Hampir semua manusia di seluruh dunia terpaksa berkurung di dalam rumah sebagai langkah utama dalam mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 hingga menjadikan bandar-bandar yang dahulunya sesak, kini sepi seakan-olah tiada manusia. Sebaliknya pula yang berlaku pada sebilangan besar haiwan liar yang dahulunya hidup secara tersepit akibat ancaman manusia, kini bergerak bebas menikmati kehidupan. Pengguna Twiter, Stance Gronded, berkongsi video mengenainya. Bagi golongan pencinta haiwan, inilah saat yang dinantikan apabila melihat haiwan liar bebas bergerak ke sana dan ke sini tanpa sebarang ancaman. Tular juga beberapa video yang memaparkan situasi sama. Sementara itu, di India pula tular seekor monyet bermain layang-layang di atas bumbung sebuah rumah. Penduduk setempat yang sempat menyaksikan kejadian bersorak sambil memerhatikan gelagat monyet itu. "Monyet terbangkan layang-layang ketika perintah berkurung. Planet of Apes kini menjadi realiti," tulis pemilik akaun Twitter yang menyaksikan kejadian berkenaan. Mungkin pada sesetengah orang, perintah lockdown ini menyukarkan kerana segala pergerakan dan aktiviti terbatas, tapi mungkin satu kelegaan pada haiwan-haiwan ini. Benarlah kata orang, di sebalik setiap ujian pasti ada hikmahnya. - CARI |
munchkin: Reflect balik kita yg dah lama menganiaya ambil tempat biantang. Rumah smapai nak 10. Tak cukup2 pembinaan. Manusia tamak. Kesian haiwan2.
ADVERTISEMENT