CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila Korea Selatan Pun Guna Bahasa Melayu Pada Papan Tanda..

22-1-2020 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5452| Komen: 24

Pasti mengujakan dan dalam masa yang sama membanggakan apabila Korea Selatan kini turut menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda di negara itu.

Ia bagi memudahkan pelancong dari Malaysia dan negara nusantara yang datang melancong ke sana. 

Kredit foto: Aitravel
Hal tersebut dikongsikan oleh Zakaria Aziz menerusi Facebook yang menunjukkan beberapa stesen pengangkutan awam dan juga kawasan pelancongan menggunakan bahasa Melayu.

“Oleh kerana kebanjiran pelancong nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati memasukkan papan tanda Bahasa Melayu bagi tujuan kesenangan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong,” katanya. 

Projek MM memetik Persatuan Pelancongan Korea berkata, seramai 350,826 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan pada tahun lalu sahaja. 

Kredit foto: ProjekMM/ Facebook

Warganet berasa teruja dan gembira dengan perkembangan tersebut dan menganggap orang Korea menerima Malaysia dengan hati terbuka. 

Malah, ramai Youtuber Korea yang membuat ulasan dan reaksi terhadap budaya dan makanan Malaysia. 

“Di YouTube, ramai orang Korea yang membuat ulasan tentang Malaysia.

“Contohnya Channel, Blimey, AbangKorea, SG Wannabe ramai lagi yang cuba bercakap Bahasa Malaysia. Tapi rakyat Malaysia pula yang cuba nak jadi orang Korea,” kata seorang pengguna. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
4

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harizs 22-1-2020 02:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik  Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa melayu indonesia
1% dari 300 juta rakyat indonesia melancong = 3 juta.   
sbb tu mrk mengalu2kan.
Quote CARI-MAMS 22-1-2020 02:53 PM
Pasti mengujakan dan dalam masa yang sama membanggakan apabila Korea Selatan kini turut menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda di negara itu.


Ia bagi memudahkan pelancong dari Malaysia dan negara nusantara yang datang melancong ke sana.


Kredit foto: Aitravel


Hal tersebut dikongsikan oleh Zakaria Aziz menerusi Facebook yang menunjukkan beberapa stesen pengangkutan awam dan juga kawasan pelancongan menggunakan bahasa Melayu.


“Oleh kerana kebanjiran pelancong nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati memasukkan papan tanda Bahasa Melayu bagi tujuan kesenangan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong,” katanya.


Projek MM memetik Persatuan Pelancongan Korea berkata, seramai 350,826 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan pada tahun lalu sahaja.


Kredit foto: ProjekMM/ Facebook




Warganet berasa teruja dan gembira dengan perkembangan tersebut dan menganggap orang Korea menerima Malaysia dengan hati terbuka.


Malah, ramai Youtuber Korea yang membuat ulasan dan reaksi terhadap budaya dan makanan Malaysia.


“Di YouTube, ramai orang Korea yang membuat ulasan tentang Malaysia.

“Contohnya Channel, Blimey, AbangKorea, SG Wannabe ramai lagi yang cuba bercakap Bahasa Malaysia. Tapi rakyat Malaysia pula yang cuba nak jadi orang Korea,” kata seorang pengguna.


Apa pula pendapat anda? - CARI
Quote Kampungpeoplesz 22-1-2020 02:54 PM
Seoul mmg best! Jeju pun iols dah sampai. Next nak try pi Busan plak.
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2020 02:59 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2020 11:01 PM
harizs replied at 21-1-2020 10:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik  Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa mela ...

Baca bawah #6 di atas tu, budak melayu..dia yang buat translations tu.
Quote Kurex 22-1-2020 03:05 PM
lambat nya.. dah ada dah benang ni pagi tadi
Quote Artemesiaa 22-1-2020 03:06 PM
Baguslah untuk mereka yang tak pandai Berbahasa Inggeris dah ada dalam Bahasa Malaysia menyenangkan mereka nak tahu arah tak perlu nak kena tanya orang lain untuk tunjuk arah
Quote Artemesiaa 22-1-2020 03:07 PM
Thread dah ada
Quote rospinki 22-1-2020 03:08 PM
ofis sebelah iols tu orang korea..ada sorang mamat korea tu sebujik korean artist dengan pants senteng dia..baju polo tucked in..rambut curly sikit.
Quote Yunho 22-1-2020 03:13 PM
org luar tulis papan tanda bahasa Malaysia...org Malaysia sendiri malu nak berbahasa Malaysia...
sebok nak cino nak arab..
Quote BeskotCekelat 22-1-2020 03:13 PM
harizs replied at 22-1-2020 02:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik  Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa mela ...

Baris atas Bahasa Melayu, baris bawah Bahasa Indonesia.
Tengok kat signboard kuning tu pun sama..
Quote duri_durians 22-1-2020 03:15 PM
kat stesen utama Taipei ada papan tanda "Jangan Duduk di Tangga" mcm tu..

malaysia ke indonesia nak claim ?
Quote ninjago 22-1-2020 03:24 PM
nice.. hargai & part of tourism marketing efforts too
Quote MeghanK 22-1-2020 03:38 PM
kelig iols 2 orang korea..sorang tu gila sikit perangai nya
first week join team, dia dah belajar cursing word in bahasa
Quote nusaraya 22-1-2020 05:03 PM
X hebatlah .. Di Indonesia semua papan tanda sudah lama menggunakan Bahasa Melayu ...
Quote TuntungReturn 22-1-2020 06:54 PM
sapa penah pi taiwan? taiwan ok x?
Quote Beribear 22-1-2020 07:11 PM
Tak salah pon nak belajar pelbagai bahasa. Kenapa mesti ada cakap2 org korea nak guna bahasa, org malaysia nak jd korea. Apa2 bahasa pon penting & bagus utk semua org. Takdelah org pdg rendah dgn kita, takdelah kita kena tipu, kena ngumpat ke or sebagainya sbb org tahu kita dpt menguasai pelbagai bahasa. Ini pon boleh jd masalah ke
Quote dakuta 22-1-2020 07:23 PM
kenapa kene ade bahase indon pule diikutsertakan kat situ

bahase melayu kurang power ke
Quote zarul427 22-1-2020 07:25 PM


elok laa kpop fans malaysia pun berlambak
bole depa berbangga
Quote crazybeach 23-1-2020 07:25 AM
MeghanK replied at 22-1-2020 07:38 AM
kelig iols 2 orang korea..sorang tu gila sikit perangai nya
first week join team, dia dah belajar  ...

so apa cursing word yang dia guna chuolss. selevel carutanzz terpaksa diva aa koSEKOLAHtak koSRPlepastak gituhh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102763 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top