CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Pun Ada Hati Dan Perasaan" - Patient 136 Covid-19 Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

8-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10514| Komen: 56



Kes COVID-19 di negara kita meningkat berpunca dari perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari 2020 lalu. 

Ada dakwaan menyatakan kluster tabligh berpunca dari pesakit 136, rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan menyertai perhimpunan tahunan itu.

Kredit foto: KKM

Pelajar Malaysia di Korea Selatan, freelance sebagai pembawa pelancong. Kembali dari Korea Selatan pada 22 Feb 2020 kemudian mengambil bahagian dalam Ijtima Tabligh di Masjid Sri Petaling dari 27 Feb ke 1 Mac 2020.

Kemudian beliau mengalami demam pada 3 Mac dan pergi keluar negara sebelum balik semula ke Malaysia.


Untuk rekod, seramai 16,500 jemaah Tabligh hadir dalam Ijtima di Masjid Sri Petaling pada tarikh tersebut.

Oleh kerana menerima kecaman dari orang ramai kerana menyebabkan beberapa episod kematian jemaah tabligh serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pemuda ini tampil membela dirinya.

Loading FB Post...

Namun, lebih hebat kecaman diterima beliau.

Tidak berputus asa, pemuda ini tampil sekali lagi memberi penjelasan penuh pula. Baca lanjut.


Usai pulang dari Korea, beliau masih sihat. Beliau mulai rasa nak demam selepas 11 hari pulang dari Korea dan pulih selepas makan panadol seterusnya beliau ke Bandung, Indonesia bersama 7 orang rakannya.

Pulang dari Bandung, beliau ke Melaka bersama-sama rakan yang sama dari Korea dan Bandung. Kesemua contact rapat telah membuat ujian saringan dah disahkan negatif.

Lelaki ini memohon orang ramai berhenti mengecam beliau kerana ia menjejaskan reputasi serta keadaan mental. Malah beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang pada penyebar fitnah.

Kredit foto: Twitter  @wanakasha01

Namun rata-rata netizen masih tetap mengecam pemuda ini.

Kredit Foto - Twitter @wanakasha01

Untuk info, KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sudah meminta individu yang baru pulang dari luar negara menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari sejak wabak ini makin menular di negara lain selepas Wuhan.

Walau bagaimanapun, berterusan menyalahkan pesakit 136 pun tidak membantu apa-apa. Apa yang boleh dibuat sekarang ialah terus patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan.

Semoga wabak ini segera berakhir.- CARI 


1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 8-4-2020 10:37 AM
Degil budak ni, patut keluar berita macam2 pasal dia. Bongok pun ye jgk siap bagi details perjalanan, confirm super spreader within 14 days ko takda simptom but dah sebarkan penyakit ke org lain dalam masa 10 hari tu. Kawan ko, pakcik makcik, nenek ko tak kena sbb immune system kuat, dalam negative manjang mak ayah ko positive jgk.
Quote kookie92 8-4-2020 11:11 AM
such a stupid and ignorance person
Quote CiliPadiSedap 8-4-2020 11:12 AM
dah buat hal sibuk nak saman orang. camni pun ada???  
Quote mialunar 8-4-2020 11:29 AM
PBT.. Saman budak nie.. Dah salah pun masih menegakkan benang basah..
Quote Kurex 8-4-2020 11:29 AM
Orang lain tak de family ke??????
Quote merrissa 8-4-2020 11:31 AM
CiliPadiSedap replied at 8-4-2020 11:12 AM
dah buat hal sibuk nak saman orang. camni pun ada???

mana lah tau cercaan ditarik balik mcm si vivy tu....

terus kecut org yg buat petition tu
Quote ellejo 8-4-2020 11:31 AM
netizen, name and shame him
Quote ina_na 8-4-2020 11:58 AM
Kalo aku jd dia.. Bt permohonan maaf je.. Dah.. X yah nak merapu meraban meroyan.. Lg meroyan lg kn lahar gan netizen.. Tp ye laa.. Lain org kan.. X sama ati
Quote alieyrina 8-4-2020 12:28 PM
Mcm set2 artis bodoh bangang pulak kita kena terang byk kali kenapa punca org marah dia tu..maigodddd
Quote lasagna 8-4-2020 12:34 PM
tapi dia paham tak yg dia tu sebenarnya SUPER SPREADER?
so nak buat pengakuan play victim?
Quote airmineral 8-4-2020 12:35 PM
1. dia ni p korea utk keje kan? belajar bahasa tu sampingan je? sbb dia pnh ckp dia keje sbb nak bayar duit study...
2. mmg awak ada hati dan perasaan. tp tu utk diri sendiri ke dik. ko xde empati, ko ego, ko xcakna dan ko xde rasa tanggungjawab pada org sekeliling ko.
Quote gekkou 8-4-2020 12:44 PM
memalukan
tu keje kat korea
ada permit ke tidak?

dok diam2 je la
lagi kau keluarkan kenyataan
lagi kena kecam
Quote chicozinn 8-4-2020 12:59 PM
Memang bodoh patient 136 ni..i bet jenis dak2 nak kumpul gambar flag letak kat ig tu..lahanat menyusahkan orang ko nihhh..pentingkan diri sendiri smpai da ada yg meninggal da pun..mesti ko meroyan smpai hujung nyawa sbab netizen xkan lupa la pasal ni..ckap psal fmily ko je, hbis mgsa yg da meninggal xde family??siap ade anak kecik lagi tau..otak letak kat zoo
Quote Lolalala 8-4-2020 01:20 PM
Sekarang kawan tu ada yg positive x? Hurmm bodoh memang tak boleh beli timbang kilo. Hari ke 11 demam.  Kalau dia kata hari ke 15 ke 20 ke, tu org boleh laa husnuzon jugak. Ni hari yg masih patut kuarantin kot. Tapi ko dah pusing 1 malaysia, pi bandung(sana pun kes tinggi). Inspector yg meninggal tu pun sejarah perjalanan ke bandung juga.
Quote Artemesiaa 8-4-2020 02:24 PM
Patutnya dia berdiam diri kalau nak juga bersuara pun elok sekadar permohonan maaf tak perlu perjelaskan yang lain sebab dah nampak tak kuarantinkan diri utk 14 hari.  Itu dah aturannya ada simpton ke tidak ada demam batuk selsema ke tidak tetap kena kuarantin 14 hari sendiri.  Tak boleh kesana sini dah patutnya.
Quote Rogue98 8-4-2020 02:57 PM
Alahai budak ni pun..KKM dah rahsia kan identity tapi sendiri yg nk glamour. Netizens skrg ganas dik... nak bunuh  hina famili tu mmg dah biasa. Kau hadap jer lah dah kau nak sangat...
Quote nesloice 8-4-2020 03:06 PM
ignorance is bliss
Quote fishcracker 8-4-2020 03:28 PM
Selayaknyalah
Quote BoongaKertas 8-4-2020 03:31 PM
"lawyer suit"....????


ko nak color ape dik? butang nak buat berapa bijik? nak fit ke atau loose cut? ha jawab tu dulu baru ko proceed file saman ok. akak triggered tgk ayat tak betul tu dik.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.064916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top