CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Doakan Kami' - Tunku Azizah

27-3-2020 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6019| Komen: 39

Selepas disahkan negatif Covid-19, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani proses kuarantin diri.


Astro AWANI melaporkan, kedua-dua baginda menjalani proses saringan selepas tujuh kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).


Foto: IG

Susulan pengesahan itu, baginda berdua menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula kelmarin, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Tujuh kakitangan terbabit sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak Selasa dan semua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis yang dipetik AWANI.

Bagi mengenal pasti semua kontak rapat kakitangan terbabit, semua langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan termasuk mengarahkan mereka menjalani saringan COVID-19.


“Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, semua kontak rapat kakitangan tersebut diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari, bermula semalam,” katanya.




Menerusi hantaran di Instagram, Tunku Azizah turut memaklumkan baginda sekeluarga kini menjalani proses kuarantin diri di kamar masing-masing. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clerics 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...

tak payah diminta didoakan  pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesai solat dimasjid2 seluruh negara....first few minutes of doa memang diperuntukkan utk tuanku berdua....

Quote mosti 26-3-2020 08:23 PM
clerics replied at 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...

tak payah diminta didoakan  pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesa ...

Sekarang masjid ditutup.
Quote pu3_rania 26-3-2020 08:27 PM
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi YDPA dan RPA sekeluarga yang amati di kasihi
Aamiin Allahu!ma Aamiin
Quote clerics 26-3-2020 08:34 PM
mosti replied at 26-3-2020 08:23 PM
Sekarang masjid ditutup.

i know...

more of reminder by tuanku...utk tidak melupakannya...

sedangkan aku mengharapkan bigger words by her like, "jika doa itu lebih diperlukan rakyat jelata beta yg berada dalam keadaan yg lebih membimbangkan, panjatkanlah doa kalian pada mereka walaupun ianya mendahului beta"



Quote MissVixen 26-3-2020 08:35 PM
Innalillah. Semoga kembali sihat. Bagi harapan kepada rakyat ada harapan untuk sihat kembali dan virus ni hilang.
Tom hanks pun dah sihat walaupun dia ada diabetes. InsyaAllah boleh.
Quote clerics 26-3-2020 09:09 PM
Nokiaman replied at 26-3-2020 08:57 PM
Untuk rakyat..
Siapa nak Doakan....

Pandai pandai la kau nak hidup.

Quote sarahmirza 26-3-2020 09:43 PM
clerics replied at 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...

tak payah diminta didoakan  pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesa ...

Skrg dah takde doa sbb masjid surau dah tutup. Solat jumaat pun nak masuk kali ke 2 takde.
Doa aje yang baik2 utk semua manusia.
Quote jazaa100 26-3-2020 09:54 PM
clerics replied at 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...

tak payah diminta didoakan  pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesa ...

Skrg kat masjid dah tak de solat berjemaah kannnn
Quote Tinot7 26-3-2020 10:16 PM
iols doakan utk you and all rakyat malaysia. insyaAllah we will breeze thru this as a nation
Quote Leonclay 26-3-2020 10:16 PM
kn PM dh doa sama2 utk kita semua..
Moga diberi kesihatan & kesembuhan kpd semua..dijauhkn dari covid
Quote daisy71 26-3-2020 10:25 PM
Semuga tuanku permaisuri sekeluarga dijauhi wabak ini dan petugas2 istana yang positif covid-19 bertabah dgn semangat yg kuat.  Istana sibuk sangat memasak dan hantar makanan sana sini.. Cukup la berehat dulu.
Quote Lengkong 27-3-2020 12:11 AM
Semoga Allah swt melindungi kita semua..Aminn


Quote nadie90 27-3-2020 12:19 AM
Semoga YDPA, TPA dan ptugas2 Istana trutama yg dijgkiti wabak penyakit Covid-19 segera smbuh dan brd di dlm prlindungan Allah....Aminn
Quote HannahMontana 27-3-2020 12:48 AM
Aku tertanya-tanya ,betul sangat ke tindakan kita xbenarkan solat Jumaat di masjid ?

Masa zaman Bgainda Rasullullah S.A.W dulu mcm mana tindakan Baginda menangani krisis penyakit wabak ?

Kemudian , berkaitan Arahan pergerakan  yang kita laksanakan ,sejauh mana keberkesanan nya ??? Kerana kita tidak betul-betul lockdown.

Xde sgt kesan sebab masih ada sesetangah kegiatan manusia akan begitu "gathering" secara kebetulan tanpa kawalan pun.

cth, pasar .Tempat manusia berkumpul tanpa dirancang membeli makanan .

Kita tidak akan berjaya sebenarnya.

LOCKDOWN satu jalan pertama dan terakhir yg kita ada.

Quote any42 27-3-2020 12:58 AM
sama2 kita saling mndoakn tanpa jemu insyallah Allah itu maha mendengar lg maha mengasihani
Quote amerald 27-3-2020 01:10 AM
Pernah dengar..
Doa orang yg sedang sakit, ibu mengandung, orang yang dianiaya adalah Paling mujarab.
Sama2 lah kita berdoa
Quote fuyupoktek 27-3-2020 01:17 AM
Dari mana diorg ni kena covid
Quote clerics 27-3-2020 01:23 AM
sarahmirza replied at 26-3-2020 09:43 PM
Skrg dah takde doa sbb masjid surau dah tutup. Solat jumaat pun nak masuk kali ke 2 takde.
Doa a ...

memng pun dalam.kebiasan serta kelaziman berdoa itu memang termaktub sebutan2 kesejahteraan,kebaikan,kesihatan among others utk semua muslimin muslimat..

bagi org yg tahu la..
tapi kalau yg masih nak minta minta didoakan ni..mungkin dia tak faham konsep doa itu sendiri.

do you get me?
Quote becir 27-3-2020 01:24 AM
Urm



Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059471 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top