CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TH Tutup 4 Hotel, Bagaimana Pula Nasib Pekerja?

18-2-2020 10:54 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6939| Komen: 43|Original author: Tukang Tulis

TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Kredit foto: Facebook

TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji akan menutup operasi empat hotel di bawah kumpulan itu mulai 1 April 2020.

Merujuk kepada surat bertarikh 17 Februari 2020 yang tular dalam media sosial, empat hotel tersebut adalah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, TH Hotel Penang dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

TH Hotel Kota Kinabalu. Kredit foto: TH Hotel 

Seperti yang dijelaskan dalam surat itu, penutupan operasi dan perkhidmatan keempat-empat hotel tersebut adalah tidak dapat dielakkan.

"Operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan/atau akan diambil alih oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

"Bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji," kata THHR.

TH Hotel & Convention Centre Alor Setar. Kredit foto: TH Hotel
Selain itu, kakitangan yang dikenal pasti sebagai berlebihan akan diberi tawaran skim penamatan pekerjaan (SSS).

THHR juga menyatakan bahawa syarikat telah mengambil langkah-langkah wajar berhubung perkara tersebut.

TH Hotel Penang. Kredit foto: TH Hotel
Pelaksanaan SSS tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Penutupan empat hotel THHR tersebut bakal meningkatkan jumlah rakyat yang hilang pekerjaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • yeos

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-2-2020 11:05 AM
pagi tadi siti nohalijah teruk kena kecam.. hahahahahahahaha
Quote JohnnyLever 18-2-2020 11:06 AM
kena tanya komen @pyropura
Quote Ladybird910 18-2-2020 11:11 AM
Dulu2..tujuan dorg beli hotel sendiri tu adalah utk tampung kos jemaah..source of revenue.

Dan jadi tempat utk para jemaah hadir kursus dan check point sblm berangkat ke tanah suci..

tp management hotel hauk.mark up harga xingt dunia akhirat.staff xproperly train.harge yahudi.qualiti xjga..ptt improve bukan tutup

Investment side LTH bt unjuran xstdi bebetul ke..mana sifat amanah korang?

Investment paper sekadar work filler kah? Seriously terkilan. Aset pindah ke company lain meaning its not LTH pny da laa..hmm

Quote Ina8895 18-2-2020 11:29 AM
Perlu ke jual untuk dipulihkan?
Quote RatuDunia94 18-2-2020 11:35 AM
Kurex: pagi tadi siti nohalijah teruk kena kecam.. hahahahahahahaha


Kena kecam kat mana cuols?? And pasal ape?
Quote natrahn 18-2-2020 11:54 AM
Bukan hotel-hotel itu sahaja, banyak lagi yang Tabung Haji dah serah kepada anak syarikat milik kerajaan UJSB bawah proses pemulihan tahun lepas. Sebab apa serah? Sebab operasi hotel-hotel ni rugi bertahun-tahun dan Tabung Haji tidak lagi mampu untuk terus menanggung kerugian ini untuk satu jangka masa panjang.

Bila serah kepada UJSB, maka UJSB perlu bangunkan atau majukan untuk jana keuntungan. Bawah brand dan model TH ternyata hotel tersebut rugi, maka UJSB perlu kemukakan satu pelan bisnes yang baru termasuk penjenamaan semula hotel tersebut.

Pekerjanya? Dibawah pengurusan TH mereka akan diberi pampasan dan diserap bawah pengurusan baru bawah UJSB. So tiadalah isu penindasan kepada kakitangan sedia ada.

Semoga apa yang dorang plan jalan dengan baik.
Quote husna_amal 18-2-2020 12:23 PM
Nasib pekerja boleh usaha kat tempat lain. Rezeki boleh cari dimana2 berserah pada Allah. Mungkin sebelum ni pengurusan tak berapa baik.
Quote tobby 18-2-2020 12:26 PM
ekonomi merosot...  sst tak turunkan harga barang... pelabur2 lari x masuk balik.  menteri2 masih menipu Bursa Msia pada kedudukan terbaik
Quote totokreturn. 18-2-2020 12:46 PM
kesan corona virus
Quote Ina8895 18-2-2020 01:04 PM
TH pun melabur dalam pasaran saham. Disebabkan kebangangan Nobita, harga saham jatuh. Kesannya tentu ada pada TH.

Lepas tu ambil jalan mudah jual aset. Macam babi membaiki labu jadinya.
Quote Ina8895 18-2-2020 01:05 PM
natrahn: Bukan hotel-hotel itu sahaja, banyak lagi yang Tabung Haji dah serah kepada anak syarikat milik kerajaan UJSB bawah proses pemulihan tahun lepas. Seba ...


Ko cakap senang le. Tak kena batang idung ko
Quote alinone78 18-2-2020 01:47 PM
kat tajuk kata TUTUP

kat penerangan kata PINDAH OPERASI
Quote white_musk 18-2-2020 02:44 PM
alinone78 replied at 18-2-2020 01:47 PM
kat tajuk kata TUTUP

kat penerangan kata PINDAH OPERASI

Wartawan CARI MAKAN
Quote JohnnyLever 18-2-2020 02:50 PM

pelancong china menginap dalam hotel th ke?
Quote MadameOnion 18-2-2020 03:22 PM
marilah kita berhuhuhu
Quote badaksumbu 18-2-2020 04:00 PM
natrahn replied at 18-2-2020 11:54 AM
Bukan hotel-hotel itu sahaja, banyak lagi yang Tabung Haji dah serah kepada anak syarikat milik kera ...

boleh pulak main serah2 ye? th sebelum ni untung je, knp perlu jual aset sekarang? tlg mintak sumber ni jawab sikit.
Quote sarah82 18-2-2020 05:00 PM
Kurex replied at 18-2-2020 11:05 AM
pagi tadi siti nohalijah teruk kena kecam.. hahahahahahahaha

Kes apa kena kecam?
Quote Kurex 18-2-2020 05:34 PM
sarah82 replied at 18-2-2020 05:00 PM
Kes apa kena kecam?

masa tahun 2015, siti twit katanya th dah jahanam.. lepas tu netizen up balik twit dia sampai siti limitkan yg komen..
Quote sarah82 18-2-2020 05:46 PM
Kurex replied at 18-2-2020 05:34 PM
masa tahun 2015, siti twit katanya th dah jahanam.. lepas tu netizen up balik twit dia sampai siti ...

Hahahaha.. Kena ludah dia balik la nampaknya

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.099598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top