CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

India:Agra-Fatepur Sikri

14-10-2013 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5956| Komen: 5

Fatepur Sikri
Fatepur Sikri, a ghost town, abandoned the capital of Emperor Akbar the great. Here in 40 kilometres from Agra, tired of the intrigues of the old town, the Emperor ordered the construction of a new capital and from 1571 to 1585 year here was the Mughal court. According to legend, on this very site of Saint Salim Chisti Sufi predicted the birth of Akbar's heir and the prophecy came true, the capital was moved in the dead area, between villages and Fatepur Sikri.




First, Akbar built a gigantic mosque and three of the Palace to his favourite wives-Muslim, Christian and Indian. Then the rest of the pavilions of the complex. The city is a true piece of Islamo-Indian art, but due to problems with the water supply the capital was abandoned in 1585, and yard returned to Agra.



The main building of the complex's mosque Jama Masjid in Persian-Indian style built in 1571.







The Buland Darwaza is the gate of the mosque, with a height of 54 metres.







Within the courtyard is the mausoleum of the Sufi Saint Salim Chisti, built of marble with ivory trim.







Chisti Sufi graves of relatives

















Inside the mausoleum Chisti

























Jodh Bai-Palace of the Hindu wife of Emperor Akbar.











Palace of the Christian wife of Akbar, Mariam, the Portuguese from Goa, and gave birth to his heir, Emperor Jahangir







The swimming pool and the remains of personal quarters of the emperor.



Diwan-i-Am-Hall of public audiences



Diwan-i-Khas, Hall of private audiences.











At the top of this column sat the Emperor on the four sides of it were the Ministers and scholars.




























Caravanserai









Fatepur market in the village next to the complex





Wagon train suburban



The easiest to get to Fatepur Sikri to Agra from local, not stopping for the night in the surrounding villages, and return in the evening, back on the bus, which departs from the entrance to the village Bazaar, several levels down the main gate of the mosque.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abgsedapmalam 13-10-2013 05:29 PM
http://supermengmalaya.blogspot.com/2012/06/incredible-india-agra-fatehpur-sikri.html
Incredible India - Agra - Fatehpur Sikri


Kami kembali ke hotel lepas tu.

Patutnya aku tak payah check out lagi hotel tu, tapi aku dah check out pagi pagi lagi sebelum keluar. Jadi dah tak boleh nak masuk dah. Tak pe lah. Aku pun tak nak buang masa. Kami kembali ke hotel tu pun sebab nak hantar Rajan sebab dia tinggalkan motosikal dia kat situ. Sebelum tu dia cakap nak bawak aku pegi tengok orang inlay marble. Saja la tu suruh aku beli dan dia orang akan dapat komisyen tapi aku dengan muka ketat nya bagitau.

"No. I am not interested !"

Terus dia mati kutu. Tapi dia bawak gak la aku singgah tengok cara orang inlay marble. Aku usha usha macam tu je lah.

Then dia bawak aku pegi money changer sebab aku nak tukar duit.

Aku cuma tukar USD100 je.

Then kami berpisah di situ. Aku bagi Rajan tip INR500 (RM30). Dia sangat suka.

Memang kiranya dia tak buat apa apa pun. Just cerita sikit sikit dan follow aku tapi aku kesian effort dia menunggu aku lama lama. Lagipun aku rasa dia tak macam Vikram bodo tu.

Aku stress bila ingat si Vikram tu.

Lepas tu drebar terus drive dan bawak aku ke Fatehpur Sikri.



Fatehpur Sikri terletak kira kira 40 kilometer ke arah Jaipur dari Agra.


Cuaca memang panas gila. Nasib la duduk dalam aircond. Jalan pun tak jem mana jadi kami tak de la lewat sangat. Cuma masa sampai tu, perghhh panas gila. Nak keluar kereta pun tak nak.

Sampai sampai je, guide aku dah menunggu.


Kalau ikutkan aku, memang malas nak guide guide ni tapi sebab dah kira part of the package dan tour company tu dah buat arrangement. Lagipun dah inclusive dalam pakej ni. Dan aku sangat malas dengan orang orang ni sebab apa apa pun nanti aku tetap kena bayar tips.


Aku bukan la nak kedekut sangat tapi kadang kadang rimas. Ergh...

Tahan je lah.

Aku dah hilang kepercayaan dengan guide gudie di India ni sebenarnya lepas kes Vikram tu. Nasib la si Rajan tu OK sikit.

Dan di Fatehpur Sikri ni, sampai je guide aku dah menunggu. Nama dia Salim.

Islam lah.

Memula jumpa dia aku macam malas nak melayan sangat dan aku nak buat modus operandi yang sama. Biar dia cakap abis abis apa dia nak cakap then aku jalan je sorang.

Dari parking Fatehpur Sikri tu nak naik atas kena naik bas. Tak pun kena menapak. Tak pun boleh naik tuk tuk. So drebar parking kat bawah dan kami naik bas lepas tu. Tambang bas adalah Rp5.


Sebab aku tak de duit kecik, Salim tolong bayarkan.


Suasana dalam bas yang macam dah nak roboh



Pandangan jalan menuju ke atas bukit di mana terletaknya Fatehpur Sikri ini


Fatehpur Sikri ni merupakan satu kompleks yang luas merangkumi istana dan masjid. Terletak di Agra yang telah di bina oleh Emperor Akhbar iaitu datuk kepada Shah Jahan.

Complicated eh? Tapi kaum kerabat yang sama je yang membina Agra Fort, Red Fort, Jama Masjid, Taj Mahal, Sikandra dan kali ni Fatehpur Sikri.

Fateh bermaksud kejayaan ! Sikri adalah nama kawasan di sini.

Emperor Akhbar ni juga di kenali sebagai Emperor Salim sempena dengan nama seorang ahli sufi yang membantu beliau sepanjang pemerintahan dulu.

Cerita si Salim tour guide aku (ramai betul nama Salim), Emperor Akhbar ni dulu kawin 3. Maksudnya dia ada 3 isteri.

Yang pertama Muslim dari Turki.

Yang ke dua. Portugis dari Goa.

Dari 2 perkahwinan yang pertama, beliau tidak dikurniakan sebarang cahayamata. So beliau sangat dukacita sebab nanti tak de orang nak mengambil tampok pemerintahan dia. Jadi... berkat doa ke macamana dengan ahli Sufi bernama Salim tu, beliau telah berkahwin dengan isteri ke tiga yang beragama Hindu.

Dan hasil perkahwinan ketiga itu lah beliau telah mendapat seorang cahayamata lelaki bernama Jahangir.

Faham?



Kompleks ni terbahagi kepada 2 bahagian. Satu istana dan satu lagi masjid tu. Yang istana ni kalau nak masuk kena bayar. INR200. Kalau masjid tu free je.

So aku ke istana ni dulu. Salim the tourist guide bawak aku ke situ. So tak kisah la. Aku OK je.

Masuk masuk aku terus lari..................... !

Hahahhaa.

Aku jalan sendiri. Malas nak tunggu dia. Ntah mana dia pegi aku tak tau. So aku merayau masuk ke dalam.


Tup tup tengah usha dan ambik gambar, Salim ni ada kat belakang aku.

Argh !


Stresss..

Pandai pulak dia cari aku.

Dan sebab dia sangat teruja untuk bercerita jadi aku tak tergamak nak halau dia. So aku dengar je la lite lite.


Ini adalah dewan public di tengah tengah kompleks. Di kawasan ini kalau ada apa apa pertemuan dengan rakyat ke apa, di sini la mereka semua berkumpul




Di atas tu pula dewan private di mana Emperor dan ahli ahli Istana dan kerajaan saja yang bersidang di dalam ni.


Apa yang menarik. Bila masuk dalam bangunan private hall ni, ada benda macam ni.

Dongak sikit !



Nampak tak?

Ada bulat kat tengah tu pastu ada macam jambatan ke hujung dewan ni.

Kata Salim. Waktu private meeting. Emperor akan duduk kat tengah tengah kat atas tu dan ahli supreme yang lain akan duduk di setiap penjuru jambatan tu.

Hebat tak?


Terus aku jadi excited.

Dan nak naik ke atas ada pintu rahsia !!

Hanya orang orang tertentu je boleh naik.

Di tepi dewan ni, hujung sikit la di luar kawasan istana ni akan jumpa ni.



Nampak tak macam menara tu?

Dulu dulu waktu pemerintahan Emperor Akhbar ni, waktu dia belum dapat Jahangir, beliau sangat sayangkan gajah dia yang sekor ni. So gajah dia mati. Maka menara tu adalah petanda dan kubur khas untuk gajah kesayangannya.

Tapi tempat tu tak di buka untuk public.


Lepas tu terus aku rasa aku suka tour guide aku bernama Salim ni.


Sebab dia bagitau aku benda yang aku rasa tak leh dapat dalam google. Dia orang local so dia memang tahu banyak benda.

Jadi aku rasa, aku OK bila dia tagged along dengan aku.


Ayuh Salim. Mari kita berpimpin tangan melihat kawasan sekitar.


Salah satu bangunan dalam kompleks Istana Emperor Jahangir



Ini adalah ruangan khas di mana isteri isteri Emperor Jahangir yang bertiga tu main sorok sorok !


Kau mampu??

Jangan tak percaya. Di sebalik pintu pintu tu ada macam maze kecik kecik sekeliling bangunan. So Emperor Akhber ni sangat suka tengok isteri isteri dia bersuka dan beriang sesama mereka.

Ada lagi !

Nampak ni macam kita main ting ting.



Di hujung tu ada kerusi. So di waktu dulu, Emperor Akhbar akan duduk di kerusi tu dan isteri dia akan duduk dia dalam kotak ni.

Mereka akan bermain soal jawab dan mana mana isteri yang dapat menjawab akan melangkah satu kotak ke depan sampai la kepada Emperor yang maybe tengah pose pose makan buah anggur di hujung sana.


Mereka sangat kanak kanak dan suka bermain main.

Ayuh kita melawat kawasan sekitar.

Jangan lupa ajak Salim tu. Panas ni.


Kawasan istana dan pemerintahan



Istana Emperor Jahangir



Kolam yang menjadi kawasan tadahan air untuk istana.


Emperor Akhber ni juga sukakan muzik.

Jadi. Waktu lapang baginda. Dekat podium tengah tengah kolam tu, akan ada ahli muzik duduk tengah tengah tu menghiburkan baginda.

Kau mampu nak main seksofon tengah tengah panas ni Kassim Selamat???

Macam tu la kiranya di gambarkan masa tu. Ni semua si Salim tourist guide aku yang citer.

Aku ulang lagi, aku suka dia sebab dia bagi aku info yang tak de dalam buku.



Gambar di atas adalah bilik tidur Emperor Jahangir ni.

Nampak tu beberapa tingkat? Dan.. dia akan tidur mengikut musim. Kalau musim sejuk, dia akan tidur di bahagian bawah sekali. Dan kalau musim panas atau summer. Tuh, dia akan tidur paling atas sekali.

Menuju puncak !


Ukiran dan senibina



Tau ni bahagian apa?? Dapur Istana !!


Yang menariknya. Emperor ni ada 3 bini kan dan beliau sangat sayangkan bini bini dia ni walaupun yang first 2 tu tak bagi dia anak.

So, setiap bini bini ni di bina istana dan bilik tidur sendiri mengikut citarasa dan keinginan masing masing.

No ! No !...

Dia orang tak pegi Ikea.


Tak juga memakai khidmat Eric Leong.

Ini bilik tidur bini dia yang Muslim. Nama apa ntah aku tak ingat.



Bini dia yang islam ni suka bersolek.

Maka di dalam bilik tidur dia ada ruangan kecik kecik macam ni dan penuh dengan cermin ! Dan di setiap tu ada banyak permata permata menghiasi kamar.

Dan semuanya telah di curi dan hilang.


Dalam kotak kotak tu adalah cermin. Nampak ukiran bunga tu? Dalam tu setiap satu ada precious stone



Isteri dia yang muslim ni, bilik tidur dia ukiran semua kalau ada gambar binatang, semua tak de kepala. Sebab dia Muslim


Dan ini pulak bilik tidur bini dia yang kedua.

Bernama Maria berasal dari Portugis yang beliau pinang sewaktu di Goa.



Maria ni tak suka bersolek tapi dia suka art. So dalam bilik tidur dia penuh dengan lukisan lukisan yang di hiasi sekitar dinding sampai ke bumbung.

Ni bumbung bilik tidur dia. Lukisan ni original painting.


Mati la tak lawa mana pun sebenarnya








Quote abgsedapmalam 13-10-2013 05:29 PM
Dan.

Untuk isteri dia yang ke tiga yang beragam Hindu tu. Dia paling sayang ! Sebabnya isteri ni la yang bagi dia zuriat. Anak lelaki yang bernama Jahangir itu.

Ni bilik tidur isteri ke tiga dia.



Bapak besar !

* tetiba Yuna keluar dengan kamera Canon.

"Ini tidak adil, tidak adil bagi nya............"


Hiks.

OK. Satu lagi. Ni katil Emperor Akhbar !



Nampak tak yang macam para tu??

Tinggi jugak tu. Aku ambik gambar ni aku naik atas batu. So bak kata Salim. Kalau Emperor Akhbar tu nak tidur dan dia mahu bermimpi. Beliau akan tidur di katil ini. Kat katil ni, dia sorang je boleh tidur sebab dia akan dapat mimpi apa benda ntah.


Sebab tu nama tempat ni adalah dream bed.

Dan tiada tangga pun nak naik atas para ni tapi kata Salim the tourist guide. Ke tiga tiga isterinya akan pangku tangan dan angkat Emperor ni ke atas.

Kalau isteri dia jahat mesti dia humban je.

Kan?

Tapi tak de la kot.

Selesai jalan jalan di kawasan istana ni, kita pegi ke satu part lagi.

Meh. Panas ni. Kena jalan cepat.

Tempat ni adalah di mana Jama Masjid terletak.



Ni dia pintu masuk dan merupakan gate tertinggi di India !

Tinggi. Tapi aku tak leh berlama lama nak ambik gambar kat sini sebab panas gila. Lagipun nak masuk kena bukak kasut dan aku masuk ikut gate tepi. Tak tahan tapak kaki boleh melecur jadi nya.


So tak ambik gambar banyak sangat. Plus aku di kejari oleh budak kecik sorang ni.

Kecik tak kecik mana. Dalam 12 tahun macam tu.

"Please Sir.. buy this"

"I dont need that"
"Sir.. please"

Dia orang ni kan suka pushy gegila babi nak suruh beli.

Tapi aku memang jenis kalau buat tak layan, aku buat muka ketat je lah. Tapi budak ni, bila dia bercakap aku jadi terkejut lak.


"Where did you learn English?"
"In school"


Tapi, slang dia. Pergh. Superb. English dia lancar gila.

"I speak Italian, French and English.. where are you from Sir?"


Pergh. Koma aku sekejap. Teringat macam budak cerita Slumdog Millionair tu je.


Tapi godaan dia nak suruh aku beli poskad tak menjadi sebab aku tak nak beli.


"200 rupee Sir"
"I dont need that"
"Please Sir.."


Merayu rayu dia.

"You can pay in Malaysian ringgit"

Fuh.

Tau pulak dia. Mesti dia biasa deal dengan orang Malaysia.


"How much ringgit Malaysia you want?"
"20 ringgit?"
"No way. You know how much 20 ringgit convert to rupee?"
"100 rupee?"
"No way !"


Kencing aku la tu. 20 ringgit boleh dapat 300 rupee okeh.

Sudahnya aku malas layan dia. Tapi beriya iya la dia kejar aku sekeliling sampai aku nak ambik gambar pun susah. Si Salim tu ada je ikut aku tapi dia orang ni memang dah tak leh masuk campur sebab takut bergaduh.

Aku kesian jugak kat budak tu tapi sebab dia ada cubaan nak menipu, so biar je lah.


Ni kawasan Sikri dari atas kompleks Fatehpur



Kambing pun ada. Kepanasan


OK.

Masuk dalam kawasan kompleks Jama Masjid ni, banyak la orang berjual jual.

Lagi aku nampak orang berniaga lagi rengsa la aku jadi nya.



Aku usha usha macam tu je. Sebab aku tak de plan nak beli apa apa aku just blah je. Salim mengekori aku dan dia mula bercerita lagi.

Di pintu bahagian kompleks ni ada pintu besar kayu ni.



Nampak banyak ladam kuda terpaku di pintu tu kan?

Kalau bentuk dia ke bawah macam smile bermaksud orang yang letak tu dapat hajat dia. Kalau bentuk u tu macam n ke bawah, maksudnya orang tu tak berjaya dipenuhkan hajatnya.

Hajat ?

Hajat Haida kah?


Apa hajat hajat ni?

Mesti korang tanya aku kan?


Tak pe. Aku pun tak tau apa. Kita tanya Salim.

"Salim. Please do the talking !"



Di dalam kompleks masjid ni ada satu bangunan kecik yang di perbuat dari marble putih.


Depan pada Jama Masjid gambar atas tu.

Dalam tu adalah kubur seorang ahli Sufi yang bernama Salim tadi tu. So Salim ni kiranya orang alim la dan beliau la yang mendoakan sehingga Emperor Akhbar mendapat cahayamata bernama Jahangir ini. So ramai yang datang ke sini adalah untuk meminta hajat !

Macam tu la kiranya.

Tapi ada trap !

Untuk meminta hajat, kita kena donate. Kena beli kain. Ada orang jual kain kain kat situ. Memula aku tak tau tapi Salim ni nonong nonong je suruh aku basuh tangan.

"What for?"

"You have to clean yourself"
"For what?"


Pastu tetiba ada mamat ni datang dekat aku. Dia panggil aku dan suruh aku duduk. Depan dia ada banyak kain. Dia bagitau aku, kat situ kita boleh buat donation. Dan donation nya adalah kita kena beli kain tu dan nanti kain letak kat atas kubur ahli Sufi. Kain tu nanti akan di donate kan pada orang orang miskin bla bla bla.. Aku dengar je lah.

Aku nak ambik gambar dia, dia tak bagi.

Memula dia kata suruh donate tu aku rasa macam OK je. Tapi lepas dia kata, kalau nak donate kena beli kain.


"How much does this cost?"

Aku tanya dia harga kain.

"This one 1500 rupee"

fxxk !


Donate ke hapa macam tu. Apsal nak donate kena tetap harga. Aku jadi tak puas hati. Pastu aku dok counter dengan dia. Berbalah balah. Dia pun tetap nak suruh aku donate. Aku cakap aku nak donate, tapi ikut suka aku. Aku tak nak kain tu.


"But Sir. This is for the poor people"
"It doesnt matter. I will give money if I feel like donating. But I am not gonna buy this clothes !"

Dia bengang.


Aku pun bengang. Bertekak lama jugak la.


"OK. We have cheaper one. 500 rupee"
"No way !"

Dan Din Dun. Aku terus panas hati. Siap la ada banyak jenis kain pulak dah.


"OK. Look. I think I am gonna pass. I am not donating anything"
"But Sir. It is for poor people. You dont want to help them?"
"There are lot of poorer people in my own country. I will help them. Dont worry"
"But Sir"


Pastu tetap la dia nak bertekak dengan aku. Sampai si Salim tu datang.

"It is not compulsory to donate, am I right?"

Aku tanya Salim tang tang tu jugak.


"No Sir"
"Thank you very much"

Aku terus bangun dan blah.

Ergh !!!


Sekali lagi aku rasa nak lempang orang. Badigol je mamat tu.

"Sir.. if you like to ask anything, you can buy this................."


Dia tunjuk aku benang apa benda ntah. Kena beli jugak ! Benang tu nanti ikat kat dalam kuburan tu dan kita boleh la wish apa apa hajat yang kita nak.

"No. I dont believe in that !"

Aku terus blah.


Stresss.

Baik je aku berkeliaran. Buang karen je.

Di satu kawasan tu ada pintu rahsia.



Pintu ni adalah pintu rahsia bawah tanah terus ke Taj Mahal !

Gila. Dulu dulu dah ada tempat macam ni rupanya. Sejauh 40 km dan boleh di lalui dengan kuda !

Tapi Salim bagitau aku, tak de pun orang pegi. Pernah ada orang masuk tapi separuh jalan keluar balik sebab terlalu gelap dalam tu.

Tapi puak puak orang kat sini dah jadikan macam tempat menyembah ler pulak. Letak bunga la apa lah. Tak faham aku.

Dan kawasan ni jugak banyak kubur kubur.

Salim kata ni kubur ahli kelurga pada Ahli Sufi yang meninggal tu. Sebab dia kiranya orang besar waktu tu, so selain menjaga Jama Masjid, ahli ahli keluarga yang meninggal semua di kuburkan di kawasan ni.


Tu semua kubur. Yang lelaki di belah luar. Yang pompuan di belah dalam


Tapi !

Aku nak masuk ke dalam bangunan marble putih ni



Dan dalam bangunan ni la terletaknya makan ahli sufi bernama Salim tu.

Ni kat dalam.


Ada orang jaga. Ada jugak la orang yang melawat.





Dan bila dia orang datang ni la bawak kain yang macam kata donation kat luar yang aku hampir terkena tadi tu.

Hampeh betul. Dia orang akan bentang betang kain banyak banyak macam tu atas kubur ni.


Mengarut betul. Bukan nak sedekah Al Fatihah ke apa, ni datang macam nak memohon hajat je.

Kalau berhajat, benang yang di beli kat luar tadi tu, kena ikat dekat pintu macam kat bawah ni.



Setiap seorang boleh mintak 3 perkara je dan tidak ada sesiapa pun yang boleh tahu, apa wish yang kita mahukan tu.

Nak tahu aku mintak hajat apa??

Hahahhahah.


Perlu ke aku nak mohon hajat kat sini?

Ntah. Aku memang susah skit nak terima benda benda macam ni. Otak aku akan cakap crap dan aku malas layan. I dont know to other people, tapi aku ke sini bukan untuk tujuan tu so aku tak pun tak ambik port.

Aku berdoa pada Allah je dan Alhamdulillah, apa yang aku dapat dan apa yang aku tak dapat, pastinya ada hikmat dan berkahnya. Cuma jangan terus berhenti berdoa.

Kami keluar tinggalkan Fatehpur Sikri lepas tu. Kami berpisah di tempat parking dan lepas tu drebar terus bawak aku ke Jaipur.

Aku suka tempat ni tapi tu lah, kalau pegi kena hati hati jugak lah.

Pernah baca novel Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri?

Hah. Pegi baca.

* aku pun tak baca. Hahahaha
Quote bianglala 13-10-2013 06:44 PM
memang incredible. banyak senibina menarik kat india.

jealousnya dengan penulis blog. banyak tempat dia dah pergi.

Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri, buku A.Samad Said.

Quote lonso 13-10-2013 10:52 PM
wow.. ada pintu rahsia ke taj mahal.. i wonder bangunan lama lain ada tak pintu rahsia
Quote Artemesiaa 14-10-2013 11:02 AM
Antara bangunan yang mempunyai senibina menarik di India

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.546569 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top