Kemunculan pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis atau lebih manja dengan sapaan Aqish dalam program Bersamamu terbitan TV3 baru-baru ini mendapat perhatian ramai yang ternyata terkejut mengetahui kehidupan terkini pelakon berusia 13 tahun itu. Dalam ramai yang meluahkan rasa simpati, ada juga yang seolah-olah mempersoalkan tentang sikap kedua-dua ibu bapa Aqish yang membiarkan anak mereka untuk membanting tulang walaupun dalam keadaan kurang sihat. "Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada kanser, dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?" "Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan, bercakap dengan sempurna?" Tweet Nabila tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut dan telah diulang kicau (retweet) lebih dari 2 ribu kali. Ramai yang cuba mempertahankan ibu Aqish dan mengatakan keadaan kesihatan Aqish yang tak mengizinkan menyukarkan ibunya untuk mencari pekerjaan tetap. Ada juga yang turut bersetuju dengan Nabila dan merasakan Aqish masih terlalu muda untuk dibebani dengan tanggungjawab dan masalah sedemikian. Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakan Nabila dan memintanya untuk mendiamkan diri sekiranya enggan membantu.
|
Kurex replied at 14-1-2020 01:40 PM
lepas tau pasal ibu bapa si budak ni, terus hati ni makin jadi lebih keras
fliphair8 replied at 14-1-2020 02:15 PM
hakak jawab ye abil....saya bawak anak jalan2 kat KL kut2 mana tahu jumpa tokan lama bole mintak sep ...
kiah_mai_pulak replied at 14-1-2020 01:39 PM
sbb ni la kot mak aqish x nak share kisah sakit aqish n berat hati nk terima bantuan dari org.
Nt-ViruS replied at 14-1-2020 02:24 PM
dia pun ntah2 sebelum ni tak tahu mende, tiba nak tunjuk concern konon.
didinfriends replied at 14-1-2020 02:24 PM
Meh sini saya jawabkan,
"Sebab selama ni pun anak saya yang cari makan."
Kata ibunya sambil mengh ...
Ailebiu replied at 14-1-2020 05:50 PM
Weh tadi aku terbaca mak balkis ni drug addict, ye ke?
Bapaknya pun dah ke dalam,,sbb tu xde cerita ...
ADVERTISEMENT