CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3745|Reply: 24

Hargai pelancong Malaysia, Korea Selatan guna Bahasa Melayu di papan tanda.

[Copy link]
Post time 22-1-2020 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2020 10:47 PM

Hargai pelancong Malaysia, Korea Selatan guna Bahasa Melayu di papan tandaFMT Reporters -

January 22, 2020 8:30 AM


Siapa yang tidak biasa dengan nama negara Korea Selatan.

Di sinilah lahirnya budaya K-Pop sehingga menjadi kegilaan anak remaja di Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah makanan serta fesyen yang digunakan turut menjadi ikutan sehingga restoran Korea tumbuh bak cendawan di Malaysia.
Selain itu, Korea Selatan juga terkenal sebagai antara destinasi percutian yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ramai yang gemar bercuti di negara itu terutama buat peminat industri hiburan K-Pop.
Untuk pengetahuan, jumlah pelancong dari Malaysia ke negara Korea antara yang tertinggi berdasarkan statistik daripada agensi pelancongan di sana.
Dan sebagai menghargai kehadiran pelancong Malaysia yang kerap bercuti di sana, Korea Selatan telah mula menggunakan Bahasa Melayu pada papan tanda di beberapa lokasi.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, terdapat beberapa bahasa yang digunakan pada papan tanda di sana termasuklah Bahasa Melayu sendiri.
Pastinya langkah yang dibuat oleh Korea Selatan ini akan membantu memudahkan rakyat Malaysia di sana.
Difahamkan, usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan ini adalah usaha sama pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Usaha ini sudah dilakukan sejak dua tahun yang lalu.
Ramai pihak yang turut memuji tindakan yang diambil oleh Korea Selatan ini dalam menghargai kemasukan pelancong Malaysia di sana.

Dalam usaha murni yang dilakukan ini, ramai netizen turut menasihati rakyat Malaysia untuk menghargai usaha ini dan tidak merosakkan nama Malaysia di sana.
Jangan pula ada yang mengambil kesempatan dengan menyalah gunakan peluang baik yang diberikan kepada pelancong Malaysia.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/22/hargai-pelancong-malaysia-korea-selatan-guna-bahasa-melayu-di-papan-tanda/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 02:51 PM | Show all posts
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik  Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa melayu indonesia
1% dari 300 juta rakyat indonesia melancong = 3 juta.   
sbb tu mrk mengalu2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:53 PM | Show all posts

Bila Korea Selatan Pun Guna Bahasa Melayu Pada Papan Tanda..

Pasti mengujakan dan dalam masa yang sama membanggakan apabila Korea Selatan kini turut menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda di negara itu.


Ia bagi memudahkan pelancong dari Malaysia dan negara nusantara yang datang melancong ke sana.


Kredit foto: Aitravel


Hal tersebut dikongsikan oleh Zakaria Aziz menerusi Facebook yang menunjukkan beberapa stesen pengangkutan awam dan juga kawasan pelancongan menggunakan bahasa Melayu.


“Oleh kerana kebanjiran pelancong nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati memasukkan papan tanda Bahasa Melayu bagi tujuan kesenangan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong,” katanya.


Projek MM memetik Persatuan Pelancongan Korea berkata, seramai 350,826 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan pada tahun lalu sahaja.


Kredit foto: ProjekMM/ Facebook




Warganet berasa teruja dan gembira dengan perkembangan tersebut dan menganggap orang Korea menerima Malaysia dengan hati terbuka.


Malah, ramai Youtuber Korea yang membuat ulasan dan reaksi terhadap budaya dan makanan Malaysia.


“Di YouTube, ramai orang Korea yang membuat ulasan tentang Malaysia.

“Contohnya Channel, Blimey, AbangKorea, SG Wannabe ramai lagi yang cuba bercakap Bahasa Malaysia. Tapi rakyat Malaysia pula yang cuba nak jadi orang Korea,” kata seorang pengguna.


Apa pula pendapat anda? - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Seoul mmg best! Jeju pun iols dah sampai. Next nak try pi Busan plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2020 02:59 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2020 11:01 PM
harizs replied at 21-1-2020 10:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik  Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa mela ...

Baca bawah #6 di atas tu, budak melayu..dia yang buat translations tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lambat nya.. dah ada dah benang ni pagi tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2020 03:06 PM | Show all posts
Baguslah untuk mereka yang tak pandai Berbahasa Inggeris dah ada dalam Bahasa Malaysia menyenangkan mereka nak tahu arah tak perlu nak kena tanya orang lain untuk tunjuk arah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:07 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 03:08 PM | Show all posts
ofis sebelah iols tu orang korea..ada sorang mamat korea tu sebujik korean artist dengan pants senteng dia..baju polo tucked in..rambut curly sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:13 PM | Show all posts
org luar tulis papan tanda bahasa Malaysia...org Malaysia sendiri malu nak berbahasa Malaysia...
sebok nak cino nak arab..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:13 PM | Show all posts
harizs replied at 22-1-2020 02:51 PM
bahasa indonesia tu... "perhentian bas ulang-alik  Namsan"
sama mcm kat mekah. more to bahasa mela ...

Baris atas Bahasa Melayu, baris bawah Bahasa Indonesia.
Tengok kat signboard kuning tu pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:15 PM | Show all posts
kat stesen utama Taipei ada papan tanda "Jangan Duduk di Tangga" mcm tu..

malaysia ke indonesia nak claim ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:24 PM | Show all posts
nice.. hargai & part of tourism marketing efforts too
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kelig iols 2 orang korea..sorang tu gila sikit perangai nya
first week join team, dia dah belajar cursing word in bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 05:03 PM | Show all posts
X hebatlah .. Di Indonesia semua papan tanda sudah lama menggunakan Bahasa Melayu ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa penah pi taiwan? taiwan ok x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah pon nak belajar pelbagai bahasa. Kenapa mesti ada cakap2 org korea nak guna bahasa, org malaysia nak jd korea. Apa2 bahasa pon penting & bagus utk semua org. Takdelah org pdg rendah dgn kita, takdelah kita kena tipu, kena ngumpat ke or sebagainya sbb org tahu kita dpt menguasai pelbagai bahasa. Ini pon boleh jd masalah ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 07:23 PM | Show all posts
kenapa kene ade bahase indon pule diikutsertakan kat situ

bahase melayu kurang power ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 07:25 PM | Show all posts


elok laa kpop fans malaysia pun berlambak
bole depa berbangga
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 22-1-2020 07:38 AM
kelig iols 2 orang korea..sorang tu gila sikit perangai nya
first week join team, dia dah belajar  ...

so apa cursing word yang dia guna chuolss. selevel carutanzz terpaksa diva aa koSEKOLAHtak koSRPlepastak gituhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.067151 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list