Cadangan mengehadkan pergerakan kenderaan mengikut nombor pendaftaran di Terengganu yang sepatutnya bermula 1 April ini ditangguhkan selepas kira-kira enam jam ia diumumkan. Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu menerusi laman Facebook (FB) memaklumkan penangguhan itu bagi membolehkan kajian lanjut dilakukan terhadap cadangan berkenaan. Sebelum itu, cadangan membenarkan pergerakan kenderaan di Terengganu mengikut nombor pendaftaran genap atau ganjil mendapat reaksi pelbagai sama negatif dan positif daripada netizen. Walaupun ada berpendapat ia tidak perlu kerana kes positif wabak Covid-19 masih terkawal dan antara berskala kecil di negara ini, ramai juga risau peraturan itu akan disalahguna sebagai kebebasan untuk keluar pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Sebelum itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik memberitahu negeri itu akan melaksanakan arahan penggiliran keluar kenderaan mengikut nombor genap dan ganjil nombor pendaftaran. "Ia bertujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh serta mengelakkan ramai berkumpul di pasar atau pasar raya. "Hanya kenderaan bernombor pendaftaran ganjil dibenarkan berada di atas jalan raya di Terengganu pada 1 April manakala nombor genap pula pada keesokannya pada 2 April dan seterusnya pada hari-hari berikut secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemubual stesen radio Terengganu FM. Roslee berkata, pengecualian bagaimana pun diberi kepada kenderaan pekerja barisan hadapan yang membawa surat kebenaran majikan. Beliau berkata langkah tersebut merupakan inisiatif IPK Terengganu dan diharap menjadi perintis untuk diikuti negeri-negeri lain. "Ia diharap dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus kenderaan di atas jalan raya di Terengganu pada setiap hari," katanya. - CARI
|
ulamalu replied at 3-4-2020 02:19 PM
Kalau tengok plat nombor Singapore, ada warna. Kalau hitam putih atau kuning, tu normal. Kalau mer ...
ulamalu: Kalau tengok plat nombor Singapore, ada warna. Kalau hitam putih atau kuning, tu normal. Kalau merah, boleh gerak masa off peak hours je, byr road t ...
ADVERTISEMENT