CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadiah Reban Ayam Untuk Isteri Ketika PKP

14-4-2020 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4393| Komen: 33

Berbeza dengan pasangan lain, kisah suami ini menghadiahkan reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya pada waktu PKP mendapat perhatian di media sosial.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Nazri Ismail berkata dia mahu memberi kelainan pada isterinya, Rashidah A Rahman pada tahun ini.

Kredit foto: Sinar Harian

"Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.

"Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya," ujarnya.


Nazri yang turut menyediakan kek untuk isterinya berkata, dia tidak kekok untuk memasak kerana sudah biasa berbuat demikian ketika bertugas di kapal dagang yang berpangkalan di Dubai.

"Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.

"Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak," katanya lagi. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 14-4-2020 06:59 PM
wow terbaik
Quote Artemesiaa 14-4-2020 07:01 PM
Buat sesuatu yang dia suka pasti dah mengambirakan dia
Quote Tinot7 14-4-2020 07:06 PM
Hepi besday...
Quote mbhcsf 14-4-2020 07:10 PM
wow bless him. baik dia ni. siap a couple of orchids on top of the cake. malu i yg  tau beli cake je, penyegan nak buat .
Quote CiliPadiSedap 14-4-2020 07:20 PM
reban ayam kaka tempat ikat sis vokuru.
Quote Mizlyn 14-4-2020 07:24 PM
Keheinya g tag toknajib, tokmuhyidin and drzul?

Anyway happy birthday utk yr wife

Quote fahdramli 14-4-2020 07:34 PM
Ni kawam se uni i dulu. Rajin menternak dan tanam bunga. Umah dia dah mc mdalam taman dah
Quote pearl.silver 14-4-2020 07:34 PM
I konpius tgk dia tag najib muhyidin tu semua..
Depa dtg birthday party ke?
Atau dia buh nama itik ayam tu nama najib, muhyidin, dr zul
Quote sukacactus 14-4-2020 07:42 PM
Apahal hashtags dia tu
Xde kena mengena lgsg
Quote bloodyamuk 14-4-2020 08:02 PM
sukacactus: Apahal hashtags dia tuXde kena mengena lgsg


kalo tak tag takde la sedoniaaa tau dia sweet kat wife die...

lihatlah doniaaa lihatlah doniaaa

kalo wife die yang update takpelah jugak...

sendiri buat surprise, sendiri tunjuk sweet
Quote CurangLagi 14-4-2020 08:17 PM
Hepu besday untuk wife youu.. btw tu wife you ke yg murung kt belakang tu??{:run{:run{:run{:run{:run
Quote Kuasaberganda 14-4-2020 08:32 PM
bloodyamuk: kalo tak tag takde la sedoniaaa tau dia sweet kat wife die...lihatlah doniaaa lihatlah doniaaakalo wife die yang update takpelah jugak...sendiri
buat  ...

amboi hahahaha. tp ada betulnye. tp kalo bini dia lak update sama gak,kwn kwn ckp show off.haha
Quote nefnefnef 14-4-2020 08:35 PM
Sweetnya encik ni. Mesti wife dia suka{:love
Quote Nes3in1 14-4-2020 08:38 PM
Isteri di belakang silang tangan tanda protest hadiah diberi... Ke?
Quote KIM.K 14-4-2020 09:09 PM
Alo..sweetnye. kawan iols pun suke bertukang buat reban ni

Nak request sebidang kebon
Quote SalenaGomez 14-4-2020 11:01 PM
pearl.silver replied at 14-4-2020 07:34 PM
I konpius tgk dia tag najib muhyidin tu semua..
Depa dtg birthday party ke?
Atau dia buh nama itik ...

Nak bgtau kat diorg activity depa time pkp
Quote LautBiru52 14-4-2020 11:05 PM
Suka tgk keluarga happy mcm ni. Sederhana tapi bahagia
Quote Nahnukutu 14-4-2020 11:12 PM
takde maknanya nak hadiah reban ayam kat bini sebab ayam itik tu patutnya ko yang jaga...

attention seeker much...

Quote Fettybombom 14-4-2020 11:40 PM
Syomelll..........

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063854 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top