CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

5 Beradik Jadi Yatim Kerana Pemandu Mabuk, "Dah Tu Nak Biar Gitu Ja?"

13-2-2020 01:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7155| Komen: 22




Angkara pemandu mabuk, ramai sudah keluarga berantakan, ada yang kehilangan anak dan ada juga yang hilang kasih sayang ibu bapa. Terbaharu lima beradik menjadi yatim setelah ayahnya terkorban dalam kemalangan di Seberang Jaya, Pulau Pinang sementara ibunya masih bertarung nyawa di hospital.

Menerusi laporan Astro Awani yang menemui anak sulong keluarga ini, Nur Afni Nirwana yang berikrar untuk menjaga adik-adiknya dengan baik sehingga besar meruntun hati ramai warganet. Rata-rata berasa sayu dengan beban yang terpaksa dipikul oleh orang tidak bersalah. Sementara pemandu mabuk? Apa hukuman terhadap mereka?


Twitter

Kemalangan yang mengerikan itu menyebabkan kelima-lima adik beradik ini menjadi yatim sekelip mata, Nur Afni Nirwana,16 Nur Istna Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7 dan Muhammad Khairi Zafran, setahun 9 bulan.

Kredit foto: Twitter

Sedia maklum, belum ada hukuman keras terhadap pemandu mabuk ini walaupun ia membabitkan kehilangan nyawa, maka ramai yang menggesa kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pesalah atau penjenayah ini. Malahan mereka juga harus bertanggungjawab terhadap kebajikan waris mangsa ini.


Selain itu, warganet terus mempersendakan tindakan kerajaan yang dilihat masih terumbang-ambing dalam menentukan hukuman terhadap pemandu mabuk ini.


Kredit foto: Twitter

Justeru itu, sementara menunggu undang-undang akan digubal atau tidak, warganet menyeru rakyat Malaysia bagi membantu keluarga ini dengan memberi sumbangan yang termampu. Anak pertama dan kedua kini bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kg Kastam sementara anak ketiga dan keempat di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal. Buat masa ini mereka tinggal di rumah datuknya.


Kredit foto: FB

Diharapkan pihak berwajib memandang serius perkara ini yang kebanyakannya membabitkan keluarga susah. Kenakan tindakan keras kepada golongan pemandu mabuk yang tidak sewajarnya berada di jalan raya. Dan jika anda mempunyai rezeki lebih, boleh sedekahkan kepada ahli keluarga ini, sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka. - CARI
2

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 13-2-2020 01:43 PM
Kepak lutut dia boleh tak. Biar sampai mampos tak boleh drive
Quote 234126 13-2-2020 01:44 PM
mungkin sebab ada anak-anak diorang pun kaki mabuk? nak protect family sendiri guna kuasa veto.
Quote Ladybird910 13-2-2020 01:51 PM

Dah sah2 mabuk is an option..

if u dare to drunk and caused others to suffer, so dare to bear the costs of your stupidity..
Quote krustykrab 13-2-2020 01:57 PM
Cina ke yg mabuk tu?
Quote cikatilia 13-2-2020 02:29 PM
celaka gila yg mabuk tu
secalit luka pon tak nampak
ko selamba badak aje kan
Quote Ed_Lyn 13-2-2020 02:34 PM
Jantan pemabuk ni patutnya kena bayar pampasan kat keluarga ni, selain kena hukuman penjara or gantung sebabkan kematian org lain yg tidak berdosa..   
Anak2 kecik lagi... Perlu duit untuk perbelanjaan sekolah.. Perbelanjaan harian..   Banyak lagi liku2 perjalanan yg dorang kena tempuhi...
Quote tupaiterbang 13-2-2020 02:57 PM
makin menjadi2 sejak Malaysia Baru ni..
Quote matchstick 13-2-2020 03:02 PM
Dh sah2 set2 yg mabuk tu geng DAP kan.. X kan geng PAS pulok. Kalo geng PAS senang dan cepat sikit nk gubal undang2 baru
Quote palmolive 13-2-2020 03:07 PM
matchstick replied at 13-2-2020 03:02 PM
Dh sah2 set2 yg mabuk tu geng DAP kan.. X kan geng PAS pulok. Kalo geng PAS senang dan cepat sikit n ...

kalo geng PAS atas jalan tu terus jatuh hukum..nama print besar2 dlm paper..
Quote any42 13-2-2020 03:16 PM
sialan btul. sedihya kecik2 lg dah dduga sbgitu hebat. hrap ibu bdk2 ni btahan & segera sembuh.
Quote husna_amal 13-2-2020 03:47 PM
Kalau cina yang buat kesalahan undang2 pasti kena hukuman yang tak setimpal. Entah kenapa ada keistimewaan khas untuk diorang ni.
Quote Artemesiaa 13-2-2020 03:56 PM
Dah sampai masanya hukuman paling berat dikenakan pada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian macam ni
Quote Catpaw 13-2-2020 04:51 PM
Sedihnya baca berita ni, yang laki paling kecil belum pun tak sampai dua tahun... tgh tumbuh gg
Quote RedHair7 13-2-2020 04:55 PM
A simple tagline " Don't drink and DRIVE!!"
Which parts did they don't understood?

Its your choice, be wiser or arrogant??

Simpati kepada 5 orang anak-anak ini.
Semoga Allah sentiasa memelihara mereka.
Quote Meiizu 13-2-2020 05:07 PM
kesiannya..bila kes mcm ni kena saman , duit tu pegi kat govmt. abis tu anak2 bwh 18 tu takdpt  sesen pun. dah byk kes kan- kecik2 mcm tu waris mana yg rajin nak bawak kes ke court utk pembelaan? yilekkkk.

tu blum kira duit sumbangan derma atok makcik pakcik songlapp
Quote mziskandar 13-2-2020 05:42 PM
org mabuk x tau dia mabuk
pemandu mabuk tu mmg salah. tapi bkn dia sorang.. yg beli, yg jual, yg perah, yg ambik tax, yg sign... ramai woo..
yg rajin buat pemeriksaan pagi2 time org gi keje kul 8 9 kat lorong moto, harap jadi lebih rajin buat roadblock kat jln yg bnyk kelab malam.
last2 lepas..
Quote rina0602 13-2-2020 06:23 PM
kenapa la yang mabuk tu tak mampus
Quote jejaka00 13-2-2020 07:29 PM
aku taknak nombor akaun mak sedara ke, pak sedara ke, aku nak tanya sape2 ada nombor akaun anak sulong dia, sesiapa ada info?
Quote krustykrab 13-2-2020 08:41 PM
jejaka00 replied at 13-2-2020 07:29 PM
aku taknak nombor akaun mak sedara ke, pak sedara ke, aku nak tanya sape2 ada nombor akaun anak sulo ...

Call la no mak sedara dia tu..tanya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087589 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top