Tisu menjadi antara keperluan paling penting dan menjadi rebutan dalam menghadapi pandemik Covid-19.
Terbaru, seorang lelaki di London disamun kerana membawa gulungan tisu tandas ketika ingin meninggalkan pasaraya Savers di Harringay.
Gambar hiasan
Menurut Daily Mail, Dinendra, 56, dikatakan sedang meninggalkan pasaraya berkenaan pada petang Sabtu apabila seseorang berlari di belakangnya sebelum menyambar satu dari dua gulung tisu yang dibawanya.
Kredit foto: METRO/LNP
Ekoran kejadian, Dinendra menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan mereka yang lemah seperti orang tua yang tidak mampu mempertahankan diri, jika berdepan situasi sama.
Kredit foto: METRO/Alamy Live News
Difahamkan, ketika kejadian pasaraya berkenaan dikerumuni ramai pengunjung yang melakukan pembelian panik selepas pandemik itu mencatat 1,140 kes dan meragut 21 nyawa di negara itu. - CARI |