Bagi para pengikut pelakon dan deejay popular Sharifah Shahirah di Instagram pastinya mula perasan selebriti tersebut mengenakan tudung secara kasual sejak Februari tahun ini lagi. Manakala sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, nampak Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera mula mengenakan tudung penuh. Memetik portal Harian Metro, Shiera memberitahu pada mulanya niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak
Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Apatah lagi apabila PKP dijalankan, ia menambahkan kegusarannya.
"Memang pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai."
|
Fatyzana replied at 8-4-2020 11:55 PM
Alhamdulillah. Semoga istiqamah kak Rara. Suka dengar celoteh kak Rara sesi Suria Petang :loveliness ...
Kangkung1M replied at 9-4-2020 01:01 PM
Aha memang best sangat segmen Suria Petang.
Cuma satu je masalah dgn radio Suria ni, kerap sanga ...
Beribear replied at 9-4-2020 11:54 AM
Iolss tengok dia ni mcm tak pernah serious. Selalu je buat lawak haha. Tp betul ke dia tak pandai ma ...
Kangkung1M replied at 9-4-2020 01:01 PM
Aha memang best sangat segmen Suria Petang.
Cuma satu je masalah dgn radio Suria ni, kerap sanga ...
ADVERTISEMENT