CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tolonglah Baca Abang Oi" - Dr Amalina Tegur Netizen Terlebih Pandai Bab Kanser Payudara

19-2-2020 11:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6752| Komen: 16


Kanser payudara antara penyakit paling digeruni dan merupakan kanser paling utama menyerang kaum wanita. 

Kanser payudara disebabkan pelbagai faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan keadaan sekeliling.

Faktor-faktor itu sukar untuk dikenalpasti. Namun begitu, pemakanan yang sihat dan membuat senaman dapat mengurangkan risiko.

Justeru, penting untuk kaum wanita melakukan pemantauan.

Kredit foto: Health Magazine

Bagaimanapun ada juga yang mengaitkannya dengan pemakaian baju dalam atau bra yang ketat dan berdawai, yang mana ia dijaja dari mulut ke mulut sehingga ramai yang mempercayainya.


Perkara ini dikongsi Dr Amalina Bakri menerusi laman Tw!tter beliau.

Kredit foto:Twitter - Tweet seorang pelayar yang mengaitkan bra ketat sebagai punca kepada kanser payudara, sebelum ia kemudian dipadam. 

Kebanyakan orang lebih memilih untuk mempercayai mitos berbanding membaca maklumat yang sahih. Mesti Dr Amalina 'geram' ni. Habis semua sepupu, nenek termasuk jiran pun keluar.


“Dah berapa kali saya nak cakap, itu adalah mitos, tolonglah baca abang oiiiiii.




“Korang nak percaya kawan punya sepupu punya nenek punya kawan punya datuk punya kawan punya adik punya abang punya kakak yang beritahu ke atau doktor yang buat specialise dalam bidang kanser payudara beritahu?” tulis Dr Amalina pada tweet yang berasingan.

Tambah Dr Amalina lagi, sesetengah wanita berasa selesa untuk memakai bra ketika mereka sedang tidur, sementara yang lain pula tidak. Biarkan sahaja mereka membuat keputusan selagi perkara tersebut tidak mengundang sebarang bahaya.




Menurut Dr Amalina lagi, setakat ini tidak ada bukti yang kuat untuk menyokong dakwaan kononnya memakai bra pada waktu malam dapat mencegah payudara daripada menjadi kendur.


"Sesetengah wanita berasa selesa untuk memakai bra ketika mereka sedang tidur atau mengikut saranan doktor. Pakailah jika perlu asalkan sesuai dan tidak terlalu ketat.

Bra berdawai tidak menyebabkan kanser,"  tulisnya lagi.

Rata-rata netizen menyokong kenyataan doktor tersebut dan dalam masa yang sama mengecam individu berkenaan gara-gara terlebih mempercayai mitos.



Lelaki pun boleh kena kanser payudara, tapi berapa ramai antara mereka yang pakai bra masa tidur?

Kenapa yang bising pasal ni selalunya yang tak pakai bra?


Dasar melayu pervert!
Kredit foto: Twitter Dr Amalina

Fuh. Dah masuk tahun 2020 masih ramai yang percaya hearsay dan perkara mitos. 

Sebarang perkara berkaitan sebarang kanser dapatkanlah dari doktor yang pakar mengenainya, okay! - CARI


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 19-2-2020 11:45 AM
time tidoq aku mmg tak pakai bra sbb rimas
Quote adelea 19-2-2020 11:47 AM
MadameOnion replied at 19-2-2020 11:45 AM
time tidoq aku mmg tak pakai bra sbb rimas

sama la... klu nak pakai jugak iols cari jenis kain yg macam singlet tu supaya selesa ... ni kes klu bermalam rumah sedara mara
Quote gideoncross 19-2-2020 12:01 PM
Bra issa no d mlm hri & msa tdo.
Quote sarah82 19-2-2020 12:04 PM
Aku dok rumah no bra...dan aku guna genie bra.. Senang.. Yg penting tak melecet kalau panas dan berpeluh
Quote top5complete 19-2-2020 12:10 PM
puting tu best.. cam cocojelly.. sedap dihisap
Quote Artemesiaa 19-2-2020 12:23 PM
Kan dah kene sekolah percaya sangat apa org kata
Quote chicozinn 19-2-2020 02:33 PM
xtau la korang tapi aku suka pakai lengkap time tido..baju tidur aku pun tshirt n sluar track je smpai la dah kawen ni..koser la nak togel walaupun ade somi ni..terasa geli lak kalu xlengkap berpakaian
Quote JohnnyLever 19-2-2020 03:04 PM
pasal bra pun kecoh
Quote jaja8 19-2-2020 03:05 PM
tak selesa la kalau tak pakai..bergeser
Quote husna_amal 19-2-2020 03:53 PM
netizen sekarang ramai dah jadi dokter bertauliah tu yang macam2 fakta keluar.
Quote EvieWanKenobi 19-2-2020 03:54 PM
selalunya macam ni pun..
semua depa kata..
Quote Afifi82 19-2-2020 06:31 PM
Tek masing-masing, ikut la nak pakai ka xmau pakai.. Janji masing-masing selesa.
Quote salmon-suki 19-2-2020 08:35 PM
Tp bkn sekadar hearsay drpd jiran2/moyang2..usually baca drpd artikel2 majalah..kt porem ni kan ada jgk..y konon2 tips etc..ada aiolzs baca kt cashzine,ckp jgn pakai bra waktu tido sbb mhalang breasts bernafas..

Tp ada satu artikel plak suh pakai bra supaya x saggy breasts tu..

So,aiolzs tgk keadaan lah..kalau nak tido mmg pakai singlet je,kalau rimas sgt buang je..hehehe~{:shy
Quote diss69 15-4-2020 10:37 AM
Nengok keadaan...
Quote Ed_Lyn 15-4-2020 11:32 AM
Malam x perlu la pakai, waktu siang  dah pakai...
Takkan 24jam nak bebungkus kott..  
Quote jargon 19-4-2020 01:57 AM
Siang pkai,tdo xpkai..ckup pkai pijama or hot pants/boxer gn spageti strip/singlet udah..selimut la tetebal

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.557545 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top