CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Poligami Itu Indah, Isteri Pertama Bongkar Rahsia Kongsi Suami

5-3-2020 04:23 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20306| Komen: 95




"Bukan ajak semua pada poligami, tapi saya cuma ambil peluang jika ada kebaikan yang boleh dikongsi, inshaAllah."

Antara kisah yang tular mengenai manisnya hidup bermadu ini mendapat respon orang ramai. Walaupun ianya telah pun 'viral' tahun lalu ketika mereka mula berkahwin, ianya hangat sekali lagi. 

Seolah-olah menjawab apa yang terbuku dalam kalangan warganet, isteri pertama, Khazatul Atiqah, 32 menceritakannya kembali mengapa dia sanggup 'menghadiahkan' isteri kedua kepada suaminya. 

Fb


Semuanya kerana dia percaya dengan takdir Allah dan dia melihat semua itu menerusi mata hati. Segala keindahan hukum Allah yang sarat dengan hikmah dan nikmat membuatkannya bersyukur kerana pernah melalui fasa bujang, monogami dan sekarang poligami. 

Fb

Menjelaskan semua itu, Tiqa mahukan semua wanita menjadi yang terbaik untuk versi diri sendiri. 

Tidak semestinya poligami itu paling baik, begitu juga dengan monogami tentunya bukan paling bagus. 



Fb

Akhir sekali bukan bermakna menjadi bujang adalah jalan paling mudah. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan jadilah wanita terbaik walau dimana-mana kategori sekalipun. 




Fb

Menutup bicara, Tiqa memohon maaf jika cerita poligami mereka menyinggung orang lain kerana mereka hanya mahu berkongsi kebaikan bersama orang lain. 

Fb
Poligami itu indah, isteri pertama bongkar rahsia kongsi suami

Rata-rata pengikutnya kagum dengan semangat Tiqa hidup bermadu. Mereka juga mendoakan yang baik-baik walupun tidak bersedia ke arah itu. 





Wah! Bukan senang untuk bertemu keluarga poligami yang bahagia begini. Apa pun, setiap orang punya jalan cerita sendiri. Yang penting hidup diredaiNya kan? - CARI 

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 5-3-2020 04:33 PM
Aku tunjuk gambar lelaki ni selfie kiri kanan dengan bini2 dia kat laki aku, tersenyum laki aku. Sampai dia tanya you boleh jadi macam ni ke? Nampak happy je dorang.

Terang2 aku cakap tak boleh haha... pergi mampos.
Tapi diakui isteri pertama ni lawa. Tak macam ada anak 5 dan isteri kedua ni tersangat lah cantik manis
Quote realist_13 5-3-2020 04:43 PM
Each hav their own preferences...
kalau happy, apa salah nya
Quote manehnya 5-3-2020 04:44 PM
klau dah indah, simpan jek utk diri sndirik... nk gtau kt kami wat apooo...

gtau skli kt bapak hang nah.. ngan mak hang..
Quote missinpiece 5-3-2020 04:47 PM
Jika mereka berbahagia dengan pilihan mcm tu why not.. Nampak gembira je bergambo same2 anak beranak.
Selfie pakai telekung bersama2 tu maapla iols nampak fake n try hard sangat..
Lain padang lain belalang
Quote sarah82 5-3-2020 04:47 PM
Aku simple.. Kalau depa bahagia.. Maka aku tumpang bahagia.. Jadi aku doakan kebahagian dan jodoh mereka bertiga berkekalan hingga ke SyurgaNya
Quote barfi 5-3-2020 04:48 PM
missinpiece: Jika mereka berbahagia dengan pilihan mcm tu why not.. Nampak gembira je bergambo same2 anak beranak.Selfie pakai telekung bersama2 tu maapla iols nam ...


A ah gambar bertelekung tu dah kenapa. Try hard sgt.. kadang2 iols tersangka buruk dengan madu2 yg asyik nak bertempek ni.. takut la atas katil pun nak bertiga jugak. Haram tu
Quote Kurex 5-3-2020 04:57 PM
bosan la aku kalau orang tu nak bagi tips, cerita yg hassanah berbunga2 ni
Quote ellejo 5-3-2020 05:02 PM
tahniah la kalo happy dekkkkkkkkkkkkk.
Quote ellejo 5-3-2020 05:03 PM
kalau tambah lagi satu boleh tak?
Quote rosli_nurizzati 5-3-2020 05:05 PM
Bosan la cerita hasanah cmni.. Ntah2 cita sebenar, malas nk layan laki jenis semua perempuan kena setel, dia bagi ja kawen len, dia pun ada breathing time alone tak yah layan laki yang belagak mem besar.. Ni imaginasi i saja, maybe depa ni keluarga hasanah betu... Hehehe.. {:run
Quote aiva 5-3-2020 05:06 PM
macam budak budak lepasan U jer depa ni

dorang asalnya bestfriend

last kongsi

sama cantik sama padan

suami tu pun handsome cute
bini bini pun lawa muka ala ala standard pakai product famous so nampak flawless

patutnya promote produk apa bini bini ni pakai
nampak macam cantik dan kekal langsing gitu

Quote whadda 5-3-2020 05:12 PM
mmmm okayyy

anyway cantik bini kedua dia macam amyra rosli
Quote fliphair8 5-3-2020 05:25 PM
Bagusla kalo ko redha dek....tapi hakak amik pendekatan lain untuk mengumpul pahala...pendekatan yg tak memerlukan mainan emosi...
Quote nazzse 5-3-2020 05:59 PM
barfi replied at 5-3-2020 08:33 AM
Aku tunjuk gambar lelaki ni selfie kiri kanan dengan bini2 dia kat laki aku, tersenyum laki aku. Sam ...

Kat mana dia cakap anak 5 u? Malas nak baca panjang sangat , yang pasti wife dia lawa...tapi yg mana satu 1st wife, yg tudung pink/merah tu ke? Muka nak sama dah dua2
Quote RatuDunia94 5-3-2020 06:08 PM
Entahlahh... baru2 lagi x payah nk bertips2 sangaatttt lah... esok lusa x tau langit masih cerah..
Quote pearl.silver 5-3-2020 06:30 PM
Semoga bahagia
Tp biasanya kebahagiaan yg dicanang2 ni, realitinya menyakitkn. Sbb org bhgia xperlu show off.
Quote missDollie 5-3-2020 06:32 PM
Suka hati korang lah..
Quote prettyuglybabe 5-3-2020 06:34 PM
alang-alang tambah la lagi 2 cukupkan kuota
batak like batak follower..
dah buat review ke belum?
Quote Kuasaberganda 5-3-2020 06:34 PM
3some. larikkkkk

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.263374 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top