CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emelda Rosmila Enggan 'Feeling' Bertudung, Kemudian Tanggal

10-1-2020 10:10 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 13915| Komen: 65|Original author: Oleh: Vanilla Thunder

Foto: IG


Setelah memuat naik sekeping gambar dengan mengenakaan hijab di Instagramnnya berserta kapsyen berbunyi;  "2020, barangkali?"  Emelda Rosmila yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela dan kini telah lama menyepi dari terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan sejak 2017 telah mencetuskan spekulasi bahawa dia bakal bertudung.



Walaupun mendapat perhatian dan pujian daripada rakan artis serta pengikut di laman sosial yang memuji langkahnya berhijab, pelakon yang juga isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini segera tampil dan menjelaskan situasi sebenar kepada BH Online bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.

Menerusi laporan BH Online, Emelda memberitahu dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci bersama keluarga buat kali kedua awal bulan lalu.



Namun, Emelda mengakui sudah membiasakan diri berberhijab dan mahu terus istiqamah.





"Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh," kongsinya lagi kepada BH Online.

Walau bagaimanapun, pelakon itu berharap agar diberikan keteguhan hati untuk kekal berhijab sebaik sahaja tidak terikat dengan mana-mana komitmen lakonan atau tugasan kelak.

Selain itu, suaminya juga menyokong niat murninya itu dan Emelda turut mengakui sudah berjinak-jinak membeli tudung bagi menambah koleksi sedia ada.

“Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka. Pulang dari umrah, hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan,” katanya kepada BH Online.



Jadi, diharapkan Emelda yang kini menceburkan diri dalam bidang pertanian dan sibuk menguruskan kebunnya diberikan kekuatan untuk berhijrah dan berhijab suatu hari nanti setelah betul-betul bersedia. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • mind_space

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ffbeauties 10-1-2020 10:13 AM
Sejak bila hidung
Quote beta_carotene 10-1-2020 10:13 AM
Bagusnya
Semoga kak setia berhijab dan keep improving
Quote cikatilia 10-1-2020 10:22 AM
hidungnya kempis nau
Quote greantea 10-1-2020 10:25 AM
alyamdulillah kalo istiqamah bertudung. ajak kakak sekali ye
Quote TerataiMelur02 10-1-2020 10:30 AM
Dia ngan bini Ac mizal adik beradik ke? Hidung pun hampir sama dah dua2
Quote NekNgah 10-1-2020 10:31 AM
Alhamdulillah.
Quote freyayong 10-1-2020 10:33 AM
TerataiMelur02 replied at 10-1-2020 10:30 AM
Dia ngan bini Ac mizal adik beradik ke? Hidung pun hampir sama dah dua2

iyo.. depa dua adik beradik

Emelia Rosnaida (betul ke nama tu? tetibe lupa..)
Emelda Rosmila
Quote TerataiMelur02 10-1-2020 10:39 AM
freyayong replied at 10-1-2020 10:33 AM
iyo.. depa dua adik beradik

Emelia Rosnaida (betul ke nama tu? tetibe lupa..)

Ooo.. Patut la.. Mayb tempat buat hidung pun sama

Neway.. Thankss u!
Quote abangadek 10-1-2020 10:40 AM
hubbynya yummy
Quote msdummy.2018 10-1-2020 10:42 AM
TerataiMelur02 replied at 10-1-2020 10:30 AM
Dia ngan bini Ac mizal adik beradik ke? Hidung pun hampir sama dah dua2

yer lah chuolssss....br tau ker?
Quote fliphair8 10-1-2020 10:47 AM
baru hakak tahu dia ni siblings ngan bini gelang...share doctor ke tu..tapi hakak suka dia ni berlakon...
Quote natrahn 10-1-2020 10:48 AM
Edited by natrahn at 10-1-2020 10:49 AM
TerataiMelur02 replied at 10-1-2020 10:39 AM
Ooo.. Patut la.. Mayb tempat buat hidung pun sama

Neway.. Thankss u!

hidung imelda mancung sejak dulu..dari zaman sekolah lagi
Quote TerataiMelur02 10-1-2020 10:52 AM
msdummy.2018 replied at 10-1-2020 10:42 AM
yer lah chuolssss....br tau ker?

Baru tau lepas dia bt hidung ni terusnampak sama mcm bini ac
Quote cikdilla 10-1-2020 10:58 AM
Smoga dipermudahkan. Iols suke sheols berlakon
Quote sapeka 10-1-2020 11:06 AM
Hidung sama cam akak sheol
Buat kat tempat dan doktor dan acuan yang sama barangkali
Quote Acikgomen 10-1-2020 11:35 AM
TerataiMelur02 replied at 10-1-2020 10:39 AM
Ooo.. Patut la.. Mayb tempat buat hidung pun sama

Neway.. Thankss u!

Padahal idong makbapak derang kemahen mengembang bak keropok ikan kena goreng
Quote diss69 10-1-2020 11:35 AM
Moga terus terbuka hati utk menutup aurat..
Quote one_suria 10-1-2020 11:42 AM
Alhamdulillah.. Semoga terus kekal menutup aurat
Quote mieymiey 10-1-2020 11:46 AM
Dah tua ni takyah la guna filter anime tu lagi kak oi. Huduh benar rupanya.
Apa pun iols doakan semoga akak Rose istiqamah yach.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063570 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top