CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Boleh Lepas, Hantar Dadah Guna Runner Semasa PKP

10-4-2020 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5548| Komen: 22

Dalam kerancakan bisnes penghantaran barang ketika waktu PKP, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menghantar dadah menerusi khidmat penghantar barang.

Hal itu terbongkar apabila seorang lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya Op Covid di Seksyen 26 Shah Alam, kelmarin.

"Penghantar barang itu adalah lelaki tempatan berusia 28 tahun dan menunggang motosikal Yamaha LC.

"Pemeriksaan pada beg galas dipakai lelaki itu menemui dua sampul surat berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 40.44 gram.

Kredit foto: Sinar Harian


"Polis kemudian menahan penghantar barang itu untuk siasatan lanjut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam.


Hasil soal siasat akhirnya membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira jam 11.10 malam hari yang sama.

"Polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dan merampas ganja seberat 1.6 kilogram. Mereka direman tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut," katanya.

Namun begitu, siasatan awal mendapati penghantar barang itu tidak mengetahui barang yang dihantarnya. 

"Polis percaya suspek kedua ini menggunakan khidmat orang tengah untuk menguruskan khidmat penghantaran 'barang' itu kepada penagih dadah.

"Dipercayai suspek ini juga aktif sejak dua minggu dan mencari pelanggannya menggunakan aplikasi sosial Wechat.

"Kes ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - CARI  

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote b_n_c 10-4-2020 06:15 PM
cmna polis dpt tahu kku kes gini? ada org report eh..?
Quote GigaMom 10-4-2020 06:50 PM
Ada tgok keluhan sedih rider2 ni
Dlm bungkusan ada syabu
Dhlah kena ngadap polis utk ktrngan
hr tu x dk pendapatan pula
Kesian...
Quote Sazida 10-4-2020 07:14 PM
Benda ni jadi lepas mamat foodpanda kantoi bwk rokok seludup dlm box foodpanda tu. Yg rekod upload masuk fb. Yg rider foodpanda tu pulak gelak bangga mcm xde rasa bersalah bwk bnda tu. Start dari situ la polis check depa2 rider food ni. Skrg ni konpem ramai menyumpah kt mamat tu.
Quote MeghanK 10-4-2020 07:29 PM
Sazida replied at 10-4-2020 07:14 PM
Benda ni jadi lepas mamat foodpanda kantoi bwk rokok seludup dlm box foodpanda tu. Yg rekod upload m ...


kerana nila setitik..kesian kat rider yang lain nak cari makan
Quote Nenolen 10-4-2020 07:40 PM
Umuq 19 thn....hmmm
Quote Nenolen 10-4-2020 07:41 PM
Kalau mamat food panda tu tak riak...polis mmg bole pikiaq pun taktik MO masa PKP...
Quote airmineral 10-4-2020 08:04 PM
org2 mcmni yg tutup pintu rezeki org lai .{:freak
Quote Sazida 10-4-2020 08:42 PM
MeghanK replied at 10-4-2020 07:29 PM
kerana nila setitik..kesian kat rider yang lain nak cari makan

Tulaa pasal. Ehh iols ade benda nk tny chuols. Jap i dm
Quote Orix 10-4-2020 09:23 PM
Kenapa mat salleh isap ganja semua nmpak wangi2 eh ? Mcm shawn mendes, jennifer anniston, elon musk tu semua isap ganja tapi wangi jah. Ganja ni ada gred ke ? Ex bf yuna dlu pun isap ganja kan yg mat salleh fotografer tu
Quote tagas 10-4-2020 11:07 PM
jual dadah lg cepat kaya

wat ape nak jual food
Quote Itzy 11-4-2020 12:15 AM
Orix: Kenapa mat salleh isap ganja semua nmpak wangi2 eh ? Mcm shawn mendes, jennifer anniston, elon musk tu semua isap ganja tapi wangi jah. Ganja ni ada g ...


Dah duit juta2 memang la semua nampak wangi. Rossa yang ulu muka kepam cam maid indon pun nampak lawa dah sekarang sebab banyak duit hasil menyanyi.
Quote jazaa100 11-4-2020 12:34 AM
Orix replied at 10-4-2020 09:23 PM
Kenapa mat salleh isap ganja semua nmpak wangi2 eh ? Mcm shawn mendes, jennifer anniston, elon musk  ...

Ganja memang ok....
Tapi bkm dadah.....
Quote HYSB 11-4-2020 02:51 AM
Yelah bile pikir balik sejak PKP ni mat dadih macam mne kan, haha yelah bende tu kan macam makanan diaorg oh macam ni rupenye care dia
Quote Tinot7 11-4-2020 04:48 AM
Nape nak buat keje cenggini?
Kalau kena sabit kesalahan mengedar dadah, keluarga yg sedey
Quote shop_girl 11-4-2020 12:24 PM
PKP dalam lokap pulak dahhh...
Quote biozipstar 11-4-2020 12:50 PM
kesiannya budak tu harap2 terbukti mmg tak terlibat
Quote lwyl 11-4-2020 04:26 PM
b_n_c: cmna polis dpt tahu kku kes gini? ada org report eh..?


Polis pun ada spy/mole.
Quote VirusKuVirusMu 11-4-2020 04:38 PM
Macam Mana nak kutip maruah????
Quote najib888 11-4-2020 05:25 PM
Bukan benda baru pun... Dari tahun lepas lagi polis dah maklum pasal kegiatan haram geng2 food rider ni.. cuma lately jadi hangat pasal mamat foodpanda hari tu, video dia terdedah dalam grup wasap..

Kat Aloq Staq ni, geng2 rider yg jadi pengedaq syabu ni bnyk berkampung kat P***2. Sendiri buat sendiri tanggunglah..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037968 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top