CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dia Kata Ini Kacang Merah" - Pelanggan Kongsi Pengalaman Jumpa Telur Lipas Dalam Nasi Goreng

4-3-2020 12:35 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8964| Komen: 50


Kewujudan restoran mamak di Malaysia bolehlah diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam satu deretan kedai, hampir pasti akan ada sebuah restoran mamak.

Walaupun kedai Mamak kebanyakannya hanya mengidang makanan yang biasa-biasa sahaja, ianya menjadi pilihan kerana biasanya pelayannya lebih responsif dan pantas melayan pelanggan. 

Begitulah juga pemuda ini yang suka makan di restoran mamak kegemarannya. Namun, alangkah terkejutnya pasangan suami isteri apabila mendapati hidangan yang dipesan dari restoran mamak di Sepang ini dicemari dengan telur lipas.

Jamal Firdaus berkongsi video dan gambar penemuan menjijikkan itu di F@cebooknya.

Loading FB Post...


Menurut Jamal, dia memaklum penemuan itu kepada pihak restoran tersebut tetapi pekerja restoran mendakwa bendasing tersebut adalah kacang merah.

"Dia kata ini kacang merah. Telur lipas weh! Ni kalau masuk perut kami, tak bertelurkan lipas kami berdua?

Kredit foto: Facebook Jamal Firdaus

Rata-rata warga maya berpendapat kebanyakan restoran mamak memang agak kotor. Ada juga di kalangan mereka berkongsi pengalaman menjumpai bendasing dalam makanan masing-masing.

Kredit foto: Facebook Jamal Firdaus

Lipas, haiwan merah kehitaman yang walaupun kecil, tetapi boleh menularkan penyakit kepada kita.

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.


Kredit foto: Gambar Hiasan - Google


Tidak dinafikan, sebahagian restoran mamak agak kurang menitikkan kebersihan. Mungkin kerana faktor masa operasi 24 jam yang menyebabkan restoran ini tidak putus dikunjungi pelanggan menyebabkan mereka gagal melakukan pembersihan.

Hati-hatilah memilih premis makanan. Pilihan di tangan anda. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-3-2020 12:40 PM
Euwww teraniaya betul.  Pekerja kedai yang cakap benda tu kacang merah elok suruh dia makan je benda yang dikatakan kacang merah depan2 kalau dia berani.
Quote Kurex 4-3-2020 12:48 PM
ada lain ye orang yg makan mamak
Quote delsmomm 4-3-2020 01:07 PM
kacang merah aka red bean..

euwwww...yuckssss.... nak montah...
Quote evlinne 4-3-2020 01:08 PM
Kawan aku penah minum air dlm water heater ada lipas
Esoknya demam pstu cirit birit seminggu
Bahaya ok geng lipas niii

Aiols kalau darurat terpaksa mkn kat mamak, iols kuis dlu mknn tu selongkar sume kot2 ada telur lipas ke telur lalat
Kedai melayu pun samaa
Quote cmf_Maxx 4-3-2020 01:08 PM
eiiii...geli...muntah lah weii kalau jumpa gini dlm pinggan
Quote djzara81 4-3-2020 01:15 PM
Dah nk msk 4 dekad umur, br aku tau ni rupanye telur lipas!!! Ampooonnnn
Quote otai_g 4-3-2020 01:28 PM
uwek. Da lama tau kdi mamak mmg kotor. Tp nk hrp kdi melayu pun bnyk yg kecewa jgk. Fastfood je lah.
Quote Meiizu 4-3-2020 01:30 PM
Pandai dia auta
Quote makneng 4-3-2020 01:32 PM
Iyekkkkkkkkk
Quote cikatilia 4-3-2020 01:34 PM
sapa pelak letak kacang merah dlm nasi goreng
Quote CatMiow 4-3-2020 01:36 PM
Gelinye

Report kat kesihatan la terus, biar dorng dtng serbuan.
Quote Ladybird910 4-3-2020 01:57 PM
Kembang oiii tgk gambar telur lipas skali dgn putih2 tu..euwwww...

Harap2 dia xbyr la utk makanan tu dan report kkm utk kasi tutup 3bln itu kedai
Quote insulin 4-3-2020 02:01 PM
Ladybird910 replied at 4-3-2020 01:57 PM
Kembang oiii tgk gambar telur lipas skali dgn putih2 tu..euwwww...

Harap2 dia xbyr la utk makanan ...

Baby roaches. Nampak cumil.
Quote Megikari 4-3-2020 02:09 PM
Laaa selama ni kusangka kan sebijik telur lipas tu nanti keluar sekor je anak lipas. Rupa2nya seangkatan
Quote Boomibulat 4-3-2020 02:18 PM
Comel jugak ank lipas masa transparent..btw dh mcm2 citer psl kedai mamak tp penuh jugak 24 jam..kes terpencil kata org..
Quote Ladybird910 4-3-2020 02:19 PM
insulin replied at 4-3-2020 02:01 PM
Baby roaches. Nampak cumil.

Weyyyyy....meremang bulusss iols ok.dah la td dlm toilet pon nmpk mak lipas..yucks!
Quote bakingsoda 4-3-2020 02:39 PM
alaa baru nak beli pau kacang merah japgi, mesti nak makan nnt teringat cite ni
Quote insulin 4-3-2020 02:44 PM
Ladybird910 replied at 4-3-2020 02:19 PM
Weyyyyy....meremang bulusss iols ok.dah la td dlm toilet pon nmpk mak lipas..yucks!

Ala... libas je lipas tu dengan kaki. Nanti dia meluru ke tempat lain.
Quote tagas 4-3-2020 02:49 PM
dah bukak nya pun 24 jam

celah jam mana operasi pembersihan nya

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.143434 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top