Quote nazsh 9-12-2019 12:43 PM
Aku suka wann masuk final..suara dia lain dr yg lain..
Quote rossviolet 9-12-2019 12:47 PM
wann tu elok disingkirkan je..huhuhu..
Quote yellowsky 9-12-2019 12:49 PM
Warga maya ke awak TT ? Sham Visa , Nurfatimah pun pernah kat bottom . kenapa tak berlapang dada? Allah nak bagi depa rezeki tak luak pun peserta lain.
Quote CinnamonR 9-12-2019 12:51 PM
Nampak sgt bias...sian nye roy...mentang die boroi...tapi sore sedap je aku rse
Quote borrow 9-12-2019 12:53 PM
Ai pun terkejut. Dah agak mesti ramai bengang Excited tgk One nation Mc je. Asal deyols gi final , udah.
Quote sambaldurian 9-12-2019 12:54 PM
Ak antara org yg dh boring dgn show wann, masuk konsert ke 5 dh ermmm. Sebaik masa lagu ogy ok, yg semalam dh ermmm.ya i know gaya sendiri tp cant sing along x boleh le jgk. Sia2 jemput manan ngah n rosyam nor smlm. Btw masa zamani dulu pun ak x setuju kekal bila suara dia xde. But what to do konon2 rmi peminat. Tp benda yg lepas jgn diungkit.
Quote RumiMenari 9-12-2019 12:56 PM
Last tgk lepas acik feeza tersingkir je..lps tu x tgk sbb konfiden next tsingkir shila amin, sham.... Terus nk tunggu final je..Skaliiiii atok roy yg kene..laaaagggiiiii laaaa xkan tgk
Quote Kurex 9-12-2019 01:02 PM
nasib baik tak tengok walaupun hari tu kurex beria
Quote miss_strangers 9-12-2019 01:09 PM
Mana rumah gv Yang baru ni...terhuyung hayang iols nak Komen..iols.malas nak bukak. Nak meratib je ni
Quote Idego 9-12-2019 01:11 PM
sham tu elok disingkirkan..dah berminggu2..macam tu je leeeeeeeeee...
tak abih2 ngan ropawan toni setak malaysia...
apo.....
Quote awex^returns 9-12-2019 01:14 PM
minggu depan mohon keluarkan wann, shila amin ngan sham sekali
Quote mesmerize 9-12-2019 01:14 PM
miss_strangers replied at 9-12-2019 01:09 PM
Mana rumah gv Yang baru ni...terhuyung hayang iols nak Komen..iols.malas nak bukak. Nak meratib je n ...

seru @af_mania bukak rumah baru
Quote phone_5 9-12-2019 01:20 PM
Wann
Shila Amin
Sham visa


3 ni dah layak dah keluar berambos....nape nak di simpan sampai ke semi final
Quote epal_ijau 9-12-2019 01:26 PM
Peserta taun ni dah ok.. penaja pon ok dah. Tiber astro buat taik plak.. ade je nak buat kontroversi tiap taun..
Quote Rhyno 9-12-2019 01:31 PM
Shampah tu kebal kan. kesayangan Astrok even nyanyi hauk ke lautan dalam.
Quote violetungu 9-12-2019 01:32 PM
Tahun ni Gv paling teruk..asyik dok kekalkan org yg sama tiap2 minggu utk di singkirkan..minggu dpn harap sgt sham,kak wan n shila amin di singkirkan sekaligus..
Quote phone_5 9-12-2019 01:33 PM
Rhyno replied at 9-12-2019 01:31 PM
Shampah tu kebal kan. kesayangan Astrok even nyanyi hauk ke lautan dalam.

itulah patut dah out kan je Wann dan Shampah tu ..




Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045005 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top