CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Betul Nak Bantu, Bantulah Betul-betul" - Aik, Sajat Salahkan JAKIM Pula?

13-2-2020 10:25 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 18966| Komen: 127|Original author: Oleh: LilRose

Sajat menyatakan kesediannya bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung kontroversi ketika mengerjakan umrah, baru-baru ini.


Kredit foto: IG


Usahawan kosmetik itu berharap diberi panduan yang jelas bagi menyelesaikan isu status identitinya.

Bagaimanapun, apabila mengulas mengenai pertemuan mereka sebelum ini, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seolah-olah meletakkan kesalahan ke atas JAKIM kerana 'tidak bersungguh' membantu menyelesaikan kemelut status jantinanya.

“Selama ini bukan saya tak mahu buat laporan perubatan seperti yang diminta, tetapi mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

“Kalau betul JAKIM nak bantu, mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi dan memaklumkan dengan siapa perlu saya rujuk.

“Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.


Malah, katanya pihak berkuasa juga tidak dapat menyelesaikan masalah berhubung identitinya itu.

“Bukan saya tak cari jalan penyelesaian, setiap kali saya bawa isu ini ke pihak bertanggungjawab mereka memberitahu kes saya ini berprofil tinggi.

“Kalau diikutkan, ibu bapa saya sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan.

“Namun, sekarang saya yang perlu menanggung semua ini sendirian. Saya juga pernah kena tipu,” katanya.


Kredit foto: IG

Tegasnya, hanya ibu bapanya yang boleh mengesahkan siapa dirinya sebenarnya, sekali gus meminta agar isu jantinanya diselesaikan sementara mereka masih hidup.

Sajat juga mendedahkan bahawa dia menjalankan ibadat umrahnya dengan tenang dan lancar tanpa didatangi pihak berkuasa akibat kontroversi yang tercetus.

“Saya juga berniat untuk menunaikan umrah setiap tahun selain ingin membawa stokis dan kakitangan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Sajat dilihat bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang mendakwa Sajat tidak memberi kerjasama kepada JAKIM.

“JAKIM ada menawarkan diri untuk membuat kajian hormon iaitu membantu Sajat sama ada dia lebih cenderung kepada perempuan atau lelaki.

“Dari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri,” katanya.

Pusing lagi Sajat selagi boleh! Bukan Malaysia baru kenal Sajat setahun dua, kan? - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tick 13-2-2020 10:33 AM
Lantak nko la sajat.
Selagi dalam hati ko memang taknak jadi lelaki, sampai bila2 la keadaan kau mcm tu.
Quote buapakperut 13-2-2020 10:33 AM
kok ye pun khau khunsa perlu kah buat perangai attention seeker tu semua, kejap bertudung kejap macam telanjang,kejap bergelek. ada je khunsa yang lain tapi takde le asek nak post sundal2. kena kecam nangis salahkan orang lain
Quote awex^returns 13-2-2020 10:36 AM
video zaman batu tu kira macam mana pulak yang mak ko ngan adik beradik kata ko jantan
sembang lah ko jad
bongok
Quote Suchi 13-2-2020 10:37 AM
So g la wat ujian tentukan jantina sebenar ko. Berapa punya lama masa ade tak jugak buat.
Lepas setel semua tu barulaa ko boleh nk g umroh tiap tahun pun.
Quote nuril86 13-2-2020 10:38 AM
simple je.. xpayah layan pondan ni... dia nak ape.. diakui sebagai perempuan ke... menyampah plak tgknye.. boikot je pondan ni...
Quote EvieWanKenobi 13-2-2020 10:40 AM
pondan kalau sembang..
Quote azimodin 13-2-2020 10:41 AM
Buat je genetic testing. Kalau perempuan keluar la XX or X0, kalau jantan harus la XY. vajayjay boleh pelsu, DNA x boleh tipu
Quote KIM.K 13-2-2020 10:42 AM
Penjarakan sajat. Kalau dia khunsa dan layak selayak layaknya tukar jantina, dah lama JPN tukar. Tapi ni macam duta dajjal
Quote Themilo 13-2-2020 10:47 AM
tgk kat fb cousin sajat, memang dari 2018 JAKIM dah suruh Sajat pergi HUKM jumpa pakar O&G. Tapi pondan propa ni yang tak pergi.  
Quote ahlisihircute 13-2-2020 10:50 AM
Sampai abang Jamil mampus pon x habis lagi isu sajat nie.....
Quote BicaraHatiku 13-2-2020 10:59 AM
Edited by BicaraHatiku at 13-2-2020 11:10 AM

Kiranya tak insaf lagi la ni.. Pergi mekkah pakai tudung..balik trus free hair

[youtube]BWh4mmk0SPw[/youtube]
Quote beni_nikaido 13-2-2020 11:18 AM
udah2 la tu pasal mamat ni
haritu pak menteri pun kata x diambil tindakan sbb ini "isu kecil" kan???

1) ambil tindakan kerana mencemar undang2 masa urusan umrah tu. jgn denda duit je, bagi penjara dan sebat skali supaya betul2 serik dan insaf bila dia nak buat benda2 merepek ni lagi

atau

2) boikot dan usah dilayan langsung mamat ni. biar dia dan family hidup dalam fantasi sendiri.
mati kang, dia sendiri gak yg nk menjawab dlm kubur
Quote barfi 13-2-2020 11:32 AM
Boring nya la gosip sajat ni..
Kami2 ni sejak zaman miss kepoh 2015 lagi duk berbincang pasal jantina engkau.

So 2020 ni aku dah malas la pening kepala fikir pasal jantina engkau..
Quote sonatalady 13-2-2020 11:32 AM
X nak mengaku salah sikit pn yer.
Semua org salah padahal kau sendiri yg cari pasal.
Nak buktikan kat org kau betul..tup2 org lak kena buat semua untuk kau.
Ni takut barang ke boikot ke apa.
Quote noor2 13-2-2020 11:32 AM
Pondan ni pi mekah tujuan nk bergambar ala2 model ke hape. .rasa nk terajang je dia ni..walau dia lagi besar badan...geram betul
Quote noor2 13-2-2020 11:33 AM
BicaraHatiku replied at 13-2-2020 10:59 AM
Kiranya tak insaf lagi la ni.. Pergi mekkah pakai tudung..balik trus free hair

Apasal muka dia hodoh? ...nampak sangat jantan...balik mekah nampaknya x berubah pun.....
Quote doubleA 13-2-2020 11:44 AM
Toksah la percaya pondan, tak mengaku salah sendiri, lagi konar baring salahkan semua orang. Dia jela betul
Quote ctaz 13-2-2020 11:58 AM
DENGAN DUNIA BOLEH LA KO MENIPU....
DENGAN MAHA PENCIPTA....BOLEH KE KO NAK MENIPU
Quote addved 13-2-2020 11:58 AM
Liar liar pants on fire. Once a liar always a liar.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.045768 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top