Tidak menang tangan, itulah yang dapat dikatakan kepada peniaga makanan dek kerana terpaksa menyediakan ratusan bungkusan makanan. Ia berikutan arahan atau perintah kawalan pergerakan dikeluarkan pihak kerajaan yang bermula hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, peniaga dari Kampung Kolam, Padang Besar, berkata arahan diberikan turut menuntut mereka supaya tidak menyediakan makanan kepada pelanggan di premis. Menurut Rosmawati Setiu, 46 ia membuatkannya sibuk untuk mendapatkan bekas makanan kerana makanan yang disediakan akan dibawa pulang pelanggan. Katanya, sejak tengah hari tadi sebanyak hampir 150 bungkus makanan dijual kepada pelanggan untuk dibawa pulang.
“Sejak berniaga 10 tahun lalu, ini kali pertama saya bungkus makanan 100 peratus untuk pelanggan bawa pulang. “Saya bersama pembantu bagaimanapun dapat menyediakan makanan mengikut keperluan dan syukur, ia mencukupi,” katanya. Meskipun keadaan di premis tidak meriah seperti biasa namun peniaga ini akur dengan arahan kerajaan. “Sebelum ini memang ramai pelanggan yang singgah, namun kami akui jumlah pelanggan sedikit berkurangan daripada kebiasaan. “Namun kami akur arahan ini demi kebaikan bersama,” katanya lagi. Apa pendapat anda? - CARI
|
LH76 replied at 18-3-2020 07:47 PM
tanda org kita masih mampu bbelanja wlu ada setengah di kenakan cuti tanpa gaji dan jgk cuma mkn gaj ...
edee_91 replied at 18-3-2020 08:33 PM
atau pun tanda orang malas masak?
edee_91 replied at 18-3-2020 08:33 PM
atau pun tanda orang malas masak?
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah
beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah
beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah
beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah
haznor replied at 19-3-2020 12:50 AM
Aku jadi paranoid lak nk order makanan dr luar. Entah sape2 yg prepare, kita xtau. Bekas bungkusan t ...
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah
beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah
haznor replied at 19-3-2020 12:50 AM
Aku jadi paranoid lak nk order makanan dr luar. Entah sape2 yg prepare, kita xtau. Bekas bungkusan t ...
LautBiru52 replied at 19-3-2020 12:46 AM
Haah kan. Sanggup beratur panjang tunggu pasaraya bukak. Beli megi penuh bonet last2 tapaw. Hahaha ...
ADVERTISEMENT