CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ashraf Muslim - Kalau Degil, Kami Pesakit Covid-19 Akan Jaga Roadblock

21-4-2020 09:08 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 6773| Komen: 28|Original author: Oleh: Straya


Kredit foto: Instagram ashrafmuslim

Geram agaknya dengan segelintir pihak yang masih berdegil, pelakon Ashraf Muslim menerusi Instagramnya menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Wahai rakyat Malaysia. Tolong jangan terlalu dedahkan diri di luar. Duduk rumah baik-baik dan keluar rumah bila perlu untuk beli barang sahaja. Kalau tetap berdegil kami, pesakit Covid-19 akan jaga ‘roadblock’, mahu ke?” luahnya.


Ashraf yang positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh kemudian menjelaskan bahawa ia sekadar gurauan dan berharap orang ramai menghormati PKP serta mendengar nasihat kerajaan.



“Jangan marah ye, ini hanya gurauan. Kepada rakyat Malaysia, hormatilah perintah kerajaan. Sekejap je ni," katanya yang turut meminta orang ramai bersabar dengan situasi negara sekarang.


Sebelum ini, Ashraf merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang disahkan positif COVID-19 selepas Puteri Aishah dan PU Riz.


Ashraf dan Puteri Aishah dijangkiti wabak itu selepas pulang dari menjalani penggambaran drama 'Demi' di Scotland bersama Ben Amir, Puteri dan Hasnul Rahmat pada 31 Mac lalu.


Puteri Aishah dikhabarkan telah sembuh daripada wabak ini. Moga Ashraf Muslim dan semua pesakit Covid-19 juga akan segera sembuh. Yang penting, semua kena patuh dengan PKP untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ini. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 21-4-2020 09:50 AM
Bagus juga approach tu, komfem takde yg berani keluar
Quote minguk 21-4-2020 09:55 AM
semoga cepat sembuh
Quote akuHavocczz 21-4-2020 09:57 AM
heleh.. Patutnya kita cakap gini kat awak dulu masa awak sibuk keluar. Semoga cepat sembuh acerap
Quote MadameOnion 21-4-2020 10:03 AM
bagus jugak..degil gedegang semuanya pun
Quote Lailerthee 21-4-2020 10:05 AM
Masa seronok dulu knp xfikir gini? Gws
Quote Kurex 21-4-2020 10:13 AM
Sian awak..........
Quote biozipstar 21-4-2020 10:41 AM
fam semua sihat ke x? moga cepat sembuh
Quote helicornia 21-4-2020 10:49 AM
ek eleh...
Quote fliphair8 21-4-2020 10:49 AM
Ada betul laa dia cakap kan....again dia sendiri pun keluar negara atas sebab contract kerja...tak bole nak solely salahkan dia laaa....tapi dia alert and aware ape yg dia patut lakukan....
Quote hazada 21-4-2020 11:06 AM
dia ni kepam sejak berbini 2 dan beranak 4.tak hensem macam dulu
Quote tembamgirl09 21-4-2020 11:08 AM
hazada replied at 21-4-2020 11:06 AM
dia ni kepam sejak berbini 2 dan beranak 4.tak hensem macam dulu

kang ensem2 dapat no 3 plak. tak pepasal.
Quote cicicumel 21-4-2020 11:18 AM
hazada replied at 21-4-2020 11:06 AM
dia ni kepam sejak berbini 2 dan beranak 4.tak hensem macam dulu

Faktor usia uol..
heols dah 40 thn..memanglah akan kepam beransur2..xkan helok selamanyer..gitchew


Quote rjnadiah 21-4-2020 11:38 AM
semoga cepat sembuh ye puteri aishah dah negatif
Quote azhardanil 21-4-2020 11:39 AM
Aku tak anggap gurau, aku setuju je. Mana tak patuh kasi batuk ngan bersin depan depa. Biar mampus...
Quote lattehazelnut 21-4-2020 11:47 AM
hazada: dia ni kepam sejak berbini 2 dan beranak 4.tak hensem macam dulu

Tengok depan2 cair gak la..
Maybe xreti filter pic etc.,
Quote Nham22 21-4-2020 11:57 AM
lattehazelnut replied at 21-4-2020 11:47 AM
Tengok depan2 cair gak la..
Maybe xreti filter pic etc.,

Iye ke... Hensem ke...? Iolss suke die dulu Msa bujAng... Kire ade rupe. Jua
Quote bedahmenjuyah 21-4-2020 12:11 PM

    Bias!!!
Quote flyzpiz 21-4-2020 12:14 PM
To my concern,u kena covid sbb ko yg pergi oversea time2 covid ni kan. So tak perlu nak over
Quote toxicated 21-4-2020 02:05 PM
selipar_hijau: Bagus juga approach tu, komfem takde yg berani keluar


Ibarat hantar zombie kan jaga roadblock. Mcm cerita the walking dead. Semua pakat tak berani keluar sbb merata ada zombie

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086728 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top