Kredit foto: Beautiful Nara Selepas penahanan Datuk Seri Aliff Shukri pada Khamis atas dakwaan mendera anak angkatnya, Ameena, ramai tertunggu-tunggu kenyaatan daripada Datin Seri Nur Shahida mengenai kes suaminya itu. Datin Seri Nur Shahida yang ketika ini berada di Mekah sejak 23 Februari lalu bagi menunaikan umrah bersama anak-anak mereka memaklumkan kepada Harian Metro bahawa dia akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sekiranya benar Aliff bersalah. "Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka" katanya enggan mengulas lanjut. Datuk Seri Aliff Shukri ditahan selepas polis menerima satu laporan daripada pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia yang mengatakan usahawan itu mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun dengan mencubit dan memukul dengan kasut sehingga meninggalkan kesan merah dan lebam.
Difahamkan, tindakannya itu dilakukan ketika rakaman video untuk kandungan YouTube miliknya. Kredit foto: Cempedak Cheese Ketika dihubungi, Aliff memohon doa daripada orang ramai dan mengatakan dia tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis. Selepas ditahan, Aliff dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis. Sejurus selepas dibebaskan, dia merancang untuk membuat sidang akhbar bagi memberi penjelasan mengenai kes itu, tetapi dibatalkan di saat akhir. Alasannya, pihak peguam yang mewakili dirinya menasihati untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu penyiasatan polis serta tidak mengeruhkan keadaan. Aliff memohon supaya orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi dan fitnah mengenai perkara ini. Apa kata kita doakan yang terbaik untuk semua pihak. Biar pihak polis dan mahkamah menjalan tugas dan jika benar dakwaan ini, harap kebajikan dan nasib si kecil Ameena terbela. - CARI
|
5
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Megikari replied at 8-3-2020 10:31 AM
Nak mintak netizen doakan? Meh aku tolong doakan, semoga ko bankrupt n masuk jel sampai mereput kat ...
Megikari replied at 8-3-2020 10:31 AM
Nak mintak netizen doakan? Meh aku tolong doakan, semoga ko bankrupt n masuk jel sampai mereput kat ...
CiliPadiSedap replied at 8-3-2020 10:27 AM
kaya2 dato alif xmampu hire maid local..
nazsh replied at 8-3-2020 11:08 AM
Tengok video2 meena nangis2 kna cubit ngan laki ko..apsal duk buat ngan ank angkat ja yg part nangis ...
zuriey replied at 8-3-2020 10:18 AM
Takut la tu dituduh bersubahat...rasakan..sllu mulut mcm mak nenek skrng tak berani komen byk pula p ...
nazsh: Tengok video2 meena nangis2 kna cubit ngan laki ko..apsal duk buat ngan ank angkat ja yg part nangis2 tu..cuba buat kat anak2 sndiri ko plak..asyik me ...
helicornia replied at 8-3-2020 11:32 AM
dulu kan alip ni penah pukul anak kandung dia pasal tk pakai tudung sampai jkm dtg buat siasatan.i ...
rosevelvet replied at 8-3-2020 10:46 AM
Aku doakan yg bsubahat n berpura2 baik diberi pmblsn setimpal. Aminnn
Zazama replied at 8-3-2020 11:44 AM
Entah kenapa, kalau ada je meena dgn AS dlm ig AS, tak npk ada kemesraan meena dgn dia. Meena npk aw ...
ADVERTISEMENT