|
Cubaan membawa masuk daging tikus kering gagal selepas lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Astro AWANI melaporkan, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang dengan bantuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan lelaki berusia 30-an itu di laluan ketibaan antarabangsa jam 8 malam tadi.
Daging tikus kering seberat 780 gram itu ditemui ketika bagasi lelaki terbabit diperiksa. "Tujuan sijil kesihatan veterinar ini adalah untuk memastikan barangan daging tersebut bebas penyakit dan virus," kata Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli. - CARI
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047576 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.