CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Plastik Hitam Tak Payah Berangan, 'Rider' Takkan Layan

24-4-2020 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4645| Komen: 24

Penghantar barangan menegaskan mereka tidak akan menuruti kerenah pelanggan yang culas puasa di bulan Ramadan.

"Kami tak layan orang culas puasa," kata Mohd Syahid Daud, 21 kepada Harian Metro.


Dedahnya, sepanjang tiga bulan menjadi penghantar barangan, dia dan rakan setugas bertegas tidak akan melayan karenah 'geng plastik hitam'.


Foto: Harian Metro

"Kami tahu mengenai geng plastik hitam namun kami tidak akan layan mereka.

"Walaupun letih berpanas dan perlu meredah perjalanan jauh, kami tetap terus berpuasa. Mengapa pula kami layan sikap malas orang culas puasa ini?" katanya.

Jelasnya, mereka tidak akan sekali-kali menggunakan laluan tikus untuk menghantar makanan kepada geng berkenaan lebih-lebih lagi mereka juga perlu melalui sekatan jalan raya seperti pengguna jalan raya lain selain mematuhi garis panduan majikan. - CARI

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kluangman 24-4-2020 04:45 PM
Kalau guna apps macam mana diorang nak tolak tempahan?
Quote sarah82 24-4-2020 05:09 PM
kluangman replied at 24-4-2020 04:45 PM
Kalau guna apps macam mana diorang nak tolak tempahan?

Aku tadi nak beli cool fever guna foodpanda.. Time aku nak order tadi pukul 12..mmg tak ada..shell station yg dalam foodpanda tu tak buka..

Pukul 4 td aku on foodpanda baru shell tu buka.

Jadi aku rasa foodpanda mula operasi kat kedah after 3 pm
Quote i_is_kennot 24-4-2020 05:14 PM
Edited by i_is_kennot at 24-4-2020 05:21 PM

Puasa lahh oiiii,  nk kena babap geng plastik hitam nih!!  
Quote CiliPadiSedap 24-4-2020 05:15 PM
Akak ordr food panda sekali yg dtg kungfu panda
Quote isseliparjepun 24-4-2020 05:33 PM
Boleh ke request tolak order? Rider kan just menghantar aje. Mana la tahu yang order lelaki, tapi nak bagi makan ke anak anak. Emm kena husnuzhon la rider sekalian dan berdoa moga tak tersalah hantar.
Quote Tinot7 24-4-2020 06:09 PM
CiliPadiSedap replied at 24-4-2020 05:15 PM
Akak ordr food panda sekali yg dtg kungfu panda

iols guna grab. tapi musim posa ni, masak kott..

[youtube]5sjGehGYLSc[/youtube]
Quote nefnefnef 24-4-2020 06:10 PM
Bagus, dik. Jangan layan diorang. Pepandaila blaja puasa
Quote rogayahtop 24-4-2020 06:25 PM
Mengarut je lah. Boleh je guna akaun bini, mak, adik pompuan kalau nak order grab food pun.

Dah dewasa kalau taknak puasa tu lantakkan je la. Org tu tak puasa makan kat rumah pun dah elok.  

Agaknya semua nak kena mikrochip pulak ke  lepas ni senang nampak jantan ke pompuan makan bulan puasa.




Quote sarah82 24-4-2020 06:28 PM
isseliparjepun replied at 24-4-2020 05:33 PM
Boleh ke request tolak order? Rider kan just menghantar aje. Mana la tahu yang order lelaki, tapi na ...

Boleh tolak. Pernah sekali rider tak tau rumah.. Walaupun dah bg direction.. Dia cancel order  
Quote sarahmirza 24-4-2020 06:53 PM
I teringat dulu2 pernah naik cab tengah hari dr jln semarak ke jalan tar.. driver cab tu budak muda awal 20an.. depa kan ada walkie talkie sesama depa, masa driver tu dengar la kat hujung walkie talkie driver cab lain cucuk2 driver ni ajak makan.. bukan main beradab driver tu menolak tapi yg hujung tu memujuk bagaikan syaitan yang direjam.

I berbulu je dengar, kesian driver cab muda ni, berat cabaran dia di bulan puasa.
Quote pooh~key 24-4-2020 07:01 PM
rogayahtop replied at 24-4-2020 06:25 PM
Mengarut je lah. Boleh je guna akaun bini, mak, adik pompuan kalau nak order grab food pun.

Dah  ...

Akak syak elok letak cctv dalam rahim, eh silap, maksud akak dalam tekak rakyat, bagi mengawal ummah tak berpuasa, dekkkk!
Quote bakingsoda 24-4-2020 07:02 PM
mcmn rider nak tau pon sape yg tak puasa, kalau beli utk buka puasa pukul brp baru boleh mula delivery?
Quote Supersirap 24-4-2020 08:13 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote Akumagoukioni 24-4-2020 08:35 PM
Kenapa namanya geng plastic hitam?
Quote minah_selekeh 24-4-2020 10:38 PM
Akumagoukioni replied at 24-4-2020 08:35 PM
Kenapa namanya geng plastic hitam?

Sebab tak nak bagi orang nampak makanan dalam plastik tu..
Quote edee_91 24-4-2020 10:41 PM
apa boleh tengok ke kat account user agama si polan ni si polan tu anut?
Quote lurve82 24-4-2020 10:41 PM
aku order kfc dgn foodpanda..sbb anak2 aku nak mkn kfc utk berbuka...aku order pukul 4...4.20 dah sampai...anak2 amik bau je dulu...
Quote Mamidingdong 24-4-2020 10:45 PM
sarahmirza replied at 24-4-2020 06:53 PM
I teringat dulu2 pernah naik cab tengah hari dr jln semarak ke jalan tar.. driver cab tu budak muda  ...

i paling benci org macam ni...ko nak jadi setan tak payah nak ajak org lain jd setan boleh tak, masuk la neraka sendiri2
Quote sarahmirza 25-4-2020 12:50 AM
Mamidingdong replied at 24-4-2020 10:45 PM
i paling benci org macam ni...ko nak jadi setan tak payah nak ajak org lain jd setan boleh tak, ma ...

Kan... Mmg perangai syaitan.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057766 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top