CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakai Gambar FB Je, Lelaki Ini Terkejut Dihantar Sihir Melalui Pos Laju

26-12-2019 03:25 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15693| Komen: 90|Original author: intan

Perbuatan sihir dan aktiviti menyantau merupakan salah satu perkara khurafat yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.T. Ini kerana perbuatan tersebut dapat memberi kesan dan memudaratkan orang yang terkena sihir sehingga ada yang maut disebabkan ilmu khurafat ini.


Baru-baru ini,seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Md Iruwan telah mendedahkan bahawa dia telah menerima sebuah bungkusan dari Pos Laju yang didaftarkan namun tanpa nama pengirim.

Kredit foto : FB Md Iruwan


Apabila dia membuka bungkusan tersebut, Iruwan terkejut kerana bungkusan tersebut mengandungi beberapa batang paku, dua buah figura seperti mayat, gambar keluarganya yang dibungkus dengan kain kuning.

Berniat supaya isteri mati dan meninggal dunia..

Menurutnya lagi, dia mendakwa bahawa si penghantar bungkusan berniat jahat dan berharap Iruwan sekeluarga berpisah dan berpecah belah serta isterinya menjadi gila kemudian meninggal dunia.

Kredit foto : Md Iruwan
Kredit foto : Md Iruwan

Dia tidak menyangka perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan si penghantar itu sehinggakan sanggup melakukan perbuatan khurafat terebut. Namun begitu, dia tidak sama sekali ingin membalas dan hanya berserah kepada Allah S.W.T agar si penghantar mendapat pembalasan sewajarnya kelak.

Walaupun hampir memasuki tahun 2020 dan zaman semakin moden, masih ada yang sanggup melakukan hal sedemikian dan mempercayai benda benda khurafat.

Zaman moden masih ada yang percaya santau

Semoga Allah lindungi keluarga ini
Apabila iman makin nipis..

Netizen yang mengikuti posting tersebut mendoakan supaya lelaki tersebut tabah dan menasihatkan supaya beliau dan keluarga memperbanyakkan amal ibadah supaya terlindung daripada godaan syaitan dan manusia jahat.- CARI 

2

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 26-12-2019 03:34 PM
bukan benda macam tu orang tanam sorok2? kenap pos pulak? ke salah baca ni? tak faham lah
Quote yuki812 26-12-2019 03:39 PM
sedihnya bila manusia  kini konon serba serbi intellektual akalnya tapi masih gunakan benda2 gini tuk musnahkan hidup org lain.
Quote cupu 26-12-2019 03:48 PM
minguk replied at 26-12-2019 03:34 PM
bukan benda macam tu orang tanam sorok2? kenap pos pulak? ke salah baca ni? tak faham lah

Sihir santau ni blh buat mcm2 cr...xpelik pun
Quote cupu 26-12-2019 03:50 PM
Knp mesti pos laju...xguna gdex..jnt..kesian poslaju jd perantara..isu keris hr tu pun letih nk menjawab
Quote orgsepang 26-12-2019 04:07 PM
miraclehopes replied at 26-12-2019 03:36 PM
Hati2..dok dlm porom ni pun boleh kena sihir....nak bagi sakit dan hidup huru hara...moga apa yg ko  ...

Macam mana boleh hantar melalui forum? Ahli forum bukan guna nama sebenar, seram pula akak dek.
Quote KIM.K 26-12-2019 04:18 PM
Masa study dulu aku kena benda ni dari kawan rapat. Tiap kali buang memanglah muka dia saja even dah bertahun

So harini kalau member masih hidup..kena bayar ya hutang walaupun dah tiada
Quote KIM.K 26-12-2019 04:19 PM
miraclehopes replied at 26-12-2019 03:36 PM
Hati2..dok dlm porom ni pun boleh kena sihir....nak bagi sakit dan hidup huru hara...moga apa yg ko  ...

Aku pun kena. Maybe income beliau kat forum terjejas
Quote Catpaw 26-12-2019 04:21 PM
miraclehopes replied at 26-12-2019 03:36 PM
Hati2..dok dlm porom ni pun boleh kena sihir....nak bagi sakit dan hidup huru hara...moga apa yg ko  ...

Macam mana boleh kena sihir melalui porem? ada bug sihir pulak dah...
Quote palmolive 26-12-2019 04:21 PM
cupu replied at 26-12-2019 03:50 PM
Knp mesti pos laju...xguna gdex..jnt..kesian poslaju jd perantara..isu keris hr tu pun letih nk menj ...

maybe boleh dijadikan testimoni bagi pihak poslaju
Quote paz 26-12-2019 04:51 PM
Ngerinya kalau dapat surat macam tu tiba-tiba kan.
Quote elzy 26-12-2019 05:05 PM
Sanggup keluar duit guna poslaju sebab benda2 camtu
Quote dewi_rina 26-12-2019 05:07 PM
Ee seram nya, tu yang takut nak letak DP WhatsApp muka sendiri
Letak je muka kucing
Quote Forfoxache 26-12-2019 05:17 PM
Takdenya tangan nak bertepuk sebelah. Mamat ni mesti ada provoke something.
Quote razman_el 26-12-2019 05:24 PM
Sebab tu la selagi bernama MANUSIA...yang islam atau bukan islam.., jagalah percakapan secara lisan ataupun  penulisan.., jangan berlaku zalim, menyakitkan hati orang. Akibat berlaku tidak semestinya dari sihir...tapi dari doa mustajab pun boleh berlaku...Cubalah berbuat kebaikan jangan jadi manusia yang membuat kerosakan...
Quote munchkin 26-12-2019 05:46 PM
Dekat slip tu takkan takde nama pengirim?
Quote becir 26-12-2019 05:55 PM
Dah kenapa nak wish wife dia meninggal? Skandal dia ke hapa yg menghantar?
Quote becir 26-12-2019 05:57 PM
razman_el replied at 26-12-2019 05:24 PM
Sebab tu la selagi bernama MANUSIA...yang islam atau bukan islam.., jagalah percakapan secara lisan  ...

Kadang2 takde buat Salah APA..mungkin orang terdekat jealous ngan life Kita, Rasa Kita hidup senang satu family nampak bahagia, iri hati Terus sebab dia takde life camtu..
Quote sarah82 26-12-2019 06:02 PM
miraclehopes replied at 26-12-2019 03:36 PM
Hati2..dok dlm porom ni pun boleh kena sihir....nak bagi sakit dan hidup huru hara...moga apa yg ko  ...

Bgtau nama sebenar + nama mak kat dia ka?
Quote missbigrockstar 26-12-2019 06:04 PM
Semoga kita semua dilindungi

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.144733 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top