Pernahkah anda terdengar bahawa ramai orang Malaysia yang bekerja di Australia? Apa yang seronoknya bekerja di sana? Berapa banyak gaji yang boleh dapat? Jom kita tengok. Kalau anda nak tahu, sekiranya anda ingin bekerja di Australia, antara pekerjaan yang terbuka untuk warganegara Malaysia termasuklah khidmat pelanggan dan jualan, pentadbiran, barista, bartender atau pelayan, serta kerja WWOOF (Working Weekends On Organic Farms). Untuk bekerja di Australia, anda perlukan visa yang sah. Visa ini tertakluk di bawah Work & Holiday Visa Program, yang juga dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Program ini merupakan program istimewa yang memberi peluang kepada golongan belia Malaysia dan Australia untuk melancong sambal bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan semasa di Australia. Walau bagaimanapun, beberapa syarat perlu dipenuhi:
Visa ini membenarkan pemegangnya untuk bekerja
dan menetap sementara di Australia (buat orang Malaysia) dan Malaysia (buat
orang Australia), selama empat bulan. Ini bermakna pemegang visa ini tidak
dibenarkan belajar atau menjalani latihan, atau memohon pekerjaan yang
memerlukan mereka untuk menetap di negara yang mereka lawati melebihi daripada
tempoh empat bulan lawatan. Terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti
oleh pemohon visa ini, seperti mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi
Australia di Kuala Lumpur, serta mendapatkan Letter of Good Conduct dari Kementerian Luar Negeri sebagai
dokumen sokongan bagi mengesahkan permohonan mereka telah pun mendapat sokongan
Kerajaan Malaysia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan. Di samping itu, borang tersebut perlu dihantar
ke Suruhanjaya Tinggi Australia. Sekiranya pihak suruhanjaya berpuas hati,
Borang Pemeriksaan Kesihatan akan diberi kepada pemohon. Pemohon perlulah
membuat pemeriksaan kesihatan di panel hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan
Australia. Pihak suruhanjaya akan memaklumkan kepada pemohon sama ada
permohonan mereka berjaya atau tidak. Tetapi, ada juga orang Malaysia yang bekerja di
sana tanpa visa. Kenapa? Sebab gaji yang ditawarkan di sana adalah 3 kali ganda
gaji yang boleh ditawarkan di Malaysia. Dalam situasi sebegini, permintaan
sangat tinggi, maka ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab
mengambil peluang untuk menipu dengan menjanjikan visa dan pekerjan di
Malaysia. Mereka yang digelar ejen ini merupakan ejen
tidak berdaftar (scammer). Ejen ini
membawa masuk orang Malaysia dengan menggunakan visa pelancong, di mana dengan
visa ini, anda boleh melawat Australia selama tiga bulan, tetapi tidak
dibenarkan bekerja di sana. Nama lain visa ini ialah visa 601, tourist visa ataupun Electronic Travel Authorization (ETA). Apa yang akan terjadi sekiranya anda yang
bekerja tanpa permit atau visa, diberkas oleh pihak polis? Akan ada beberapa proses
yang perlu dilalui dan sama seperti yang disebut di atas, anda akan dihantar
pulang serta merta dan diharamkan datang ke Australia untuk beberapa tahun,
atau sampai bila-bila. Rezeki yang dicari adalah rezeki yang halal, jadi masuklah negara orang dengan cara yang betul. Apa pendapat anda? Berbaloi tak kerja di Australia? - CARI |
3
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Boomibulat replied at 6-1-2020 04:07 AM
kat Malaysia pengutip anggur di panggil penganggur..
Artemesiaa replied at 6-1-2020 04:13 AM
Nak kerja sana mohon elok2 secara sah yang curi2 cari kerja ni yang pihak immegresen mereka marah da ...
Mfzg89 replied at 6-1-2020 03:39 AM
sebab korang ni la habis org malaysia kena tempias bila nak p bercuti sana..
inspiro92 replied at 6-1-2020 03:26 AM
Oh rupanya mmg ada cara yg sahlahuntuk kerja kutp buah kat sana. pak cik aku kena tipu dgn ejen hari ...
JohnnySins replied at 6-1-2020 10:16 AM
tanya sikit...kalau pi kereja kat ostolia boleh jawab tak penjelasan fenomena aurora??...kalau yang ...
anakura replied at 7-1-2020 03:11 AM
WWOOF tu bukan Working Weekend hehe... tapi World Wide Opportunities on Organic Farms. Kerja2 nye bu ...
ADVERTISEMENT