CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekebun Timun Izinkan Orang Ramai Petik Sendiri, "Ambillah Percuma Saja"

22-4-2020 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5327| Komen: 56

“Boleh datang ke kebun timun saya dan boleh ambil sendiri berapa banyak pun kerana semuanya percuma."

Murahnya hati Yusop Itam, 60, pekebun sayur di Kampung Ulu Cheka, Jerantut.


Memetik laporan Harian Metro, Yusop membenarkan mana-mana pihak untuk memetik sendiri timun berkenaan di kebunnya kerana banyak tidak terjual sejak PKP.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatkannya di kedai runcit anaknya yang terletak di Tanjung Puteri.

Kredit foto: Harian Metro


“Sejak PKP timun saya sukar dipasarkan ke Pasar Borong Selayang kerana tiada lori yang hendak ambil dan setakat ini hanya sempat jual dua tan sahaja.

“Sedangkan timun yang ditanam di tanah berkeluasan 0.8 hektar mampu mengeluarkan hasil antara satu tan ke 1.5 tan setiap sehari.

“Disebabkan itu, saya buat keputusan beri percuma sahaja timun ini kepada sesiapa yang memerlukan daripada membiarkan ia rosak begitu sahaja,” luahnya.

Katanya lagi, dia sudah menanam timun sejak awal Februari di atas tanah yang disewa dan dibantu empar pekerja.

“Timun di kebun itu boleh bertahan kira-kira seminggu sebelum ia terlalu masak dan tidak sesuai dimakan dan ketika ini, saya sudah menghentikan segala pengeluaran dan memetik.

“Walaupun rugi tetapi saya akur kerana ini fenomena melanda dunia bukan di Malaysia sahaja. Saya reda dan anggap ini satu sedekah,” ujarnya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 22-4-2020 07:21 PM
Gulai ikan campur timun sedap..
Dpt timun tua lg beshh
Quote tiesza169 22-4-2020 07:22 PM
Alhamdulillah... Sedekah walaupun rugi... Semoga Allah mempermudahkan urusan
Quote sekngucing 22-4-2020 07:23 PM
ingatkan timun cina tadi
Quote nefnefnef 22-4-2020 07:23 PM
Semoga dilimpahkan rezeki berkali ganda untuk Encik Yusop
Quote Artemesiaa 22-4-2020 07:25 PM
Moga dengan pemberian ini memberi pulangan rezeki lebih buatnya dimasa depan
Quote munchkin 22-4-2020 07:26 PM
Moda dimurahkan rezeki. Kalau aku, aku bayar je. At least ada lah duit utk pekebun tu.
Quote ellez 22-4-2020 07:30 PM
Ntahlah kan..klu iols amik seplastik,bayarlah sedikit kat pakcik tu..
X gamak nak amik sesaja..
Quote imransulaiman 22-4-2020 07:32 PM
Semoga murah rezeki pakcik ni.. Aaamiin.



*acar timun Restoran Insaf sedap
Quote rosli_nurizzati 22-4-2020 07:36 PM
munchkin replied at 22-4-2020 07:26 PM
Moda dimurahkan rezeki. Kalau aku, aku bayar je. At least ada lah duit utk pekebun tu.

betui.. kesian lak.. dah la pakcik tu sewa tanah tu.. aku yang menanam sendiri sikit2 pun rasa susahnya menanam.. pakcik ni mmg berlapang dada sungguh.. semoga pas ni rezeki dia berganda ganda
Quote lattehazelnut 22-4-2020 07:44 PM
Kesiannye bukan kira mcm lori middleman tu essential business ke?
Quote kemaruk 22-4-2020 07:44 PM
ellez replied at 22-4-2020 07:21 PM
Gulai ikan campur timun sedap..
Dpt timun tua lg beshh

hai ellez

timun muda pon enak gak
Quote kemaruk 22-4-2020 07:45 PM
nanti lepas habis PKP korang yang ambik free ni balas balik ye jasa pakcik ni
Quote ellez 22-4-2020 07:47 PM
kemaruk replied at 22-4-2020 07:44 PM
hai ellez

timun muda pon enak gak

Ada sstgh masakan.sedap guna.yg muda..
Dan.sstgh lagi.yg tua..
Quote matchstick 22-4-2020 07:48 PM
lattehazelnut: Kesiannye bukan kira mcm lori middleman tu essential business ke?


Itu lah kan.. kalau lalu roadblock truck makanan boleh lalu lane yg sama dgn vehicle frontliner lagi
Quote Lulong 22-4-2020 07:49 PM
ellez replied at 22-4-2020 07:30 PM
Ntahlah kan..klu iols amik seplastik,bayarlah sedikit kat pakcik tu..
X gamak nak amik sesaja..

org berbudi kita berbahasa..byr separuh harga pun ok kan.
Quote kemaruk 22-4-2020 07:49 PM
ellez replied at 22-4-2020 07:47 PM
Ada sstgh masakan.sedap guna.yg muda..
Dan.sstgh lagi.yg tua..

yang pasti timun muda tak cepat lembik
Quote CiliPadiSedap 22-4-2020 07:49 PM

timun tu xmata sepet, timun cina klau nak tahu sedap tengok corak
Quote ellez 22-4-2020 07:53 PM
Lulong replied at 22-4-2020 07:49 PM
org berbudi kita berbahasa..byr separuh harga pun ok kan.

Ahaa..betul tu uols..
Lagipun beli terus dari ladang pasti lbh murahh..
Quote ellez 22-4-2020 07:55 PM
kemaruk replied at 22-4-2020 07:49 PM
yang pasti timun muda tak cepat lembik

Iols suka kedua2 bangkem..
Dan 2,2 tu kene dgn selera iols ikut jenis masakan lah.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052685 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top