Kerajaan berdepan kesukaran untuk melaksanakan kuarantin terhadap semua pelancong dari China yang tiba di semua pintu masuk negara ini. Malah, seperti dilaporkan Malaysia Gazette pada 26 Januari, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan langkah tersebut agak mustahil untuk dilakukan. "Pelancong dari negara China kadang-kadang meningkat sehingga dua million, kita hendak simpan dia di mana? "Tak buh (letak) kat kandang lembu? Takkanlah macam tu. Kita yang mana ada simptom, ada sikit sign pun, kita kuarantin mereka," katanya. Pada masa sama, Dr. Mahathir menyatakan, kerajaan tidak ada perancangan untuk menghantar pulang pelancong-pelancong dari Wuhan. Menurut beliau, langkah tersebut mungkin menyebabkan berlaku jangkitan terhadap individu-individu lain. Justeru, katanya, adalah lebih baik sekiranya mereka diasingkan sehingga tidak lagi mempunyai tanda jangkitan. "Ini adalah langkah pertama tetapi orang lain juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan terutama yang bekerja dekat dengan pesakit-pesakit tersebut dengan memakai topeng muka," jelasnya. Diharap rakyat Malaysia yakin dengan langkah-langkah dilaksanakan kerajaan yang diterajui oleh dua doktor perubatan yang sudah tentu lebih memahami situasi coronavirus yang dihadapi ketika ini. - CARI
|
10
Bagus |
41
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
R2D2 replied at 28-1-2020 09:08 AM
negara lain sekat terus dari masuk
fikir yg dh ada di sini
so yg ada sekarang di Malaysia dah 2 ju ...
dudaberhias replied at 28-1-2020 09:03 AM
2 juta????
soo deorang di kuarantin tu sape bayar?? tax payer kah??? ke atok bayar
noor2 replied at 28-1-2020 09:19 AM
Dulu projek Pahang tu kan ada perkampungan cina dari mainland yang dibawa zaman dulu2 lagi dan pro ...
mrsav replied at 28-1-2020 09:51 AM
projek mckip.
kadang bila pegi mall aku confused aku kat malaysia ke kat china
noor2 replied at 28-1-2020 10:06 AM
Penuh dgn pendatang dan semua tu setiap bangsa jumlah juta2. ..spt bangla. ..indon. ..cina mainlan ...
ADVERTISEMENT