CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Siapa Wakil Rakyat Kat Situ?" - Warganet Sedih Pelajar Terpaksa Meniti Jambatan Besi

13-1-2020 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2553| Komen: 15

Baru-baru ini tular di laman sosial yang menunjukkan bagaimana keadaan pelajar terpaksa meniti jambatan besi usang dan di bawahnya arus sungai yang sangat deras dan juga dalam. 


Situasi di Kota Marudu, Sabah itu segera mendapat perhatian warganet apabila mereka bukan sahaja tersentuh, malah terkejut dan juga marah kerana nasib penduduk tidak terbela sepenuhnya. 

Menerusi foto yang tular itu, menunjukkan ibu bapa di Kampung Muhang, tanpa rasa takut mendukung anak mereka sambil meniti jambatan besi itu bagi menghantar mereka ke sekolah. 

Kredit foto: Projekmm/ Rajashahrim


Memetik laporan ProjekMM, anggota Parlimen Kota Marudu adalah Datuk Seri Maximus Ongkili.

Dalam pada itu, warganet mula mempersoalkan tindakan pihak berwajib khasnya wakil rakyat di situ yang tidak membela dan menyelami kesusahan rakyat. 

“Inilah ‘jambatan’ yang digunakan murid-murid untuk ke sekolah. Lokasi Kampung Muhang, Kota Merudu. Siapa MP Merudu, duduk di KL ke tahu penderitaan rakyat di kawasannya,”  kata seorang warganet. 

Mereka juga berkata, bagaimana pihak atasan boleh 'tidur' dengan keadaan getir itu.


“Macam mana menteri boleh tido lena bila ada rakyat yang hidup teruk sangat macam ni? Saya betul-betul nak tahu sangat-sangat,” kata seorang pengguna Twitter. 

“Gaji berpuluh ribu, siap gedik nak kereta baru, semua daripada duit rakyat, akhirnya rakyat yang betul-betul perlukan bantuan tak dapat,” katanya lagi. 

Semoga lebih ramai anak-anak dan juga penduduk yang mengalami nasib sama, akan merasai kemudahan yang sepatutnya pada tahun 2020 ini. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-1-2020 03:41 PM
isk isk isk
kalau jatuh dlm sungai naya aje
Quote any42 13-1-2020 06:03 PM
kesiannya. ggih bdk2 tu xhirau kslmatan smata nk ke sekolah timba ilmu. klau hri hujan msti licin weyyy
smua bnda nk kna tular bru bt kje.
Quote RatuDunia94 13-1-2020 06:09 PM
Selalu tgok gambar kat indon je.. kat malaysia pon masih ada..
Quote Mary_jane 13-1-2020 06:41 PM
Masa kempen berdegang. Tengok lah sikit rakyat tu, mp oi.
Quote Cassieopeia 13-1-2020 10:49 PM
adun memang dtg waktu election je ke? dah viral ni jgn buat tak tau plak
Quote hyie 14-1-2020 02:17 AM
iols merasakan memang banyak je pon tempat2 macam ni terutamanya di kawasan pedalaman. Harap lebih banyak ditularkan lah. Lepas tu update progress. Kesian nasib ummah yang duduk di kawasan yang tak dapat liputan.
Quote Mr_MS 14-1-2020 03:16 AM
Ni facebook dia https://www.facebook.com/maximus.ongkili
Quote Mr_MS 14-1-2020 03:22 AM
wakil rakyat tengah layan KIMANIS https://www.facebook.com/maximus.ongkili
Quote LadyCarefree 14-1-2020 06:39 AM
Mana ponder2 konon jutawan gilababi?! Tayang membongkak kasut 25k la beg ratus ribu la pastu konon pakao dua tiga kali xmo dah nk jual preloved? Walhal gambr kt preloved tu obvious kot fake gred china mari. Eh jap, terbabas lak. Haaaaa klau konon kerja kuat susah payah sbb nak bantu orng, meh lah bantu ni. Yng betina muka botox sanggup drama kena rasuk demi nk promote laki pandai berubat tu, siap ckap dia xperlu duit dh tp rasa bersalah nk bersara sbb nk bantu orng, ha mehlah tolong orng2 camni. Tp xde pulak. Yng mereka ni bantu kononnya ialah dngan beli beg LV bg kt agen2 top.
Quote polluxsstar 14-1-2020 08:54 AM
kawasan bung pun teruk. diorg ni semua kayakan kroni2 je. iols tahu lah sbb iols ada jgk family kt sabah.
Quote munchkin 14-1-2020 09:43 AM
Kesiannya.......
Quote RumiMenari 14-1-2020 09:58 AM
Kuat semangat diorg ni hadapi kehidupan seharian mcm ni.. mcm tiap2 hari ada team building..fengsaan.. tapi kan i terfikir jugak, adakah mereka ni ckp benda yg sama gak bila tgk rakyat di selangor & KL contohnya bergasak dari sebelum subuh sampai ke selepas isyak meredah JEM.........
Quote Chairman 14-1-2020 10:18 AM
nak jambatan baru?!

tggu PRK nti..tak mintak pn terus je dpt
Quote jajanpedas 14-1-2020 10:42 AM
tu daun kering yg tsngkut kt paip tu bkn ke tnda arus air sg tu naik smpai paras paip tu..bhayanya..xbleh imagine mcm mna la dorang ni hadap btahun2..Allah..
Quote Artemesiaa 14-1-2020 04:48 PM
Kesiannya ingatkan kat China ke yang macam tu, harap mereka yang berkenaan segera beri perhatian dan ambil tindakan untuk sediakan kemudahan sewajarkan secepat mungkin

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036903 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top