CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kami Dapat 'Hidayah' Cuci Tangan Dengan Betul!" - Wargamaya Pertahan Tindakan Jururawat

18-3-2020 09:49 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3924| Komen: 17


Ekoran penularan wabak COVID-19, seorang jururawat wanita berkongsi rakaman video menunjukkan langkah-langkah menggunakan cecair pembasmi kuman.

Rakaman berdurasi seminit itu menjadi viral di media sosi@l dan mendapat maklumbalas positif dari orang ramai.

Loading FB Post...

Namun begitu, rupa-rupanya perkongsian tersebut mendapat teguran pihak atasan. Jururawat berkenaan  dikehendaki memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau membuat rakaman tersebut.


Perkara ini didedahkan oleh laman Facebook Delegation of Nurses di mana mereka mendapat maklumat bahawa jururawat itu menerima tindakan atas alasan ia di luar bidang tugas jururawat itu.

“Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial. 

Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat,” tulis kenyataan itu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Mereka kecewa dengan tindakan sedemikian kerana jururawat tidak terikat di wad dan klinik semata-mata tetapi sentiasa mendidik masyarakat berkaitan kesihatan.

Tindakan pihak atasan yang dilihat cuba mengekang usaha jururawat tersebut menyebarkan ilmu di media sosi@l dianggap sebagai “tidak memahami semangat dan nilai jururawat sebenar”.

Malah ia berkemungkinan akan menyebabkan kebebasan jururawat melaksanakan kempen serta pendidikan kesihatan di luar waktu kerja tersekat disebabkan wujudnya halangan sebegini.

Mereka juga berharap isu ini dipandang serius, di saat negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Namun begitu, menurut jururawat terbabit, tiada tindakan tata tertib dikenakan. Syukur.

Kredit foto: Ihsan Pembaca F@cebook

Walau bagaimanapun, wargamaya tetap menyokong tindakan jururawat tersebut mendidik masyarakat.

Kredit foto: Facebook Delegation Of Nurses

Yang nyata, ramai telah mendapat 'hidayah' mencuci tangan dengan betul atas asbab perkongsian video itu. Tak faham juga mengapa ia menjadi isu besar bagi pihak atasan.

Apapun semoga para jururawat sekalian tidak berputus asa terus berkongsi dengan orang awam ilmu kesihatan ya.-CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 18-3-2020 09:56 AM
Info baik kenapa perlu ambil tindakan walaupun kena panggil beri penjelasan.
Statement memaki hamun tak pula diberi perhatian.
Quote husna_amal 18-3-2020 10:16 AM
pujian harus diberikan. Terima kasih buat nurse dan barisan hadapan yang lain berkerja keras demi keselamatan negara.
Quote Jorja 18-3-2020 11:33 AM
Boleh tak nak syak wasangka, ni mcm sejenis yg bila orang lebih lawa dari dia tpaksa dtg spital dia buat sombong malas nak layan. Lepas tunjuk gl baru nak eye contact. Tpi dlm video kemain senyum lebar.
Quote MariaClara 18-3-2020 01:15 PM
takde kerja btol...benda baik pon
Quote fifie_olin 18-3-2020 02:52 PM
aku siap hafal dah
Quote msdummy.2018 18-3-2020 03:05 PM
dia kena panggil mgkn sebab video tuh dibuat masa time kerja....kang korang jugak panas hati ckp staff nurse asyik tgk hp time kerja....kalo dia buat time dia kat umah ker, rsnya management xpnggl kot
Quote Boomibulat 18-3-2020 03:40 PM
Semoga nurse sudi memeberikan tutorial peribadi dirumah i..x brape paham tgk video sbb ada makcik kat belakang tu..
Quote MissyMolly 18-3-2020 03:43 PM
tak baik kedekut ilmu
Quote Artemesiaa 18-3-2020 04:36 PM
Terima kasih harus diucapkan sebab pasti ramai yang masih tak tahu cara menggunakannya dengan betul
Quote timah03 18-3-2020 11:29 PM
Boomibulat replied at 18-3-2020 03:40 PM
Semoga nurse sudi memeberikan tutorial peribadi dirumah i..x brape paham tgk video sbb ada makcik ka ...

Tak payah susah2.... Boleh guna khidmat @sarah je...
Quote brogi 19-3-2020 05:58 AM
msdummy.2018 replied at 18-3-2020 03:05 PM
dia kena panggil mgkn sebab video tuh dibuat masa time kerja....kang korang jugak panas hati ckp sta ...

kalau nak tunggu orang atas buat kerja memang lembab la...banyak sangat rule birokrasi bagai...sampai sekarang pun xde ape video macam nurse tu buat...lagipun kan sekarang tengah keadaan genting...kita orang tak de pun nak panas hati..lagi berterima kasih ade la..
Quote hyie 19-3-2020 06:21 AM
timah03 replied at 18-3-2020 11:29 PM
Tak payah susah2.... Boleh guna khidmat @sarah je...

maksud chuols @sarah82 ? tiberrr tolong betulkan
Quote msdummy.2018 19-3-2020 10:10 AM
brogi replied at 19-3-2020 05:58 AM
kalau nak tunggu orang atas buat kerja memang lembab la...banyak sangat rule birokrasi bagai...sam ...

eh2..solat jumaat ganti dgn solat zohor pun ada yg panas hati....blum lagi ckp yg virus ditakut2kan sgt..allah xtakut...acaner tuh?
Quote timah03 19-3-2020 10:21 AM
hyie replied at 19-3-2020 06:21 AM
maksud chuols @sarah82 ? tiberrr tolong betulkan

Ya... Betul2.... Hahahhahaha... Tertinggal pula nama belakang...
Tq2...
Quote Izumieza 19-3-2020 08:23 PM
Alahai.. benda baik kan. Dia pakai uniform kita pun yakin dgn info dia bagi. Aku pun ajar anak saudara aku ikut step ni sambil nyanyi happy birthday to u 2x.. seronok dia.. asyik.nak cuci tangan je
Quote sarah82 19-3-2020 09:14 PM
hyie replied at 19-3-2020 10:21 AM
maksud chuols @sarah82 ? tiberrr tolong betulkan

Choiii.. Aku mana la reti mcm nurse2 terlatih.. Tapi bab cuci najis.. Aku boleh tukar pampers pejam mata.. Sapa nak belajar? Caj 10 sekali kursus.. Wakakakaaj
Quote LemangGoreng 30-3-2020 01:29 PM
bgs la die kongsikan cara2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.098858 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top