Seorang individu yang dipercayai penyokong Dr Maszlee Malik telah melancarkan petisyen melalui change.org untuk meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengembalikan pemimpin kesayangan mereka itu sebagai Menteri Pendidikan. Petisyen bertajuk 'Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia' itu dilancarkan selepas Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya pada 2 Januari. Dalam masa sehari sahaja, petisyen yang dimulakan seorang individu dengan nama samaran 'Tuah Kencana' itu telah meraih lebih 200,000 tandatangan. Dalam petisyen itu, Tuah menyatakan keputusan Maszlee meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara. "YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat.
"Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan," jelasnya. Dia menambah, antara sumbangan Ahli Parlimen Simpang Ringgam itu dalam tempoh perkhidmatannya yang singkat adalah sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru suka sama suka, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru. "Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan pihak yang berkepentingan," katanya. Mereka yang menandatangani petisyen tersebut turut menyatakan alasan mereka berbuat demikian. Rakyat berhak memberi pandangan, namun kata putus tetap di tangan Perdana Menteri yang mengetuai jentera pentadbiran negara. - CARI
|
Zack8hunter replied at 3-1-2020 10:28 AM
He is a good guy, but sorry, dia terlalu baik dan naif utk pegang jawatn tu.. kene orang yg lebih te ...
top5complete replied at 3-1-2020 01:28 PM
bagi kat maslan...
top5complete replied at 3-1-2020 05:28 AM
bagi kat maslan...
ADVERTISEMENT