CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terjentik Sifat Insani Polis Jumpa Keluarga Di Taman Permainan

27-3-2020 09:58 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5311| Komen: 9|Original author: Oleh: natrahn




Polis dan masyarakat berpisah tiada. Satu hantaran Facebook Polis Johor semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sangat menyentuh hati warga maya.


Loading FB Post...

Menurut hantaran tersebut, sewaktu membuat rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua anggota polis bertugas bertemu pasangan suami isteri bersama seorang anak di taman permainan. 




Kredit foto: Facebook Polis Johor

Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dan menasihati mereka supaya akur dengan PKP,  si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta bekalan makanan di rumahnya.

Menurut si isteri lagi, mereka tidak mempunyai sumber kewangan dan makanan selepas dia yang bekerja sebagai tukang cuci direhatkan sementara oleh majikan dalam tempoh PKP.

Manakala, si suami pula yang sebelum ini bekerja di Singapura terpaksa berhenti kerana tidak mempunyai permit sah.

Lantas, kedua-dua anggota polis tersebut membelikan barang keperluan harian untuk keluarga itu termasuk bantuan susu buat si anak yang baru berusia setahun empat bulan.


Kredit foto: Facebook Polis Johor

Warga maya turut mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan polis terbabit.


Kredit Foto - Facebook Polis Johor

Tahniah dan syabas buat anggota polis berkenaan atas keprihatinan membantu keluarga ini. Semoga wabak ini segera berakhir dan keluarga berkenaan dapat bekerja seperti sedia kala. - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raihaneem 27-3-2020 10:09 AM
Sedihnya....semoga Allah murahkan rezeki abam polis ni sekeluarga ameen
Quote matchstick 27-3-2020 01:45 PM
Semoga murah rezeki pakcik polis dan keluarga ni..
Quote imransulaiman 27-3-2020 02:31 PM
Allahuakbar...! Ini baru satu keluarga yang kita "nampak" ... Tak sanggup rasanya mengenang keluarga lain yang senasib... {:cryrun
Quote Bholatchomel 27-3-2020 02:40 PM
Sedeynya {:childlike.. Memang ramai yg terkesan dgn pkp ni. duit masuk langsung tak der. Duit simpanan pun makin kurang.
Quote Artemesiaa 27-3-2020 07:40 PM
Moga dimurahkan rezeki buat yang memberi dan yang menerima
Quote beatgirlX 27-3-2020 09:24 PM
Semoga mereka ini dilindungiNya ..dan dimurahkan rezeki
Quote meisapoya 28-3-2020 08:45 AM
Murah rezeki abang polis {:cryrun
Quote bedahmenjuyah 28-3-2020 07:42 PM
Kesiannya. Mohon yg lain pun hulurkan bantuan. Lamalg pkp ni
Quote fair_iza 30-3-2020 06:07 AM
Perlu tag aliyaa dan vivy ini contoh golongan B40. Ingat dpt duit mereka nk beli TV, iPhone? Adoi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.090014 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top