Saat yang dinanti-nantikan oleh semua warga kota untuk menyaksikan pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa yang kini telah dibuka secara rasmi kelmarin. Kita juga dapat melihat ramai netizen berkongsi kecantikan taman rekreasi tersebut setelah beberapa tahun diubahsuai. ">Loading Tweet...
Kita semua tahu bahawa setiap taman tasik menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kita menggunakannya dengan cara yang berhemah. Semalam tular di Facebook apabila seorang pengguna berkongsikan pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh masyarakat kita di taman Tasik Titiwangsa yang baru sahaja dibuka semalam. Menurut perkongsian ini, tidak sampai 5 jam dibuka, jelas kelihatan vandalisme yang dilakukan oleh mereka di papan tanda, sampah yang dibuang merata tempat dan penggunaan basikal melalui operator tidak berlesen. Bukan sahaja tidak berlesen tetapi mereka juga dikatakan melakukan percubaan menaiki basikal di atas pejalan kaki (warna kelabu). Rata-rata netizen yang melihat gambar ini merasakan sikap rakyat Malaysia tidak bertanggungjawab. Persoalannya mengapa jika kita ke negara orang, kita mampu mengikut undang-undang negara tersebut dengan membuang sampah di tempat yang betul dan menjaga kebersihan negara mereka? Sepatutnya kita sebagai penduduk di negara sendiri perlu mempunyai sikap bertanggungjawab menjaga harta awam yang telah disediakan oleh kerajaan bukannya membuat kerosakan. - CARI |
ADVERTISEMENT