Baru-baru ini tular di laman sosial yang menunjukkan bagaimana keadaan pelajar terpaksa meniti jambatan besi usang dan di bawahnya arus sungai yang sangat deras dan juga dalam.
Situasi di Kota Marudu, Sabah itu segera mendapat perhatian warganet apabila mereka bukan sahaja tersentuh, malah terkejut dan juga marah kerana nasib penduduk tidak terbela sepenuhnya.
Menerusi foto yang tular itu, menunjukkan ibu bapa di Kampung Muhang, tanpa rasa takut mendukung anak mereka sambil meniti jambatan besi itu bagi menghantar mereka ke sekolah.
Kredit foto: Projekmm/ Rajashahrim
Memetik laporan ProjekMM, anggota Parlimen Kota Marudu adalah Datuk Seri Maximus Ongkili.
Dalam pada itu, warganet mula mempersoalkan tindakan pihak berwajib khasnya wakil rakyat di situ yang tidak membela dan menyelami kesusahan rakyat.
“Inilah ‘jambatan’ yang digunakan murid-murid untuk ke sekolah. Lokasi Kampung Muhang, Kota Merudu. Siapa MP Merudu, duduk di KL ke tahu penderitaan rakyat di kawasannya,” kata seorang warganet.
Mereka juga berkata, bagaimana pihak atasan boleh 'tidur' dengan keadaan getir itu.
“Macam mana menteri boleh tido lena bila ada rakyat yang hidup teruk sangat macam ni? Saya betul-betul nak tahu sangat-sangat,” kata seorang pengguna Twitter.
“Gaji berpuluh ribu, siap gedik nak kereta baru, semua daripada duit rakyat, akhirnya rakyat yang betul-betul perlukan bantuan tak dapat,” katanya lagi.
Semoga lebih ramai anak-anak dan juga penduduk yang mengalami nasib sama, akan merasai kemudahan yang sepatutnya pada tahun 2020 ini. - CARI |