CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ada Ke Patut" - Pasangan Seludup Budak Dalam Troli Sayur

3-1-2020 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3434| Komen: 11

Pelbagai cara dilakukan untuk melakukan penyeludupan manusia ke negara lain. 

Terbaru, pasangan dari Maghribi ditahan selepas didapati mereka cuba menyeludup budak lelaki Palestin berusia 10 tahun, memasuki Sepanyol menggunakan troli sayuran. 


Memetik laporan Skynews, pihak polis Sepanyol menemui budak lelaki itu dalam troli berkenaan yang selalunya digunakan untuk meletak sayuran dan buahan di sempadan Beni-Enzar dan Melilla, wilayah automoni Sepanyol di utara Afrika.

Kejadian pada 31 Disember itu turut menunjukkan budak tersebut 'meringkuk' dalam troli berkenaan, menerusi gambar yang tular.

Kredit foto: skynews

Difahamkan, pasangan itu kini ditahan atas dakwaan penyeludupan manusia. 


Manakala, budak lelaki itu sudah kembali ke pangkuan keluarganya yang tinggal di kem migran berhampiran.  

Untuk rekod, Melilla adalah lokasi yang sering dijadikan oleh migran dan pelarian untuk ke Eropah memandangkan ia kawasan sempadan Kesatuan Eropah dan Afrika. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-1-2020 07:03 PM
Kesian kt budak tu..
Quote dua_chzy 3-1-2020 07:26 PM
Geng2 Ereb masih aktif jual manusia jadik hamba sahaya seperti zaman jahilion dulu.
Quote iszablack 3-1-2020 09:51 PM
Celakanya manusia itu.. ntah berapa ramai dah diorang dah berjaya seludup. Ya Allah.. Lindungilah anak2 Palestin dan kanak2 seluruh dunia ni ..
Quote MelahJanda 3-1-2020 10:01 PM
Drugged kot
Quote LautBiru52 3-1-2020 10:05 PM
Aduhai kesian nya. Apa la nasib kalau budak tu berjaya diseludup ye
Quote matbad 3-1-2020 11:03 PM
Selalu buat dah la ni..kesian la nasib budak 2 palestin yg dah kena seludup sblm2 ni..ya Allah ya Rabb
Quote i_is_kennot 4-1-2020 05:29 AM
Kesiannya lah haiii.,  meringkuk dlm bakul sayur kecik mcm tu berjam jam,  nasib baik tak lepas, kesian ko dik
Quote clarizsa 4-1-2020 07:35 AM
Kesian budak
hmmmmmmmmm
Quote cikkilata 4-1-2020 10:33 AM
Kesiannya... meringkuk berapa lama la dlm bakul tu gamaknya..
Quote eyansss 6-1-2020 08:41 AM
dua_chzy replied at 3-1-2020 07:26 PM
Geng2 Ereb masih aktif jual manusia jadik hamba sahaya seperti zaman jahilion dulu.

namun, orang kita masih lagi taksub dengan orang ereb dan kalau boleh deme nak jadi ereb jugak...  gigih la berjubah segala, beranta ente...  hahaha...
Quote xtahumenahu 6-1-2020 08:54 AM
Bersangka baiknya aku memula baca
ingatkan diorg nak selamatkan budak tuh

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.300402 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top