CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3341|Reply: 14

"Gaji Mahal? Petik Anggur Je Pun" - Macam Mana Nak Bekerja Di Australi

[Copy link]
Post time 6-1-2020 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto : Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia, libur.com.my




Pernahkah anda terdengar bahawa ramai orang Malaysia yang bekerja di Australia? Apa yang seronoknya bekerja di sana? Berapa banyak gaji yang boleh dapat? Jom kita tengok.


Kalau anda nak tahu, sekiranya anda ingin bekerja di Australia, antara pekerjaan yang terbuka untuk warganegara Malaysia termasuklah khidmat pelanggan dan jualan, pentadbiran, barista, bartender atau pelayan, serta kerja WWOOF (Working Weekends On Organic Farms).


Untuk bekerja di Australia, anda perlukan visa yang sah. Visa ini tertakluk di bawah Work & Holiday Visa Program, yang juga dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Program ini merupakan program istimewa yang memberi peluang kepada golongan belia Malaysia dan Australia untuk melancong sambal bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan semasa di Australia. Walau bagaimanapun, beberapa syarat perlu dipenuhi:




  •       Berumur 18-30 tahun semasa permohonan
  •     Berkebolehan dalam berbahasa Inggeris
  •     Mempunyai passport yang sah dan tiket penerbangan pulang atau wang yang mencukupi bagi tiket penerbangan tersebut.
  •       Mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kehidupan diri sendiri semasa tempoh awal berada di Malaysia atau Australia.
  •     Mempunyai rekod kesihatan yang baik



Visa ini membenarkan pemegangnya untuk bekerja dan menetap sementara di Australia (buat orang Malaysia) dan Malaysia (buat orang Australia), selama empat bulan. Ini bermakna pemegang visa ini tidak dibenarkan belajar atau menjalani latihan, atau memohon pekerjaan yang memerlukan mereka untuk menetap di negara yang mereka lawati melebihi daripada tempoh empat bulan lawatan.


Terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh pemohon visa ini, seperti mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, serta mendapatkan Letter of Good Conduct dari Kementerian Luar Negeri sebagai dokumen sokongan bagi mengesahkan permohonan mereka telah pun mendapat sokongan Kerajaan Malaysia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan.


Di samping itu, borang tersebut perlu dihantar ke Suruhanjaya Tinggi Australia. Sekiranya pihak suruhanjaya berpuas hati, Borang Pemeriksaan Kesihatan akan diberi kepada pemohon. Pemohon perlulah membuat pemeriksaan kesihatan di panel hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan Australia. Pihak suruhanjaya akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.





Kredit Foto : ETA Visa to Australia From Malaysia, selamatbercuti.com




Tetapi, ada juga orang Malaysia yang bekerja di sana tanpa visa. Kenapa? Sebab gaji yang ditawarkan di sana adalah 3 kali ganda gaji yang boleh ditawarkan di Malaysia. Dalam situasi sebegini, permintaan sangat tinggi, maka ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk menipu dengan menjanjikan visa dan pekerjan di Malaysia.


Mereka yang digelar ejen ini merupakan ejen tidak berdaftar (scammer). Ejen ini membawa masuk orang Malaysia dengan menggunakan visa pelancong, di mana dengan visa ini, anda boleh melawat Australia selama tiga bulan, tetapi tidak dibenarkan bekerja di sana. Nama lain visa ini ialah visa 601, tourist visa ataupun Electronic Travel Authorization (ETA).


Apa yang akan terjadi sekiranya anda yang bekerja tanpa permit atau visa, diberkas oleh pihak polis? Akan ada beberapa proses yang perlu dilalui dan sama seperti yang disebut di atas, anda akan dihantar pulang serta merta dan diharamkan datang ke Australia untuk beberapa tahun, atau sampai bila-bila.


Rezeki yang dicari adalah rezeki yang halal, jadi masuklah negara orang dengan cara yang betul. Apa pendapat anda? Berbaloi tak kerja di Australia? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2020 11:26 AM | Show all posts
Oh rupanya mmg ada cara yg sahlahuntuk kerja kutp buah kat sana. pak cik aku kena tipu dgn ejen hari ni nak  flytiba2 last minute  dpt surat visa diorang x lulus. burn semua duit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 11:39 AM | Show all posts
sebab korang ni la habis org malaysia kena tempias bila nak p bercuti sana..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:07 PM | Show all posts
kat Malaysia pengutip anggur di panggil penganggur..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:13 PM | Show all posts
Nak kerja sana mohon elok2 secara sah yang curi2 cari kerja ni yang pihak immegresen mereka marah dan akhirnya menyusahkan orang lain yang nak kesana untuk bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina malaysia pulak pergi australia untuk jadi babu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2020 12:38 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 6-1-2020 04:07 AM
kat Malaysia pengutip anggur di panggil penganggur..

ada satu lagi istilah...tanam anggur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2020 12:39 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 6-1-2020 04:13 AM
Nak kerja sana mohon elok2 secara sah yang curi2 cari kerja ni yang pihak immegresen mereka marah da ...

betul tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2020 12:41 PM | Show all posts
Mfzg89 replied at 6-1-2020 03:39 AM
sebab korang ni la habis org malaysia kena tempias bila nak p bercuti sana..

tu laaa....org dh elok2 kumpul duit nk pi bercuti kt sana...tapi hasrat tak kesampaian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2020 12:42 PM | Show all posts
inspiro92 replied at 6-1-2020 03:26 AM
Oh rupanya mmg ada cara yg sahlahuntuk kerja kutp buah kat sana. pak cik aku kena tipu dgn ejen hari ...

org mcm ni fikir tekak sendiri ja...anggap apa yg mreka buat tu masih halal wlaupun mreka sendri dh mnyusahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 01:20 PM | Show all posts
Pastinya sama seperti kesusahan yg menimpa Bangladesh yg ingin melawat Malaysia. Di syaki bercita-cita bekerja di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 06:16 PM | Show all posts
tanya sikit...kalau pi kereja kat ostolia boleh jawab tak penjelasan fenomena aurora??...kalau yang kereja united kongdom...jawapn depa aurora tu graviti...wakakakakakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2020 06:46 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 6-1-2020 10:16 AM
tanya sikit...kalau pi kereja kat ostolia boleh jawab tak penjelasan fenomena aurora??...kalau yang  ...

Haha saya tak bole nk jwab yg tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:11 AM | Show all posts
Edited by anakura at 7-1-2020 11:18 AM

WWOOF tu bukan Working Weekend hehe... tapi World Wide Opportunities on Organic Farms. Kerja2 nye bukan sekadar petik2 buah je... kdg2 bela ayam, bela kambing, kutip telo, ajar budak2, kalau kt korea, keja kt ladang ginseng pun ade heheh

Enjoyyyy sangat.. sambil2 menimba pengalaman di tempat2 orang, dapat jugak jimatkan kos sewa bilik..

Jangan salah info, WWOOF ni legal tau. Voluenteer work. Hangpa tak dapat gaji pun. Exchange work saja. Takpayah pakai visa2 mintak keje bagaipun. Cuma dh niat pi volunteer tu, buat volunteer sudah la.. jangan hangpa x reti2 balik.. kena banned sia2 je... Dan jangan la pi dok buat2 keje2 haram kat tempat2 orang tu.. sian kami2 nk pi melancong nk masuk kena mark "ORANG MESIAAA NI" Pangkah! matilanakk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2020 08:03 PM | Show all posts
anakura replied at 7-1-2020 03:11 AM
WWOOF tu bukan Working Weekend hehe... tapi World Wide Opportunities on Organic Farms. Kerja2 nye bu ...

Boekk boss...thanks for the info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055029 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list