Sebut sahaja rumah Pr1ma, ramai sudah maklum ia dikhususkan kepada golongan berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan. Ianya mendapat sambutan hangat kerana antara projek rumah mampu milik untuk warganegara Malaysia. Malahan untuk lokasi di bandar dengan harga RM300,000 bagi keluasan 900kps dianggap berbaloi. Bagaimanapun yang menjadi masalahnya sekarang ialah struktur binaannya yang seperti tidak siap, banyak kerosakan dapat dilihat dengan mata kasar dan pelbagai lagi masalah lain. Lebih teruk tidak padan dengan harganya, sekali imbas seperti rumah kos rendah pula.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|