CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Segan Bang, Ini Pertama Kali Saya Meminta Orang" - Kisah Sedih Pemuda Kelaparan Musim PKP

9-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7239| Komen: 20


Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang pemuda yang kelaparan namun tidak memiliki wang untuk membeli makan di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai makan di Cheras dikongsi seorang pengguna F@cebook Zarul Zabidi. Menurutnya pemuda itu, seorang kelindan lori, mengakui berasa segan kerana pertama kali meminta makanan daripada orang tidak dikenali.

Loading FB Post...

"Kamu orang tahu apa yang budak ini ambil? Kuih seri muka dua ketul, air Milo ais sebungkus.


Saya tanya kenapa tak ambil nasi lauk atau roti canai?

(Menjawab) Saya segan bang, ini pertama kali dalam hidup saya meminta orang," tulis Zarul di Facebook.

Kredit foto: Facebook Zarul Zabidi

Pemuda itu memaklumkan pendapatannya bergantung sepenuhnya kepada operasi penghantaran lori.

"Saya kerja kelindan lori gaji ikut trip (perjalanan). Ada trip ada gaji bang," catatnya lagi.

Perkongsian Zarul dengan pemuda itu mendapat lebih 10,000 reaksi dan dikongsi lebih 4,000 warga maya.





Kredit foto: Facebook Zarul Zabidi

Ternyata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat mencabar bagi golongan kebanyakan, terutamanya B40 untuk meneruskan kelangsungan hidup.- CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-4-2020 10:37 AM
Iols pun tak mintak makanan sebab segan sampailah kalau orang pelawa...
Quote Supersirap 9-4-2020 10:46 AM
Semoga segala kesulitan dapat dipermudahkan
Quote takayama 9-4-2020 11:07 AM
sedihnya moga ada rezeki lg utk dia dan dipermudahkn segala urusan
Quote Lengkong 9-4-2020 11:12 AM
Moga ada yang sudi membantu

Quote kuzaime 9-4-2020 11:16 AM
Pkp yg paling n sangat2 terkesan utk org yg kerja gaji hari. Ada kerja ada gaji. Xde kerja sah2 x ada gaji
Quote MissyMolly 9-4-2020 11:47 AM
janji lepas alas perut...yg rm150 tu elok bagi mkn kuih mcm brade ni je..no nasi..no buah wat so eva
Quote husna_amal 9-4-2020 11:47 AM
harap2 negara cepat pulih hendaknya
Quote VuJiE 9-4-2020 12:20 PM
hikmah covid, dalam netizen asyik begaduh sana sini politik and all, kita dapat tengok berapa ramai org susah sampai nak makan pun x dapat, berapa ramai orang malaysia yang sangat2 pemurah walau kerja biasa2 saja..
Quote Cassieopeia 9-4-2020 02:53 PM
ramai yg terkesan bila pk pkp ni. moga bpn dan bsh sampaila pd dia
Quote gorjeous 9-4-2020 03:50 PM
Ramai yg terkesan...
Quote crazybeach 9-4-2020 09:03 PM
milo ais ikat tepi tu nampak sedap
Quote cikkilata 9-4-2020 09:42 PM
Kesian kat org yg keja gaji hari... mmg terkesan sgt... kalau aku jd diorg pun, mmg tebal mula yg amat nk meminta sbb dh biasa berusaha utk dptkan sesuap nasi...tp apakan daya... keadaan memaksa... bukan dia yg x nak berusaha... sedeynya...
Quote Jorja 9-4-2020 11:15 PM
Jangan rasa kesian tpi kt rumah sendiri asyik buang makanan tak habis smalam. Sila marah family members yg suka mbazir makanan.
Quote Meiizu 9-4-2020 11:42 PM
Student utar dapig yg tak collect food kat campus tu mohon bersyukur ehhhh...org dewasa bekerja now takde keje hidup lagi susah
Quote ina_na 10-4-2020 01:06 AM
Meiizu replied at 9-4-2020 11:42 PM
Student utar dapig yg tak collect food kat campus tu mohon bersyukur ehhhh...org dewasa bekerja now  ...

Biarkan budak2 tu.. Dia x tau bape lm lg mslh covid ni akan selesai.. Nak mengada2 sgt.. Nanti dia tau la bl sampai satu tahap x de makanan tuk di pilih.. Anak org kaya lg terkesan kalo tb2 ssh.. Sbb dah biasa mewah kan.. Biarkan je budak2 tu.. Sakit ati kita layan dia
Quote biozipstar 10-4-2020 03:43 PM
kat tempat aku ni pemurah nak bagi bekalan makanan kpd org yg memerlukan..... jadi bila aku fikir2 sbb aku belum terlalu tedesak, so aku x ambil walaupun percuma.
Quote LostStar 11-4-2020 01:16 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote electricopop 11-4-2020 02:27 PM
Semoga pakcik ni dimurahkan rezeki...
Quote Covid19 11-4-2020 03:12 PM
Org yg betul2 susah mmg malu nak minta2... yg tak malu minta2 ni org yg mengada2 nak anak minum susu mahal2..demand nak beras mahal... atau yg jenis dah ada org offer bantuan  rembat je la...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.105385 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top