Tisu menjadi antara keperluan paling penting dan menjadi rebutan dalam menghadapi pandemik Covid-19. Terbaru, seorang lelaki di London disamun kerana membawa gulungan tisu tandas ketika ingin meninggalkan pasaraya Savers di Harringay.
Menurut Daily Mail, Dinendra, 56, dikatakan sedang meninggalkan pasaraya berkenaan pada petang Sabtu apabila seseorang berlari di belakangnya sebelum menyambar satu dari dua gulung tisu yang dibawanya. Ekoran kejadian, Dinendra menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan mereka yang lemah seperti orang tua yang tidak mampu mempertahankan diri, jika berdepan situasi sama.
Difahamkan, ketika kejadian pasaraya berkenaan dikerumuni ramai pengunjung yang melakukan pembelian panik selepas pandemik itu mencatat 1,140 kes dan meragut 21 nyawa di negara itu. - CARI
|
palmolive replied at 17-3-2020 02:19 PM
sebelum wabak katanya geli ngan toilet kalo org kita guna..basah jek lantai...
jazaa100 replied at 17-3-2020 07:16 AM
Fother mucker @bugis.doom selalu kutuk klu melayu guna tandas mesti basah lantai katanya....
ADVERTISEMENT