CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Trauma Dengan Covid-19, Ini 5 Virus Lain Paling Bahaya Dalam Sejarah

26-2-2020 10:22 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 5518| Komen: 18|Original author: Oleh: PDOT777

Virus COVID-19
KREDIT FOTO: sciencealert.com

Jangkitan novel coronavirus ataupun nama barunya Covid-19 sangat membimbangkan penduduk dunia. Walaupun jangkitan ini bermula di bandar Wuhan, China, jangkitan ini telah tersebar di negara lain termasuk Malaysia. 

Memetik The Star, data yang terkumpul sehingga 15 Februari tahun ini, dua warganegara Malaysia disahkan positif jangkitan virus berkenaan, manakala 37 lagi statusnya masih belum diketahui. 

Walaupun jangkitan Covid-19 ini masih baru di negara kita, kita juga patut tahu bahawa banyak virus dalam sejarah yang telah ditemui dan membunuh manusia. 

Kita akan melihat 5 virus lain yang paling berbahaya dalam sejarah peradaban manusia.


Virus Marburg



Virus Marburg
KREDIT FOTO: en.wikipedia.org

Saintis mengenal pasti virus Marburg pada 1967 di mana beberapa pekerja makmal terdedah dengan beberapa monyet diimport dari Uganda yang dijangkiti virus berkenaan. 

Virus ini sama dengan Ebola, bermakna orang yang dijangkiti boleh mengalami demam panas dan juga pendarahan di seluruh badan menyebabkan berlaku kegagalan organ dan kematian.

Kadar kematian akibat virus ini meningkat pada 80 peratus pada 1998-2000 di Republik Demokratik Congo. Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Angola diserang wabak sama pada tahun 2005.


Virus Ebola


Virus Ebola
KREDIT FOTO: thesurgeryuganda.org

Serangan Ebola pertama terjadi pada 1976 di Sudan dan Congo. Ia tersebar melalui sentuhan dengan darah atau mana-mana cecair dalam badan, ataupun tisu daripada manusia mahupun haiwan yang dijangkiti.

Kadar kematian akibat virus ini adalah 50 peratus, dan meningkat sebanyak 71 peratus di kawasan Sudan, menurut WHO. Kawasan barat Afrika adalah kawasan paling kompleks untuk menangani virus ini.


Virus HIV


Virus HIV
KREDIT FOTO: medicalnewstoday.com

Dianggarkan 36 juta kematian akibat HIV sejak pertama kali dijumpai pada awal 1980-an. Pada zaman sekarang, ubat antivirus yang sangat kuat membantu manusia untuk hidup bertahun-tahun dengan HIV. 

Tetapi, virus ini masih menghantui negara-negara yang mempunyai kos sara hidup sederhana dan rendah dengan kadar 95 peratus jangkitan HIV yang baru mula muncul. Hampir satu daripada 20 orang dewasa di kawasan selatan Sahara di Afrika disahkan positif HIV.


Virus Smallpox


Virus smallpox
KREDIT FOTO: Smallpox, cdc.gov

Pada 1980, WHO mengesahkan dunia bebas daripada jangkitan smallpox. Bagaimanapun, sebelum tahun itu, smallpox menjangkiti manusia selama ribuan tahun, membunuh satu daripada tiga manusia yang dijangkiti. Kepada yang terselamat, badan mereka akan mempunyai parut yang sangat dalam dan kekal, selain mata menjadi buta.

Di luar benua Eropah, kadar kematian adalah lebih tinggi apabila pelancong yang dijangkiti pulang ke negara asal dan menyebarkan virus berkenaan. Dilaporkan, 90 peratus penduduk asal Amerika mati akibat jangkitan smallpox yang berasal dari Eropah. 

Memasuki abad ke-20, 300 juta kematian dicatatkan akibat smallpox.


Hantavirus


Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS) mula menjadi perhatian pada 1993 di Amerika Syarikat. Seorang lelaki dan tunangnya yang menetap di area Four Corners di Amerika terbunuh selepas beberapa hari mengalami sesak nafas. 

Beberapa bulan selepas itu, penguatkuasa kesihatan mengasingkan hantavirus daripada seekor tikus spesis Peromyscus ataupun deer mouse yang berada di dalam rumah salah satu pesakit dijangkiti.


Deer mouse
KREDIT FOTO: abqjournal.com

Deer mouse adalah spesis tikus yang senang dijangkiti Hantavirus. Virus ini tidak berpindah dari satu manusia ke manusia yang lain, tetapi melalui zarah-zarah di udara yang dihidu manusia. Zarah-zarah ini mengandungi segala jenis yang datang dari badan deer mouse seperti air kencing.

Dilaporkan, 600 penduduk di Amerika dijangkiti dan 36 peratus daripada mereka mati akibat virus ini. - CARI
2

Bagus
1

Marah
9

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 26-2-2020 10:46 AM
Good info.
Quote Kuasaberganda 26-2-2020 11:00 AM
virus virus cinta pon bahaya
Quote RatuDunia94 26-2-2020 11:26 AM
Virus2 ni berasal dr binatang.. yg manusia gedik makan binatang2 tu watpe.
Quote Artemesiaa 26-2-2020 11:30 AM
Nasib ni semua dah ada penawarnya melainkan Covid-19 usaha mencari penawar masih dijalankan sebab tu ramai yang trauma mengenainya
Quote dani-rox 26-2-2020 02:35 PM
dulu siapa2 kena HIV+, mcm hukuman mati sebegitu. sekarang dah ada ubat2an yg membolehkan penghidap mencapai tahap undetectable.
Quote LadyCarefree 22-3-2020 03:33 PM
Virus bodoh, virus rasis, virus tablogh pon bahaya
Quote LadyCarefree 22-3-2020 03:33 PM
RatuDunia94: Virus2 ni berasal dr binatang.. yg manusia gedik makan binatang2 tu watpe.



Bukan sbab makan binatang.
Virus dari binatang peelu  ada perantara dan berubah untuk dia jagikan manusia sebagai hos.
Quote VirusCinta 22-3-2020 03:36 PM
Virus cinta je Tak bahaya
Quote PDOT777 23-3-2020 12:42 PM

amboi hahaha
Quote DARSITA 23-3-2020 05:00 PM
LadyCarefree replied at 21-3-2020 11:33 PM
Bukan sbab makan binatang.
Virus dari binatang peelu  ada perantara dan berubah untuk dia ja ...



dulu virus binatang jangkit sama binatang. Satu hari di pasar Wuhan virus dari binatang ini menjangkiti human. Lepas itu dari human ke human - antibodi bdan kita tak tau nak lawan macamana.

covid19 sama lebih kurang dgn RaTG13.


Quote Buritan 23-3-2020 05:06 PM
Kuasaberganda replied at 26-2-2020 11:00 AM
virus virus cinta pon bahaya

Virus cinta kalo kena perut jd buncit
Quote famri7 23-3-2020 07:11 PM
So covid ni konsepnya pprt cabuk alza jah xleh kompare dgn lista di atas.
Quote LadyCarefree 23-3-2020 10:07 PM
DARSITA replied at 23-3-2020 04:00 PM
dulu virus binatang jangkit sama binatang. Satu hari di pasar Wuhan virus dari binatang ini me ...

No. Salah tu. Baca lagi pasal covid19 ni. But scientists pon masih lagi kaji.....
Quote slavehunter 23-3-2020 10:21 PM
Tapi i kesian dengan orang2 tua.....tak sempat nak habiskan sisa hidup, dah dipanggil.
Quote Kuasaberganda 24-3-2020 03:52 PM
Buritan replied at 23-3-2020 05:06 PM
Virus cinta kalo kena perut jd buncit

hahaha.ngokngek.bukan itu yg di maksudkan
Quote Tinot7 24-3-2020 04:13 PM
Artemesiaa replied at 26-2-2020 11:30 AM
Nasib ni semua dah ada penawarnya melainkan Covid-19 usaha mencari penawar masih dijalankan sebab tu ...

iols tak rasa ada cure. treatment utk hiv tu pun utk kawal penyakit.
Quote Buritan 24-3-2020 05:44 PM
Kuasaberganda replied at 24-3-2020 03:52 PM
hahaha.ngokngek.bukan itu yg di maksudkan

Betullaa.. virus ape tuu..
Quote highcastle 24-3-2020 05:49 PM
Edited by highcastle at 24-3-2020 05:51 PM

HIV tu kira boleh dikatakan mudah dielak la dan tak mudah merebak, hanya kalau ada hubungan kelamin atau perpindahan darah je........ Tapi yg skg ni adusss........menakutkan, semua org mcm berpotensi boleh kena........

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.082660 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top