Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga mulai 15 April depan, membenarkan kedai gunting rambut beroperasi. Situasi ini sekali gus meletakkan kaum adam di persimpangan dalam memilih cara termudah menyelesaikan masalah rambut mereka yang sudah sebulan tidak dipotong berkemungkinan sudah bergulung macam beruang dan merimaskan sementelah tukang gunting rambut terpaksa tutup kedai sepanjang PKP ini. Melalui semakan yang dibuat di Twitter, rata-rata netizen berpendapat keputusan itu kurang tepat untuk dilakukan kerana keadaan penularan wabak juga boleh menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di negara-negara luar sebelum ini. Kebenaran untuk kedai gunting rambut ini beroperasi ini turut mendapat perhatian beberapa kedai gunting rambut yang tidak bersetuju dengan cadangan itu. Mungkin saat ini pilihan terbaik yang ada pada kaum lelaki adalah berimej botak atau biarkan saja rambut tu panjang. Kalau nak potong rambut sendiri, sila berhati-hati ye. Jika melihat kepada pendapat yang disuarakan netizen serta pengusaha dan pihak berkuasa tempatan ini, adalah lebih baik sekiranya kedai-kedai gunting ini tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP. Biarlah rambut panjang atau botak, janji masih sihat. Berambut panjang atau botak tidak membunuh sesiapa pun tapi lain jadinya jika terdedah kepada virus COVID-19. - CARI |
little_sis replied at 13-4-2020 11:39 AM
yg dah shave separuh kepala tp mesin jem tu... nk kluar kedai runcit nnti pakai la topi..
little_sis: yg dah shave separuh kepala tp mesin jem tu... nk kluar kedai runcit nnti pakai la topi..
bakingsoda replied at 13-4-2020 12:14 PM
kan kopiah ke cover ngan hoodie ke, tu pon xleh pikir
damsel_fiji replied at 15-4-2020 11:04 AM
xdenya boleh jem mesen tu..lebih kepada nak membatak nak viral jah tu
gideoncross replied at 13-4-2020 12:42 PM
Alhamdulillah Brunei x ttup kdai gunting rmbut, msih d buka mcm biasa. Restoran pun x ttup tpi x bol ...
i_is_kennot replied at 15-4-2020 11:28 PM
Baru beli mesin cukur rambut online ,semalam dah mcm upacara potong rambut beramai ramai, dari ba ...
gideoncross replied at 19-4-2020 10:30 PM
Astaga, izinkn hamba utk ktawa sebentar part adik prmpuan iol d perlakukn sebegitu rupa: ...
i_is_kennot replied at 20-4-2020 06:48 PM
Gelak je, diapun tak kisah..
gideoncross replied at 1-5-2020 01:05 AM
.
gideoncross replied at 2-5-2020 02:55 PM
So skrg mcmna dgn keadaan rmbut adik prmpuan uol?.
ADVERTISEMENT