CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kenapa Yang Balik Oversea Kuarantinnya Lima Bintang Tapi Gelandangan Hanya Di Lantai?" - Netizen

7-4-2020 10:40 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9809| Komen: 57



Bagi memutuskan rangkaian Covid-19, kerajaan bertindak menjaga gelandangan dalam satu tempoh tertentu manakala rakyat Malaysia yang berada di luar negara pula dipanggil pulang untuk keselamatan mereka.

Bagaimanapun, isu yang dipertikaikan ialah mengapa rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara diberi keistimewaan berbanding gelandangan?


Kredit foto: Twitter

Pusat kuarantin yang dilengkapi dengan pendingin hawa, katil bersaiz besar, wifi, televisyen dan tandas individu dikatakan seperti hotel kerana mempunyai kelengkapan lengkap lagi selesa. Mereka berada di sana selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang atau proses seterusnya.
Menurut Hermy, sepatutnya semua orang dilayan sama rata dan bukannya dibeza-bezakan.

"Pi habiskan duit bayar hotel mahal mahal baik guna duit tu salur pada rakyat memerlukan atau bagi pada frontliner"
Twitter
Bukan sahaja institut awam dijadikan pusat kuarantin, tetapi dengar kata ada hotel ternama turut dijadikan pusat kuarantin, betul ke?
Twitter
Malahan mereka turut dikecam kerana kes Covid-19 terdahulu adalah dari kluster yang pulang dari luar negara.
twitter
Dalam masa sama, kerajaan Malaysia tetap dipuji kerana menyediakan fasiliti kepada gelandangan dengan baik berbanding yang dilakukan oleh negara luar kepada rakyat mereka sendiri.

Twitter
Apa pun, kerajaan Malaysia sedang cuba memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Mungkin perbezaan ini agak ketara tetapi ia tetap untuk kebaikan semua. - CARI 

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 7-4-2020 10:42 AM
smua bnda nk komplen... adoiyaaa
Quote fly_in_d_sky 7-4-2020 11:14 AM
get real lah
at least kerajaan Malaysia cuba sedaya upaya untuk selamatkan semua rakyat
kalau compare dengan US ... nasib ko lah
dia bagi homeless tidur kat parking ...
ni bukan masa nya untuk kritik tindakan kerajaan
Quote pokaibanktokyo 7-4-2020 11:19 AM
Apake bengap nak samakan gelandangan dengan  ....
Quote sarah82 7-4-2020 11:26 AM
Latest utk homeless
Screenshot_20200407_112550_com.twitter.android.jpg
Quote hyie 7-4-2020 11:29 AM
nape tak suruh yang balik dari overseas tu duduk rumah ngko je dikkkk...sedeyyyyyyyy
Quote MadameOnion 7-4-2020 11:37 AM
gelandangan ni dah cukup bersyukur dapat tempat berlindung dari panas dan hujan serta dpt makan yg cukup..dah dah la nak kondem kerajaan
Quote Kurex 7-4-2020 11:43 AM
Yg homeless pemalas!!! Cukup la aku tolong sekali agih makanan. Disuruh cari kerja, taknak. Patutnya tak payah tolong
Quote Jorja 7-4-2020 11:43 AM
Kasihan pd orang yg homeless. Bsyukur sgt dgn apa yg Kita Ada banding mereka. Smoga Allah Bantu mereka Dan smoga mereka Bantu diri mereka sendiri juga
Quote nazzse 7-4-2020 11:46 AM
Complaint je pandai, apakata ko sediakan utk homeless tu. Based pada berita homeless tu ramai yg bukan rakyat kita pun.Kira baik lah gov nak sediakn tempat utk dieorg, bukan menyumbang utk negara pun
Quote Meiizu 7-4-2020 01:32 PM
Sepatutnya govmt caj laa diorang yg balik melancong oversea tu (kecuali yg pegi sebab keje cth kedutaan ke)
Duit caj tu akan kembali kat govmt utk smua rakyat jugak...dah diorang tu gatai melancong balik mnyusahkan orang
Quote armin 7-4-2020 01:54 PM
pokaibanktokyo: Apake bengap nak samakan gelandangan dengan  ....

Duit cukai rakyat sedap2 byr hotel 5 nintang mana org tak bising
Quote armin 7-4-2020 01:55 PM
Meiizu: Sepatutnya govmt caj laa diorang yg balik melancong oversea tu (kecuali yg pegi sebab keje cth kedutaan ke)Duit caj tu akan kembali kat govmt utk smua ...

Tau xpe. Gatal melancong balik sini dpt duduk hotel free pulak
Quote julielapadite 7-4-2020 02:24 PM
armin replied at 7-4-2020 01:55 PM
Tau xpe. Gatal melancong balik sini dpt duduk hotel free pulak

Betul, padahal ramai je yg sanggup cancel holiday walaupun dah bayar sbb #kitajagakita tapi yg degil ni balik flight free siap dpt hotel 5*. Dasar harom
Quote nuryakmal 7-4-2020 02:24 PM
U rasa hotel nak bg ke approval for homeless ddk bilik tu.
Quote Tinot7 7-4-2020 02:40 PM
sarah82 replied at 7-4-2020 11:26 AM
Latest utk homeless

Ha, ni baru betul..
Quote Tinot7 7-4-2020 02:45 PM
Meiizu replied at 7-4-2020 01:32 PM
Sepatutnya govmt caj laa diorang yg balik melancong oversea tu (kecuali yg pegi sebab keje cth kedut ...

Iols setuju yg gatal melancong tu patut kena caj. Duit tu boleh rolling balik utk org2 yg lebih memerlukan.
Quote enchantedlurve 7-4-2020 02:46 PM
hyie replied at 7-4-2020 11:29 AM
nape tak suruh yang balik dari overseas tu duduk rumah ngko je dikkkk...sedeyyyyyyyy

takut jangkit ngn fam lain kot, kot2 yg duk skali parents tu...

xpun, bkn leh caye dorg ni, kuar g beli brg etc..
Quote hyie 7-4-2020 02:55 PM
enchantedlurve replied at 7-4-2020 02:46 PM
takut jangkit ngn fam lain kot, kot2 yg duk skali parents tu...

xpun, bkn leh caye dorg ni, kua ...

pembaris sangat chuols yach maksud meols, si HermyRahim budak twitter tu kan meroyan pasal layanan dabel standard gomen. Alang2 tu suruh je la yang duduk hotel tu kuarantin kat rumah Hermy Rahim tu je...baru senyap la mulut dia gitu
Quote enchantedlurve 7-4-2020 03:07 PM
hyie replied at 7-4-2020 02:55 PM
pembaris sangat chuols yach  maksud meols, si HermyRahim budak twitter tu kan meroyan pasal laya ...

hahahaa...duk rumah dia, iolss setujukkk sgt..

ade je nk komen ye dak.. rasenye gelandangan tu dh syukur ya amat pn.. dpt food, tmpt tido, xde kena hujan, panas..


Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.154550 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top