CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hutan Batu Setajam Pisau Terbesar Di Dunia, Jom Tengok Keunikan Tsingy de Bemaraha

2-3-2020 09:38 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 8918| Komen: 29|Original author: Oleh: PDOT777

KREDIT FOTO: http://hiddenandlittleknownplaces.blogspot.com

Anda pernah tengok kartun Madagascar? Kartun yang menggabungkan watak singa bernama Alex, kuda belang bernama Marty, zirafah bernama Melman dan badak air bernama Gloria pernah menjadi satu fenomena dalam industri Hollywood sebelum ini. 

Malah, kita sedia tahu yang ada sebuah negara bernama Madagascar.


Kartun Madagascar
KREDIT FOTO: pinterest.com

Negara pulau di Lautan Hindi itu juga sangat unik, di mana 90 peratus hidupan liar di sini tidak dapat dijumpai di mana-mana kawasan lain di seluruh Bumi.

Anda tahu tak? Di Madagascar, ada sebuah taman negara yang sangat cantik yang diberi nama 'Taman Negara Tsingy de Bemaraha'.


Tsingy de Bemaraha
KREDIT FOTO: YouTube

Taman Negara Tsingy de Bemaraha terletak di rantau Melaky, bahagian barat laut Madagascar. Taman negara ini terbahagi kepada dua pembentukan geologi; Great Tsingy dan Little Tsingy

Ia terkenal dengan kawasan hutannya. Bukanlah hutan yang biasa, tetapi hutan batu kapur. Ya, di kawasan Great Tsingy dan Little Tsingy, anda akan melihat pemandangan yang bukan sahaja cantik, tetapi agak pelik dengan pembentukan batu-batu kapur yang tajam dan tersusun. Batu-batu kapur yang tajam ini boleh mencapai ketinggian sehingga 300 kaki setiap satu. 

Buat masa ini, Madagascar merupakan negara yang mempunyai hutan batu terbesar di dunia dan Tsingy de Bemaraha adalah taruhan negara ini untuk menarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia.

Aktiviti hiking juga boleh dijalankan di sini, di mana dua trek hiking disediakan boleh digunakan untuk para pendaki, iaitu The Andamozavaky dan juga Ranotsara. Dua trek ini menjanjikan anda pemandangan penuh batu-batu kapur yang tajam di kawasan Tsingy ini.


Aktiviti hiking dijalankan di Tsingy de Memaraha
KREDIT FOTO: mensjournal.com

Tetapi, untuk menggunakan trek Ranotsara, anda perlu membawa bersama sebuah kanu kerana anda akan dibawa keluar dari hutan ini dan akan melalui sungai Manambolo.


Sungai Manambolo
KREDIT FOTO: The Manambolo River, medium.com

Tsingy de Bemaraha atau Tsingy juga terkenal kerana anda boleh melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang terancam. Salah satu haiwan terancam yang anda boleh jumpa di sini adalah lemur dari spesis Primates (golongan mamalia eutheria seperti monyet, beruk dan manusia). 


Lemur di Tsingy
KREDIT FOTO: tentree.com

Menurut NASA seperti dipetik curiosity.com, Tsingy mula terbentuk sekitar 200 juta tahun dahulu. Terdapat lapisan batu calcite di bawah sebuah lagoon membentuk lapisan tebal batu kapur. Kemudian, terdapat aktiviti semula jadi yang menaikkan paras ketinggian lapisan batu kapur ini. Paras air laut yang menurun semasa zaman ais Pleistocene membantu mendedahkan lebih banyak lapisan batu kapur ini.

Apabila air bawah tanah kering, lapisan sedimen yang sangat lama terhakis daripada hujan monsun. Jadi, bahagian batu kapur yang masih lembut akan terhakis keluar, meninggalkan bahagian yang lebih kukuh kekal berdiri. 

Hujan monsun yang membentuk air bawah tanah baru, membawa pergi batu yang lembut. Maka terbentuklah deretan batu-batu kapur yang tajam. Di antara dirian batu-batu ini, terbentuk beberapa laluan kecil.


Laluan kecil di celah-celah batu kapur Tsingy
KREDIT FOTO: A Guide To Tsingy de Bemaraha | Madagascar, alifeofy.com

Anda juga boleh melihat dirian batu-batu kapur tajam yang berwarna merah berdekatan kawasan ini di Tsingy Rouge Park.


Tsingy Rouge Park
KREDIT FOTO: Madagascar tsingy rouge, flickr.com

Taman Negara Tsingy de Bemaraha dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2003. - CARI
16

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuno 2-3-2020 10:02 AM
berani betul kau masuk tempat king julien..i like it move it move it
Quote kucingitam 2-3-2020 10:07 AM
cantiknya...
Quote NekNgah 2-3-2020 10:54 AM
Wow! Seram bila baca statement 'tajam macam pisau'. Menarik pulak bila tengok ada yang rock climbing, hiking....
Quote husna_amal 2-3-2020 11:11 AM
baru ku tahu, cantik juga tempat ni.
Quote dekmieDandy 2-3-2020 11:14 AM
macam kat Mulu National Park kan
Quote whadda 2-3-2020 12:23 PM
cantik tapi nampak bahaya
Quote Cassieopeia 2-3-2020 12:26 PM
wah ni mcm kt chinakan tp ni lagi rare n extreme je..
Quote PDOT777 2-3-2020 12:43 PM
dekmieDandy replied at 2-3-2020 03:14 AM
macam kat Mulu National Park kan

haah betul..cuma sbb kawasan ni kt madagascar..so orang tak berapa nk tahu sgt
Quote PDOT777 2-3-2020 12:44 PM
NekNgah replied at 2-3-2020 02:54 AM
Wow! Seram bila baca statement 'tajam macam pisau'. Menarik pulak bila tengok ada yang rock climbing ...

haha tak la setajam pisau pun...tpi still berbahaya la klau yang jenis takda ilmu nk hiking
Quote PDOT777 2-3-2020 12:45 PM
Cassieopeia replied at 2-3-2020 04:26 AM
wah ni mcm kt chinakan tp ni lagi rare n extreme je..

kt china tu kat mana boss?? saya tak tahu yg tu
Quote PDOT777 2-3-2020 12:46 PM
whadda replied at 2-3-2020 04:23 AM
cantik tapi nampak bahaya

haah bahaya boss....tambah pulak nk akses ke tempat ni bukan senang...based apa yg saya pernah baca...jalan kt kawasan brdekatan taman ni pun teruk...
Quote buapakperut 2-3-2020 02:29 PM
wow looks heavenly
Quote jajanpedas 2-3-2020 02:47 PM
masyaAllah..cantiknye..
Quote Nes3in1 2-3-2020 04:51 PM
Dah mcm taman tergantung
Quote eyansss 2-3-2020 05:50 PM
NekNgah replied at 2-3-2020 10:54 AM
Wow! Seram bila baca statement 'tajam macam pisau'. Menarik pulak bila tengok ada yang rock climbing ...

disebabkan tajuk ni la buat aku baca artikel ni dengan seram sejuk...  terbayang2...  hahaha...

Quote Artemesiaa 2-3-2020 06:20 PM
Wow menarik dah unik
Quote ikanmasin 2-3-2020 08:20 PM
cantiknya ...hehehehe
Quote gideoncross 5-3-2020 05:57 AM
Edited by gideoncross at 5-3-2020 06:32 AM
nuno replied at 2-3-2020 10:02 AM
berani betul kau masuk tempat king julien..i like it move it move it

Tringat plak kat mata dia yg bsar tu.
Quote chinta89 5-3-2020 11:10 AM
Negara pulau di Lautan Hindi itu juga sangat unik, di mana 90 peratus hidupan liar di sini tidak dapat dijumpai di mana-mana kawasan lain di seluruh Bumi.


omg baru tau!

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064358 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top