|
Pasal Tawaran Masterchef All Stars, Azwan Ali Kata Tengok Mood Dulu! KUALA LUMPUR, 17 OKT 2013: Rasanya ada di antara korang yang dah pun tahu tentang kewujudan program Masterchef All Stars Malaysia yang bakal menggabungkan beberapa selebriti daripada musim pertama dan kedua Masterchef Selebriti Malaysia. Bila tengok kedua-dua selebriti penuh kontroversi ini bakal jayakan program Masterchef All Stars Malaysia, Murai Batu tertanya-tanya jugak. Apa ceritanya pulak dengan Azwan Ali? Takkan nama Azwan Ali takde dalam senarai? Sebab kalau ada Azwan Ali, alamatnya berdentum laginya dapur Masterchef All Stars Malaysia. Lebih-lebih lagi bila dia berdepan dengan Michael Ang nanti. So, Murai Batu pun mintaklah Ketua Editor Murai iaitu Elly untuk risik-risik pasal perkara ni daripada Azwan sendiri. Khabarnya, memang ada tawaran yang diterima daripada Azwan untuk menyertai program tersebut. Tapi kata Azwan Ali , buat masa ini, dia malas nak fikir sama ada dia akan terima tawaran tersebut atau tidak. Katanya, tengok moodnya dulu! Haaa.. gitu jawapan Azwan Ali. Hah! Korang mampu ke jawab macamana dia jawab tu?
|

aderaderker posted on 17-10-2013 08:49 PM
Tengok mood??
Nasib ler ko tu AA..kalo orang lain yg jawab camtu....



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.234890 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.