Kami kembali ke hotel lepas tu.
Patutnya aku tak payah check out lagi hotel tu, tapi aku dah check out pagi pagi lagi sebelum keluar. Jadi dah tak boleh nak masuk dah. Tak pe lah. Aku pun tak nak buang masa. Kami kembali ke hotel tu pun sebab nak hantar Rajan sebab dia tinggalkan motosikal dia kat situ. Sebelum tu dia cakap nak bawak aku pegi tengok orang inlay marble. Saja la tu suruh aku beli dan dia orang akan dapat komisyen tapi aku dengan muka ketat nya bagitau.
"No. I am not interested !"
Terus dia mati kutu. Tapi dia bawak gak la aku singgah tengok cara orang inlay marble. Aku usha usha macam tu je lah.
Aku cuma tukar USD100 je.
Then kami berpisah di situ. Aku bagi Rajan tip INR500 (RM30). Dia sangat suka.
Memang kiranya dia tak buat apa apa pun. Just cerita sikit sikit dan follow aku tapi aku kesian effort dia menunggu aku lama lama. Lagipun aku rasa dia tak macam Vikram bodo tu.
Fatehpur Sikri terletak kira kira 40 kilometer ke arah Jaipur dari Agra.
Cuaca memang panas gila. Nasib la duduk dalam aircond. Jalan pun tak jem mana jadi kami tak de la lewat sangat. Cuma masa sampai tu, perghhh panas gila. Nak keluar kereta pun tak nak.
Sampai sampai je, guide aku dah menunggu.
Kalau ikutkan aku, memang malas nak guide guide ni tapi sebab dah kira part of the package dan tour company tu dah buat arrangement. Lagipun dah inclusive dalam pakej ni. Dan aku sangat malas dengan orang orang ni sebab apa apa pun nanti aku tetap kena bayar tips.
Aku bukan la nak kedekut sangat tapi kadang kadang rimas. Ergh...
Tahan je lah.
Aku dah hilang kepercayaan dengan guide gudie di India ni sebenarnya lepas kes Vikram tu. Nasib la si Rajan tu OK sikit.
Dan di Fatehpur Sikri ni, sampai je guide aku dah menunggu. Nama dia Salim.
Islam lah.
Memula jumpa dia aku macam malas nak melayan sangat dan aku nak buat modus operandi yang sama. Biar dia cakap abis abis apa dia nak cakap then aku jalan je sorang.
Dari parking Fatehpur Sikri tu nak naik atas kena naik bas. Tak pun kena menapak. Tak pun boleh naik tuk tuk. So drebar parking kat bawah dan kami naik bas lepas tu. Tambang bas adalah Rp5.
Sebab aku tak de duit kecik, Salim tolong bayarkan.
Suasana dalam bas yang macam dah nak roboh
Pandangan jalan menuju ke atas bukit di mana terletaknya Fatehpur Sikri ini
Fatehpur Sikri ni merupakan satu kompleks yang luas merangkumi istana dan masjid. Terletak di Agra yang telah di bina oleh Emperor Akhbar iaitu datuk kepada Shah Jahan.
Complicated eh? Tapi kaum kerabat yang sama je yang membina Agra Fort, Red Fort, Jama Masjid, Taj Mahal, Sikandra dan kali ni Fatehpur Sikri.
Fateh bermaksud kejayaan ! Sikri adalah nama kawasan di sini.
Emperor Akhbar ni juga di kenali sebagai Emperor Salim sempena dengan nama seorang ahli sufi yang membantu beliau sepanjang pemerintahan dulu.
Cerita si Salim tour guide aku (ramai betul nama Salim), Emperor Akhbar ni dulu kawin 3. Maksudnya dia ada 3 isteri.
Yang pertama Muslim dari Turki.
Yang ke dua. Portugis dari Goa.
Dari 2 perkahwinan yang pertama, beliau tidak dikurniakan sebarang cahayamata. So beliau sangat dukacita sebab nanti tak de orang nak mengambil tampok pemerintahan dia. Jadi... berkat doa ke macamana dengan ahli Sufi bernama Salim tu, beliau telah berkahwin dengan isteri ke tiga yang beragama Hindu.
Dan hasil perkahwinan ketiga itu lah beliau telah mendapat seorang cahayamata lelaki bernama Jahangir.
Faham?
Kompleks ni terbahagi kepada 2 bahagian. Satu istana dan satu lagi masjid tu. Yang istana ni kalau nak masuk kena bayar. INR200. Kalau masjid tu free je.
So aku ke istana ni dulu. Salim the tourist guide bawak aku ke situ. So tak kisah la. Aku OK je.
Masuk masuk aku terus lari..................... !
Hahahhaa.
Aku jalan sendiri. Malas nak tunggu dia. Ntah mana dia pegi aku tak tau. So aku merayau masuk ke dalam.
Tup tup tengah usha dan ambik gambar, Salim ni ada kat belakang aku.
Argh !
Stresss..
Pandai pulak dia cari aku.
Dan sebab dia sangat teruja untuk bercerita jadi aku tak tergamak nak halau dia. So aku dengar je la lite lite.
Ini adalah dewan public di tengah tengah kompleks. Di kawasan ini kalau ada apa apa pertemuan dengan rakyat ke apa, di sini la mereka semua berkumpul
Di atas tu pula dewan private di mana Emperor dan ahli ahli Istana dan kerajaan saja yang bersidang di dalam ni.
Apa yang menarik. Bila masuk dalam bangunan private hall ni, ada benda macam ni.
Dongak sikit !
Nampak tak?
Ada bulat kat tengah tu pastu ada macam jambatan ke hujung dewan ni.
Kata Salim. Waktu private meeting. Emperor akan duduk kat tengah tengah kat atas tu dan ahli supreme yang lain akan duduk di setiap penjuru jambatan tu.
Hebat tak?
Terus aku jadi excited.
Dan nak naik ke atas ada pintu rahsia !!
Hanya orang orang tertentu je boleh naik.
Di tepi dewan ni, hujung sikit la di luar kawasan istana ni akan jumpa ni.
Nampak tak macam menara tu?
Dulu dulu waktu pemerintahan Emperor Akhbar ni, waktu dia belum dapat Jahangir, beliau sangat sayangkan gajah dia yang sekor ni. So gajah dia mati. Maka menara tu adalah petanda dan kubur khas untuk gajah kesayangannya.
Tapi tempat tu tak di buka untuk public.
Lepas tu terus aku rasa aku suka tour guide aku bernama Salim ni.
Sebab dia bagitau aku benda yang aku rasa tak leh dapat dalam google. Dia orang local so dia memang tahu banyak benda.
Jadi aku rasa, aku OK bila dia tagged along dengan aku.
Ayuh Salim. Mari kita berpimpin tangan melihat kawasan sekitar.
Salah satu bangunan dalam kompleks Istana Emperor Jahangir
Ini adalah ruangan khas di mana isteri isteri Emperor Jahangir yang bertiga tu main sorok sorok !
Kau mampu??
Jangan tak percaya. Di sebalik pintu pintu tu ada macam maze kecik kecik sekeliling bangunan. So Emperor Akhber ni sangat suka tengok isteri isteri dia bersuka dan beriang sesama mereka.
Ada lagi !
Nampak ni macam kita main ting ting.
Di hujung tu ada kerusi. So di waktu dulu, Emperor Akhbar akan duduk di kerusi tu dan isteri dia akan duduk dia dalam kotak ni.
Mereka akan bermain soal jawab dan mana mana isteri yang dapat menjawab akan melangkah satu kotak ke depan sampai la kepada Emperor yang maybe tengah pose pose makan buah anggur di hujung sana.
Mereka sangat kanak kanak dan suka bermain main.
Ayuh kita melawat kawasan sekitar.
Jangan lupa ajak Salim tu. Panas ni.
Kawasan istana dan pemerintahan
Istana Emperor Jahangir
Kolam yang menjadi kawasan tadahan air untuk istana.
Emperor Akhber ni juga sukakan muzik.
Jadi. Waktu lapang baginda. Dekat podium tengah tengah kolam tu, akan ada ahli muzik duduk tengah tengah tu menghiburkan baginda.
Kau mampu nak main seksofon tengah tengah panas ni Kassim Selamat???
Macam tu la kiranya di gambarkan masa tu. Ni semua si Salim tourist guide aku yang citer.
Aku ulang lagi, aku suka dia sebab dia bagi aku info yang tak de dalam buku.
Gambar di atas adalah bilik tidur Emperor Jahangir ni.
Nampak tu beberapa tingkat? Dan.. dia akan tidur mengikut musim. Kalau musim sejuk, dia akan tidur di bahagian bawah sekali. Dan kalau musim panas atau summer. Tuh, dia akan tidur paling atas sekali.
Menuju puncak !
Ukiran dan senibina
Tau ni bahagian apa?? Dapur Istana !!
Yang menariknya. Emperor ni ada 3 bini kan dan beliau sangat sayangkan bini bini dia ni walaupun yang first 2 tu tak bagi dia anak.
So, setiap bini bini ni di bina istana dan bilik tidur sendiri mengikut citarasa dan keinginan masing masing.
No ! No !...
Dia orang tak pegi Ikea.
Tak juga memakai khidmat Eric Leong.
Ini bilik tidur bini dia yang Muslim. Nama apa ntah aku tak ingat.
Bini dia yang islam ni suka bersolek.
Maka di dalam bilik tidur dia ada ruangan kecik kecik macam ni dan penuh dengan cermin ! Dan di setiap tu ada banyak permata permata menghiasi kamar.
Dan semuanya telah di curi dan hilang.
Dalam kotak kotak tu adalah cermin. Nampak ukiran bunga tu? Dalam tu setiap satu ada precious stone
Isteri dia yang muslim ni, bilik tidur dia ukiran semua kalau ada gambar binatang, semua tak de kepala. Sebab dia Muslim
Dan ini pulak bilik tidur bini dia yang kedua.
Bernama Maria berasal dari Portugis yang beliau pinang sewaktu di Goa.
Maria ni tak suka bersolek tapi dia suka art. So dalam bilik tidur dia penuh dengan lukisan lukisan yang di hiasi sekitar dinding sampai ke bumbung.
Ni bumbung bilik tidur dia. Lukisan ni original painting.
Mati la tak lawa mana pun sebenarnya