CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Seludup Masuk Babi Dalam Tin

3-4-2020 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3525| Komen: 15

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor menumpaskan cubaan menyeludup masuk produk babi dalam tin bernilai RM630 dari Singapura, lapor Harian Metro.

Pemeriksaan dilakukan pada konsainan dibawa seorang lelaki warganegara Malaysia di laluan masuk kargo di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) jam 8.30 malam kelmarin menemui 72 produk babi dalam tin di bahagian penyimpanan barang belakang lori dipandunya.



Kredit foto: Harian Metro

“Kami dapati konsainan itu tidak memiliki permit import yang sah yang dikeluarkan oleh MAQIS serta sijil kesihatan dari negara asal.

“Dagangan itu dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri,” kata pengarah MAQIS, Nur Afifah A Rahman.

Tambahnya, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang memperuntukkan didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Kata Nur Afifah, pihaknya komited melaksanakan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi membendung risiko wabak ‘African Swine Fever’ (ASF) yang mampu merosakkan industri penternakan tempatan. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-4-2020 05:44 PM
Tak boleh makan ke kalau takde babi
Quote Artemesiaa 3-4-2020 05:59 PM
Mungkin dia lupa larangan bawak masuk produk berasaskan daging dan ayam masih tak dibenarkan untuk elak penularan wabak.
Quote matbad 3-4-2020 06:07 PM
Dorang akan sesak nafas kalau tak makan babi
Quote dudaberhias 3-4-2020 06:09 PM
time ni la kau nak seludup... time lengang2 ni memang la kantoi... dah la kantoi makan babi pulak tu
Quote EJALTI 3-4-2020 06:10 PM
Kalau dah pemakan vavi tuh, tahu2 jer la pangainya camner...
Quote mbhcsf 3-4-2020 07:13 PM
sila patuhi arahan

ada sebab kenapa araha tu wujud , peraturan tu wujud

Quote Tinot7 3-4-2020 08:25 PM
Ni bkn utk kegunaan sendiri ni.. ni nak jual ni.. iols speku la
Quote Manjahati 3-4-2020 08:28 PM
matbad replied at 3-4-2020 06:07 PM
Dorang akan sesak nafas kalau tak makan babi

Dari sesak nafas biarlah mati terus... punyalah bnyk makanan lain yg tu juga nk diseludup... harapnya kena denda maximum
Quote biozipstar 3-4-2020 11:45 PM
nak jual kt shopee ke? hehe
Quote belilies 4-4-2020 09:05 AM
Ahh sudah... Ruginya. Sedap tau brand nih. Iols ada beli brand lain 3 tin aritu buat stok pkp. Goreng ngan lobak putih sedap yahamat.
Quote tomatome 4-4-2020 09:12 AM
Yuckssss membabi je keje nya
Quote batu kikir 4-4-2020 09:16 AM
Kurex replied at 3-4-2020 05:44 PM
Tak boleh makan ke kalau takde babi

Aku tanya Cina....... dia kata babi manyak sedap. Babi hutan dia punya daging ada kasar sikit. So Cina prefer babi bela punya. Halus dan sedap...... kata puak pemakan babi
Quote pasolatido 4-4-2020 10:30 AM
Lain kali seludup dalam keta NGO ayamph dapig punya konfem lepas sekatan jalan
Quote fly_in_d_sky 6-4-2020 08:42 AM
tak makan babi tak boleh ke?
bukan mati kebuluran pun
ayam ada, ikan ada, daging (lembu/kambing/kerbau/arnab/itik) ada, seafoods ada ...
wajib kena ada babi ke?
kalau tengok cara hidup babi ni .. kotor
kalau jadikan pet tu lain cerita .. dah jadi macam anak manusia ...
siap tidur selimut ...
but still babi kotor dari azali ...
Quote copy_paste 22-12-2021 08:29 AM
fly_in_d_sky replied at 6-4-2020 08:42 AM
tak makan babi tak boleh ke?
bukan mati kebuluran pun
ayam ada, ikan ada, daging (lembu/kambing/kerb ...

diorg kata sedap ya'amat,
boleh masak pelbagai cara dan pelbagai rasa.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.099680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top