CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Balqis Sakit Sebab Guna Nama Anak Jin? - Ini Jawapan Mufti

15-1-2020 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11194| Komen: 27|Original author: Oleh: natrahn

Kredit Foto - Google

Terdapat segelintir masyarakat masih percaya bahawa angka atau nama tertentu boleh membawa nasib malang atau memberi nasib baik dalam hidup mereka.

Berikutan tular kisah pelakon cilik Puteri Balqis yang sedang menghidap penyakit misteri, ada wargamaya di Twitter mengaitkan hal (sakit) tersebut dengan pemberian nama Balqis itu.

Tweet ini dijawab oleh Ustaz Ad Dien seperti berikut:




Kredit Foto - Twitter Ustaz Ad Dien

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan tweet Ustaz Ad Dien.




Semua makna baik-baik...


Orang dulu-dulu suka percaya...



Nama anak saya Balqis, tapi dia cemerlang dan anak yang taat...


Maksud nama Balqis: Pandangan Allahyarham Ustaz Dr Haron Din dan Ustaz Zaharuddin




Walaubagaimanapun, sememangnya terdapat dalam hadis ada beberapa nama tidak bagus digunakan iaitu

  • Azazil
  • Wiswas
  • Khannas
  • Murrah
  • Harb
  • Soba

Allah SWT Sahaja Yang Boleh Beri Manfaat atau Mudarat

Memetik perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Datuk Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, secara dasarnya, Islam telah meletakkan dasar pegangan yang kukuh bahawa tiada apa yang boleh memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah SWT. 

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Yunus: 107)


Larangan Menganggap Sial dan Anjuran Menyebut yang Baik-baik

Kita dilarang sama sekali untuk menganggap sesuatu angka itu memberi sial. Begitu juga hal-hal yang seumpama dengannya. 

Hal ini bagi mengelakkan kita terjerumus dalam mensyirikkan Allah SWT.


Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.”

Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)



Kesimpulannya, beri nama anak dengan maksud yang baik dan tiada perasaan ragu terhadap makna nama tersebut.

Berpegang teguh kepada kekuasaan Allah serta serahkanlah urusan sepenuhnya kepada Allah SWT. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 15-1-2020 10:55 AM
Teringat lecturer iols, anak sheols Qistina Balqis. Dedua nama anak 'jin' sheols tapau
Quote RumiMenari 15-1-2020 10:55 AM
Ooooo mcm tu pulak ye netz ni.. patut la prince chicky slalu tukar nama..pelik2 je kejadiannya..
Quote fliphair8 15-1-2020 11:06 AM
budal balqis ni takde masalah ngan jin...masalah dia omaknyaaa....takut budak ni mental torture gara2 mak dia yg menjurus sangat munchausen by proxy nyaaa....ditambah plak ngan mendadih...
Quote natrahn 15-1-2020 11:10 AM
mieymiey replied at 15-1-2020 10:55 AM
Teringat lecturer iols, anak sheols Qistina Balqis. Dedua nama anak 'jin' sheols tapau

  kah kah kah.. helok tak budaknya?
Quote armin 15-1-2020 11:16 AM
Wartawan ni curi post iols dekat benang balqish tu kah? Hmmm
Quote luluaurora 15-1-2020 11:20 AM
Huhuu adakah betul maknya si balqis ni mendadih?

Aqish ni sakit apo? Ke side effct drp mknya mendadih dia pn terjoin skali?

Quote yeepi_33 15-1-2020 11:25 AM
ooo tukar je lah spelling
balqis - balkis.

eh tiber.
Quote Kurex 15-1-2020 11:28 AM
sana sini ada cerita balqish ni....
Quote fizamn 15-1-2020 11:32 AM
letak nama yg elok itu doa..
Quote MissVixen 15-1-2020 11:37 AM
Tengok balqis ni, teringat pulak cerita gypsy rose. Takde kaitan... Tapi tinggal dua beranak juga.
[youtube]wM51NteUeFo[/youtube]
Quote EvieWanKenobi 15-1-2020 11:37 AM
pulak dah..
Quote zulka 15-1-2020 11:45 AM
teringat nama kawan aku sorang 'Kerajaan' nama dia...
Quote menah 15-1-2020 12:01 PM
tengok dalam MHi balqis n mak nyer jawab soalan dalam nada yg sedih.. penuh syahdu n puitis jer susunan ayt g keluar dari mulut dedua beranak tu... macam dah rehdo sgt dengan keadaan hidup dorang.. tapi kita tak tahu ape yg dah dorg usahakan kan... wallahualam.. semoga d permudahkan segala urusan ank beranak berdua tu dunia & akhirat..
Quote Madel 15-1-2020 12:08 PM
Mengarut merepek meraban
Kawan kolej iols nama balqiss
Org nya cantik, soft spoken , bijak pulak.
Dpt anugerah dekan lagi
Solat 5wktu, puasa sunat tak pernah tinggal
Bnyk la nko punya anak jin...yg bapak jin tu korang netizen cam tak ada agama
Quote Boomibulat 15-1-2020 12:13 PM
Madel replied at 15-1-2020 12:08 PM
Mengarut merepek meraban
Kawan kolej iols nama balqiss
Org nya cantik, soft spoken , bijak pulak.
...

Baiknya kwn u tu..dh bpunya ke belum?.
Quote Madel 15-1-2020 12:16 PM
Boomibulat replied at 15-1-2020 04:13 AM
Baiknya kwn u tu..dh bpunya ke belum?.

Belum
Sejenis low profile..ig fb pun jrg2 dia update.
Iols nak kenen2 kan dgn abg iols
Tpi abg iols pun peel cam setan kan
Buat naya kawan iols je nnti.
Quote CiliPadiSedap 15-1-2020 12:28 PM
Nama vokuru pun spesis jin version hantu kopek
Quote Boomibulat 15-1-2020 12:29 PM
Madel replied at 15-1-2020 12:16 PM
Belum
Sejenis low profile..ig fb pun jrg2 dia update.
Iols nak kenen2 kan dgn abg iols

x baik kenakan dia..org baik jdoh dgn org baik jugak..
mesti kat rumah dia layan tv hijrah dgn radio ikim je kan..baju pulak ada tulis save gaza..
Quote Madel 15-1-2020 12:35 PM
Boomibulat replied at 15-1-2020 04:29 AM
x baik kenakan dia..org baik jdoh dgn org baik jugak..
mesti kat rumah dia layan tv hijrah dgn ra ...

Mana ada
Kawan iols tu layan kpop juga.,
Bukan set2 tudung labuh ke apa pakai baju save gaza.
Aje bongok nko ni.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.097147 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top