CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Perlu Hadir Solat Jumaat Jika Ada Simptom Covid 19

12-3-2020 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4623| Komen: 21

Susulan dengan wabak Covid-19 yang semakin menular, Jabatan Perdana Menteri menyarankan khutbah Jumaat dipendekkan buat masa ini.


Memetik laporan Harian Metro, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, khutbah perlu terus kepada mesej yang ingin disampaikan. 

Foto: Twitter
Selain itu, beliau menyaran agar jemaah mengambil wuduk di rumah dan pihak masjid diminta menyediakan penutup hidup dan mulut dan cecair pembasmi kuman sebagai langkah pencegahan. 


Katanya lagi, mereka yang mengalami simptom Covid 19 tidak perlu hadir solat Jumaat.

“Individu yang disahkan positif Covid-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat, tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing,” katanya.

“Bagi yang hendak menunaikan solat Jumaat, sebolehnya jangan berhimpun di kawasan yang dikenal pasti ada wabak,” katanya lagi. - CARI 

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-3-2020 01:10 PM
mesti ayam purple tengah membara sejarang ni
Quote Remyda 12-3-2020 01:13 PM
[fbp]https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3164898890240558/?d=n[/fbp]
Quote Kenabertaubat 12-3-2020 01:33 PM
Kan tak pasal2 berjangkit dengan orang lain. Dahhh satu hal pulak nak kena cari org sembahyang jumaat satu masjid tu..
Quote arasham 12-3-2020 01:40 PM
Kenabertaubat replied at 12-3-2020 01:33 PM
Kan tak pasal2 berjangkit dengan orang lain. Dahhh satu hal pulak nak kena cari org sembahyang jumaa ...

Yg pegi ijtimak tabligh, kuarantin diri. Tak payah pegi solat jumaat. Yg ada close contact dgn gang tabligh pun tak payah pegi. Lepas tu kalau boleh bawa sejadah mini sendiri.
Quote enchantedlurve 12-3-2020 01:49 PM
dh keluar yg baru kan, ganti ngn solat zohor..
Quote arasham 12-3-2020 01:50 PM
enchantedlurve replied at 12-3-2020 01:49 PM
dh keluar yg baru kan, ganti ngn solat zohor..

Tak faham? Utk esok ke?
Quote aznizazzadele 12-3-2020 01:55 PM
aku x paham . esok ada jemaat ke takdak ?
Quote harisbee 12-3-2020 01:58 PM
enchantedlurve replied at 12-3-2020 01:49 PM
dh keluar yg baru kan, ganti ngn solat zohor..

seriously....tu kalu komuniti tu dah kena serang kan
Quote lipans 12-3-2020 02:02 PM
aznizazzadele replied at 12-3-2020 01:55 PM
aku x paham . esok ada jemaat ke takdak ?

jumaat ade. takkan nak terus sabtu.

Quote JohnnyCastle 12-3-2020 02:03 PM
lipans replied at 12-3-2020 02:02 PM
jumaat ade. takkan nak terus sabtu.

wakakakakakaakaakaakakkakaka
Quote sarah82 12-3-2020 02:07 PM
Apa yg aku faham. Menteri agama keluarkan arahan berdasarkan nasihat dari KKM. Jadi solat Jumaat tetap diadakan,  khutabah Jumaat perlu dipendekkan, dan jemaah dinasihatkan berwudhuk dari rumah. Masjid disarankan sediakan MASK & HAND SANITIZER.

Mslhnya mask pakai buang dah out of stock.
Quote enchantedlurve 12-3-2020 02:10 PM
harisbee replied at 12-3-2020 01:58 PM
seriously....tu kalu komuniti tu dah kena serang kan

haah.. if mmg tmpt tu dh dikenalpasti de wabak tu lah pn..

tp rasenye everyone kena mainkan peranan la pn, if ada batuk2, sesema, pls pakai penutup muka..

duk bersin3 berpuluh2 kali kat opis.. geram pulak nk sound.
Quote husna_amal 12-3-2020 03:06 PM
jangan ponteng solat jumaat acah2 konon kena covid19 sudah la.
Quote helicornia 12-3-2020 03:12 PM
lipans replied at 12-3-2020 02:02 PM
jumaat ade. takkan nak terus sabtu.

adoi la.ni lawak hahaha
Quote izamasha 12-3-2020 03:15 PM
Sementara it, Zulkifli turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Bagaimanapun, kata Zulkifli, jika penularan wabak itu memasuki tahap tidak terkawal, ia boleh tidak diadakan.

“Dalam keadaan wabak menjadi umum, yakni merebak serta tidak terkawal, ketika itu, bolehlah solat Jumaat tidak dilakukan (di masjid).

“Tetapi diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing,” katanya.

Menteri kata kalo xterkawal ..tapi sekarang masih solat jumaat

jangan ponteng solat jumaat ye .kaum muslimin
Quote munchkin 12-3-2020 03:17 PM
Wei bangsa lain dah bising2 kata nak tunggu jadi macam itali ke???
Cegah jelah dulu.

Dlm radio tadi pun sebut hosp ampuan rahimah klang pun cam dah tak terima.

Apa lah depa n????
Quote I.am.PH 12-3-2020 03:17 PM
Kurex replied at 12-3-2020 05:10 AM
mesti ayam purple tengah membara sejarang ni

Sekiranya ditakdirkan satu orang ahli jemaah dikesan positif Covid-19, satu masjid kena kuarantin termasuk keluarga mereka. Masjid pula kena dibersihkan. Wallahualam
Quote Kurex 12-3-2020 03:28 PM
I.am.PH replied at 12-3-2020 03:17 PM
Sekiranya ditakdirkan satu orang ahli jemaah dikesan positif Covid-19, satu masjid kena kuarantin  ...

mesti kau tengah membara kan hai kau tu...
yelah kan, benang sebelum ni kauberia kata nak tutup masjid, orang lain tak bodoh macam kau..
kemain kau kona baring dgn statement kau. tajuk memang provok habis, bila org tanya, kau kata semua salah faham..
celaka sungguh leluhur yg suka play victim, kaki belit macam kau dan dapig
Quote munchkin 12-3-2020 08:54 PM
Topeng muka pun takde. Cam mana nak patuh sop nak pi sembhayang. Toxxx

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.037359 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top