CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Arab Terkenal Diserbu

16-1-2020 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5374| Komen: 15

Sebuah restoran Timur Tengah popular di Georgetown, Pulau Pinang diserbu dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam semalam kerana menggajikan pekerja warga asing.

Memetik laporan Harian Metro, beberapa pelanggan di situ kelihatan terpinga-pinga ketika serbuan dilakukan pada jam 9 malam itu. 

Serbuan dilakukan kerana mendapat maklumat pekerja asing tanpa permit sah bekerja di situ, kata Pengarah JIM Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud. 

Kredit foto: Harian Metro

“Restoran itu menggunakan beberapa pekerja terdiri tukang masak asing tanpa mengikut peraturan ditetapkan.

“Seramai 23 pekerja asing ditahan dalam serbuan itu terdiri tiga lelaki warga Syria, Bangladesh (15), Yaman (1) dan Pakistan (1), manakala seorang wanita warga Indonesia,” katanya.


Katanya lagi, kesemua warga asing berusia 20 hingga 45 itu dihantar ke pejabat JIM Pulau Pinang bagi proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan di Juru. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 16-1-2020 07:03 PM
Sudah tentu taraf kebersihan penyediaan makanan pun boleh diragukan. Sebab tiada saringan kesihatan
Quote salmon-suki 16-1-2020 07:48 PM
Nama ape resto ni?jgn laa sorok2..geram je bila baca psl resto kotor,resto kne tutup tp x letak pun nama resto tuh..pastu nak suh org berhati2 camne?podahhhhhh laa deyyy~
Quote domestobot 16-1-2020 07:51 PM
nama restoran tak bagitau, cam biasa. takut aib kekdahnya.
Quote makadek 16-1-2020 08:02 PM
Serbu yg kat area pavi..la kalau berani. Semua dia konker cibey
Quote KekDurian 16-1-2020 08:10 PM
Alrawsha x serbu?
Quote angahadnan 16-1-2020 08:27 PM
Halab nama resto nya
Quote prettyuglybabe 16-1-2020 08:51 PM
mesti ada pekerja kerek layan customer nak tak nak la tu
Quote LadyCarefree 16-1-2020 09:40 PM
Cyberjaya sana kalau serbu buat check ramai je kot segala restoran semua warga asing
Quote Lolalala 16-1-2020 11:20 PM
Haritu baru pi makan kat Halab ni..boleh tahan sedap dan cosy tempat dia
Quote Supersirap 16-1-2020 11:40 PM
Lain kali sebutkan sahaja nama restoran tersebut, boleh dijadikan sebagai rujukan
Quote CinnamonR 17-1-2020 05:50 AM
Sedapnye nasi arab
Quote saviour_09 17-1-2020 08:11 AM
bagus imigresen sekarang baru nampak taring
all out

kalo tak dulu nak dengar tangkapan dalam sebulan pun payah
Quote incess.my 17-1-2020 05:24 PM
Cer pegi area bkt bintang. Bersepah kot
Quote nadie90 19-1-2020 10:56 AM
Bru bca....tu pun staf kt office bgtau sbb kami nk p mkn kt situ mggu ni....xsgka gak tmpt n mkan kt situ bleh thn...rupanya pekerja xdak permit.....trpksa tkr p mkn kt tmpt lain...waiter2 kt situ mai dr Syria...huhu
Quote shamsadis 19-1-2020 12:10 PM
image.png

tauke pedulik apa, diaorang duduk kat Amerika

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.600665 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top